Wednesday, November 5, 2008

latar belakang aku

di sini aku nak bagitau sikit mengenai latar belakang aku.. ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi ini just infomation sahaja. aku diberi nama yuslizan dan nama ayahku mohamad dan nama datuku yaacob. emak aku pula bernama fauziah dan nama datukku sebelah mak ismail dan sampai sekarang dia masih ada dan dia sahajalah yang tinggal sekarang ni. yang lain semua dah kembali ke pangkuan Ilahi. aku dilahirkan pada 20 april 1984 disebuah pondok usang dan dalam masa yang sama juga kami pindah rumah sehingga sekarang. adik beradik aku 8 orang dua ibu. ibu yang pertama hanya dapat seorang je iaitu abang yang sulong. yang ibu kedua dapat 7 orang. aku anak ke 6 daripada 8.

aku mempunyai adik beradik yang terdiri daripada 3 lelaki dan 5 perempuan. aku merupakan anak lelaki yang bongsu. hubungan kami adik beradik akrab. tiada perpecahan. aku datang dari keluarga yang bukannya keluarga orang berada. sederhana sahaja. ayahku hanya bekerja peraih ikan dengan sebuah motosikal honda sahaja. tapi rezeki kurniaan Allah kami 8 orang adik beradik dapat makan dan cukup untuk perbelanjaan. itulah yang dikatakan keberkatan rezki.

abang sulong lulusan universiti dan sekarang mempunyai kerjaya sebagai cikgu. mempunyai 3 orang anak. akak no 2 lulusan universiti juga dan mempunyai kerjaya sebagai cikgu juga dan mempunyai seorang anak dan insyaAllah bulan 1 ni akan mendapat cahaya mata lagi. abang ke 3 merupakan lulusan sekolah pondok. sekarang ni menjadi bisness man. dialah yang paling kaya antara adik beradik kami. kerja sendiri tak ada sangkut pauk dengan orang lain. tapi keja dia penat sikit.dia mempunyai 2 orang anak san insyaAllah tak lama lagi akan mendapat cahaya mata yang ke 3. akak ke 4 lulusan spm sahaja. walaupun lulusan spm tapi dia cukup rajin bekerja. dia dikuniakan seorang cahaya mata. akak yang ke 5 lulusan universiti dan sekarang ni masih menganggur. keja tak tentu hala. dia telah dikurniakan seorang cahaya mata. ke 6 adalah aku. nanti aku terangkan selepas ini. ke 7 merupakan kedua bongsu sedang menuntu di upm dalam bidang pendidikan juga. dan yang last sekali sedang belajar di tingkatan 4 di salah sebuah kat kg ku.. keluargaku bukannya datangnya dari golongan agamawan. tapi tak la dari golongan yang cincai-cincai.. paham-paham jelah ye..

mengenai diriku pula. aku mula bersekolah di sekolah TASKI dekat dengan Kg aku tu je. darjah satu aku sekolah rendah kebangsaan gong bayor sampai upsr. aku bukannya pandai sangat pun. result cukup makan untuk masuk ke sekolah menengah. tingkatan satu sampai tingkatan 3 aku ke sekolah menengah kebangsaan nasiruddin shah. selepas itu, tingkatan 4 dan 5 aku kesekolah menengah teknik besut. result spm aku hancur. tak ada harapan nak masuk universiti. aku bertekad tak nak sambung belajar dah. segala pengisian borang aku tak endah pun. semuanya dilakukan oleh akak-akak je.. hehehe.. memang aku malas nak belajar pun.. tiba-tiba dapat kursus kat tesdec marang. aku pegilah. tamat je latihan dapat pula politeknik dungun terangganu. kat situ aku pun belaja semula dan alhamdulillah dapat sekeping diploma. selepas diploma aku nak keja. aku keja sendiri je. tak nak keja dengan orang ni susah. sambil-sambil aku keja sendiri aku dapat tawaran untuk mengajar disekolah kuala lumpur. pergi lah aku selama setahun. boring dok bandar KL. macam-macam boleh tengok. nak tercabut iman rasanya. hehehe. nasib baik masih berpegang kuat dengan iman yang dikurniakan oleh Allah. selepas setahun dok KL, balik la umah pulok. kelik je dapat tawaran mengajar lagi sekolah kat umah. setahun pula aku mangajar kat kg. dalam masa mengajar tu projek aku jalan lagi. pagi aku mengajar, petang aku keja sendiri malam aku menadah kitab.. tu je rutin harianku. selepas abis je kontrak mengajar dapat pula universiti pendidikan sultan idris ni.. sekarang ni la.. hehehe.. aku isi borang untuk apply uni time aku mengajar la. ada seorang cikgu tu suruh isi. aku ambik ati la ni. aku pun terus ke bsn untuk beli no pin dan keesokkan harinya aku pegi sekolah masuk lab komputer sekolah isi la borang tu. tiba-tiba dapat ujian medsi pastu dapat pulak temuduga. pastu chek dapat pula masuk sini. begitulah ceritanya..........

dari segi pengajian agama pula. aku bukannya terer pun. setakat belajar kat kg je. kadang-kadang gi jugok pondok. di kg aku adanya sebuah pusat terbiyyah yang dinamakan pusat tarbiyyah nurul iman. disanalah aku ditarbiyyah setiap malam. tapi aku berpegang, bukan kerana ilmu yang tinggi seseorang itu boleh masuk syurga. seseorang itu boleh masuk syurga dengan rahmat daripada Allah. orang yang paling mendapat kemulian di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi taqwanya. bukan paling tinggi ilmunya bukan paling tinggi jawatanya. bukan paling tinggi segala-galanya. jadi pesanan saya kepada semua, jangan riak dengan ilmu dan jemaah yang ada. kalau tak ada ketaqwaan yang tinggi pada Allah tak ke mana juga kalian. ke neraka juga. bersihkan hati kita dengan sifat-sifat terpuji. selalulah bertaubat kepada Tuan kita. setiap hari kita melakukan dosa. jangan dok anggap diri kita tak ada dosa....

sekian dulu ye.. jumpa lagi di lain masa...

No comments: