Friday, November 14, 2008

Untuk Kekal Istiqamah Dalam Ibadah

istiqamah dalam beribadat adalah merupakan kejayaan bagi seseorang mukmin. jika hendak disenaraikan bagaimana cara untuk istiqamah dalam beribadat, ianya amat luas. yang paling utama ialah bergantung pada diri sendiri sama ada terus untuk beristiqamah atau pun tidak. jadi untuk terus beristiqamah dalam beribadat ada beberapa perkara yang saya cuba hendak gariskan di sini.

pertama. niat bersungguh-sungguh untuk melakukan amal-amal. mula-mula pasang niat yang aku akan amalkan perkara ni adalah kerana Allah dan untuk memperbaiki diri aku. bila niat dipasang., segeralah buat apa yang diniatkan itu.

kedua. ikhlas. cuba sedaya upaya untuk mengikhlaskan hati berbuat bila berbuat sesuatu. buangkan segala sifat-sifat yang tercela seperti riak, sombong, dengki dan lain-lain sifat kecelaan. untuk mengelakkan adanya sifat tersebut, kita mestilah selalu taubat kepada Allah secara sungguh-sungguh dan mengaku kepada Allah yang diri kita ni banyak melakukan dosa dan kesalahan. sedaya upaya buangkan sifat-sifat yang buruk dalam hati.

ketiga. banyakkan fikir. fikir disini boleh dikelaskan fikir terhadap kebesaran Allah dan fikir dosa yang lampau. sambil-sambil termenung kita boleh memikirkan kebesaran Allah dan dengan sendirinya hati kita akan takut pada Allah dan bila takut dengan sendirinya kita ingin melakukan taat kepada Allah dengan sungguh-sungguh.

keempat. azam sungguh-sungguh untuk melakukan ibadat. tekadkan dalam diri, "aku akan berusaha sedaya upayaku untuk melakukan ibadah ni" pasang niat elok dan diikuti dengan amalan terus. jangan pasang saja tapi tidak melakukannya. kalau tidak mampu untuk melakukannya, cuba lakukannya secara perlahan-lahan. insyaAllah Allah bersama dengan orang yang sabar.

kelima. banyakkan ingat akan mati. bila kita ingat akan mati, nescaya dengan sendirinya kita akan melakukan ibadat secara berterusan tanpa meninggalkannya. selalu bertanya pada diri, adakah sudah mencukupi dengan amalan yang aku ada ini untuk menghadap Allah? bila hati hidup sedemikian, maka kita akan berusaha untuk istiqamah dalam melakukan ibadat kepada Allah.

2 comments:

Anonymous said...

salam..tahniah, satu artikel yg wat ana betol2 terkesan... bila kita berada di sisi shbt2, smangat tu sntiasa ada, kekuatan tu sntiasa dtg, tp bila dah jauh, yelah wktu cuti2 sem, nk cr kekuatan tu agak payah... so bila dpt bc artikel ni, secara tak lansung membantu ana...syukran jiddan

currypuff_ubi said...

syukran jazilan......
kerana membantu kump kami dlm mnyiapkan assigment kami..next time.i hope u can write your blog in arabic...ok..