Thursday, November 6, 2008

Dakwah amanah yang wajib

Dakwah yakni mengajak manusia kepada Allah taala dan menjauhkan manusia daripada thoghut. Adalah ia satu amanah yang diamanahkan oleh Allah taala keatas umat ini akan sebagai amal yang amat berat. Maka barang siapa yang tiada mengambil peduli akan amanah ini maka termasuk ia kedalam golongan hambaNya yang rugi. Firman Allah taala:


" Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), (surah al imran ayat 110)

Maka saugianya bagi setiap hamba itu berfikir, apakah amal yang besar kelebihannya ini tiada berkehendak untuk mencapainya. Janganlah kamu leka dengan amal-amal ibadat kamu jua. Kamu menyangka bahawa kamu akan dapat masuk syurga dengan amal-amal kamu padahal kamu tiada membimbing umat ini kepada Allah. Kamu tiada menyampaikan ilmu kepada mereka padahal mereka berada dalam kegelapan. Kamu tidak selamatkan mereka daripada melakukan barang yang menghampirkan mereka kepada neraka Allah. Kebanyakan jatuh kepada manusia itu bersifat dengan segala sifat yang tercela padahal kamu tidak menunjuk ajar mereka. Bermegah-megah dengan dunia dan loba dan berbagai bagai lagi yang menjadi hal yang binasa bagi mereka itu. Padahal mengambil megah itu taulan syaitan dan dengki itu taulan qabil dan loba itu taulan qaron. Sesungguhnya orang yang loba haram daripada rahmat Allah taala dan yang kikir itu kecelaan dan yang dengki itu dukacita. Dari kerana itulah kesemua sifat tersebut itu wajib engkau bersihkan daripada diri dan umat ini kerana dengannya terhijab hamba dengan Allah taala dan tiada dapat bergantung hati kepadanya.

Dan lagi mereka jahil dengan sembahyang dan ibadah-ibadah yang lain, padahal kamu senang dengan diri kamu sendiri. Maka sungguhnya sangkaan kamu itu sebenarnya tipu daya syaitan yang hendak membinasakan kamu. Ingatlah kamu bahawa telah binasa orang-orang yang terdahulu dari kerana lalai mereka itu pada menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah menusia daripada berbuat yang mungkar. Lalai daripada mengajak manusia kepada Allah dan supaya meninggalkan pengibadatan kepada barang yang lain daripada Allah. Sehingga turun bala daripada Allah sehingga membinasakan kaum itu padahal mereka jua termasuk orang-orang binasa. Dan lagi hendaklah kamu perhatikan hal umat pada hari ini yang sangat jauh daripada jalan yang lurus. Apakah kamu ingin melihat umat ini menjadi sebagaimana orang-orang yang terdahulu yang dibinasakan oleh Allah taala??

No comments: