Thursday, November 6, 2008

apa dah jadi dengan aku?


aku bukan insan yang lemah. aku bukan insan tak mampu untuk berdiri sendiri. aku mampu seperti orang lain berdiri. tetapi kenapa pada hari ini aku jadi cam ni. kenapa aku malas nak ulangkaji pelajaran. sedangkan ini adalah musim peperiksaan akhir semester. agak penting juga lah bagi mereka yang bergelar mahasiswa. bila buka je buku, terus terlena, bila mengadap laptop cerah je mata. kenapa ye.

tetapi aku yakin, aku akan berusaha juga untuk mencapai kejayaan tersebut walaupun tidak sehebat rakan-rakan aku yang lain. aku bukannya bijak sangat pelajaran. aku tak pandai dari kecil lagi. tetapi aku yakin ini adalah rezeki daripada kurniaan Allah. jadi aku mesti menggunakan rezeki ini dengan sebaiknya. walaupun aku ni sudah ada diploma (gambar) tetapi semangat juangku untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah tidak akan ku lunturkan. walaupun aku masuk sini (upsi) secara terpaksa, aku tetap memperjuangkan untuk menghabiskan selama 4 tahun. aku tahu, umurku pun dah lebih sikit berbanding dengan sahabat sahabiah yang ada di upsi ni. terima kasih kepada mereka support aku. akan ku usahakan.

bila aku berada di upsi ni, banyak cubaan dan dugaan. antaranya ialah, aku ditekan oleh banyak pihak untuk menyertai ........, tetapi aku tak nak, aku beri pelbagai alasan, tapi mereka tidak mahu menerimanya kerana alasanku tidak kukuh. aku taidak mahu beri penjelasan kenapa aku tidak mahu. banyak benda yang menyebabkan aku tidak mahu. tak perlu aku senaraikan.

di politeknik dulu pun aku menjadi orang sibuk sejak sem 2 lagi, result exam aku sedikit menurun. dua semester sahaja aku dapat dekan. lepas tu merudum jatuh disebabkan tak dapat nak tumpukan perhatian kepada pelajaran.

jadi disini aku tak nak perkara yang sama berulang. itu bukan faktor yang kuat kenapa aku tak nak join. tapi salah satu. aku ni dah la tak pandai mana. kalau jadi orang sibuk pulok semakin la tak pandai. aku tahu memperjuangkan islam ni tak bermusim dan ianya perlu sepanjang hidup. tapi kaedah dan cara tersendiri mesti ada. kenapa perlu paksa aku? aku tahu la itu memang tangunggajawab seorang muslim.

ok lah sahabat sahabiah sekalian. aku harap korang tak salah paham dengan aku. ada hikmahnya. dan aku juga mempunyai sebab yang tersendiri. to ong jangan pandang kecil kepada orang. jangan rasa diri kita hebat. jangan rasa diri kita mulia. jangan rasa diri kita disanjung. ingatlah, sifat-sifat itu semua boleh merosakkan iman, boleh merosakkan akidah kita. rosak akidah ke neraka lah kita. minta jauh.

wassalam...

2 comments:

Anonymous said...

x pandang rendah pun..xpelah..

Anonymous said...

salam ziarah..baarakallahu fi ha.. stu prkongsian yg sgt baik... org yg bjk x smstinya pndai dlm akdmik dn sbgainy...org bjak addlh org yg pling brtaqwa antra kta smua.. "inna akramakum indallahi atqa kum.."(al-Maaidah:2).,org yg bjak jg org sntiasa ingtkn mati.. stap org ada klbihn dn kkragn msing-msing.maaf sdkt pandgn dr bmi um.. sy fhm prjuangn tdk smstinya brjuang dkmpus..kerna lpgn diluar jg trbka luas.. adkh krn sbab akdmik, kta ign mlpskn pluang yg ada utk brda dlpngan kmpus?..sy rasa itu tdk bjk,..krn sy fkirkn stap seorg pmda Islam adalh aset yg amt ptg utk mmbntu Islam wlau dmana pn berada.,dn smstinya tiada yg smprna wlaupn mrk brada dlm jmaah Islam kmps..sy ykin shbt2 d kmpus mmrlukn pndagn dn tgurn anda krn mrka jg byk kkurngan,krg pglmn, pgurusn,ilmu dn sbgainya..sudikh kta myatakn mrk itu agkuh tnpa mmahami trlbih dhulu kadaan mrk.. mrk mmrlukn anda krn ykin anda mmpu menolong utk mmprbtulkn apa yg slap..apa yg kurng,..ap yg prlu dbntu..apa yg prlu dperbtlkn..stiap dr kta ada fgsi msing2,yg hbat akdmik x smstinya bgus dlm trbiyah,xsmstiny bgus dlm akhlk dn sbgainya..kta ibrt sbuah krta..stiap komponen msing2 ada fgsi..tyar brfungsi dgn caranya..bgtu juga enjin..,jd kta prlu mraikn stap klebihn dn kkrangan ssma kta yg fhm hkikt prjuangan..bntulh shbt2 kta yg mmrlukn kta, sy ykin mrk amat mmrlukn anda d kmpus. smoga drhmati-Nya. Sirru 'ala barakatillah