Thursday, November 6, 2008

Perkara yang patut kita miliki.

setiap muslim itu tiada daripada mengetahui perkara-perkara yang mesti diamalkan untuk memastikan diri sendiri memiliki sifat-sifat kepujian. kerana barangsiapa yang memiliki kelakuan yang dipuji ini nescaya allah kasih kpeada mereka. dan apabila allah kasih akan seseorang, maka allah akan sentiasa memberi rahmat kepada mereka itu. beruntunglah hidup dunia dan akhirat. diantara amalan-amalan yang tidak sepatutnya kita tinggal ialah:

1. Muraqabah (pengawasan)

umat isla hendaklah sentiasa merasakana bahawa setiap perbuatan dan pergerakan diawasi atau dilihat oleh allah sat. sehingga mereka yakin bahawa allah sentiasa memerhatikan dan mengetahui segala apa yang dilakukan sama ada nyata atau tersembunyi. dalam keyakinan itulah manusia merasakan jiwanya tenang mengingati Allah dalam keadaan mana pun dan merasakan puas berdamping dengan diriNya. firman Allah swt.

"dan siapakah yang terlebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan dan ia mengikuti agama ibrahim menjadi kesayanganNya" surah an-nisa' ayat 125

sabda Rasulullah

"beribadatlah kamu kepada Allah seperti kamu melihatNya, apabila kamu melihat Allah, sesungguhnya Dia melihatmu..." hadis riwayat bukhari dan muslim.

dan sesungguhnya orang yang dapat merasai bahawa Allah sentiasa melihat kepdanya nescaya malu ia untuk meninggalkan perkara ayng diperintahkan Allah dan takut ia untuk berbuat sesuatu yang dimurkai Allah.

2 muhasabah diri.

muhasabah diri ertinya melakukan perhintungan terhadap diri sendir diatas apa yang telah dilakukan kerana menuntut kebahagiaan di dunis dan akhirat.

dengan yang demikian seseorang itu sentiasa membuat perhitungan dengan apa yang telah dilakukannya. andai apa yang dilakukan adalah perkara-perkara yang dilarang, maka hendaklah segera meminta ampun kepadaNya seperti mengucapkan istiqfar.

serta dengan menyesali segala perbuatan yang menyebabkan terjatuhnya ke atas dosa itu dan segera bertaubat kepadaNya. kemudian iringilah taubat kita dengan bersungguh-sungguh megerjakan amal soleh.

inilah yang dimaksudkan dengan muhasabah terhadap diri sendiri. ianya merupakan suatu jalan yang sangat mustahak untuk diamalkan supaya dengannya dapat kita memperbaiki serta mendidik diri berjalan atas jalan yang Allah redha dan membersihkan diri daripada segala maksiat zahir dan batin. firman Allah.

"hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah sesungguhnya Allah maha megetahui apa yang kamu kerjakan. dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. mereka itulah orang-orang yang fasik" surah hasyr ayat 18 dan 19

yang seterusnya nanti sambung lagi.. penat aku nak menaip ni.. sakit jari dan sakit otok mikir.. hehehehe.. tunggu siri 2 ye tajuk yang sama..
wassalam..

No comments: