Thursday, November 6, 2008

tok guru aku yang ku sayangi

Ini adalah tok guru aku yang sayangi. beliaulah yang menjaga aku sejak mula-mula aku kenal islam. kami seusrah dengan beliau sejak tahun 1999 sehingga sekarang. beliau tidak pernah jemu memberi ilmu kepada kami. dari mulanya usrah hanya berjalan rumah ke rumah sehinggakan sekarang dapat dibina sebuah madrasah tarbiyyah untuk pusat pengajian. di sana lah kami semua belajar dengan cara menadah kitab.

nama beliau ust Adam Bin Said. beliau dilahirkan sekampung dengan aku. beliau mendapat pendidikan awak sama dengan aku. selepas tamat darjah 6 beliau masuk ke sekolah menengah sama dengan aku. selepas tamat sekolah menengah beliau bercita-cita untuk belajar agam. beliau ke sokolah agama di negeri johor. selepas itu beliau meneruskan pengajian ke pattani. selepas itu beliau terus sambung ke pengajiannya di mekah selama beberapa tahun. itu sahaja serba ringkas latar belakang tok guru aku yang ku sayangi.

selepas balik dari tanah suci mekah, beliau berhasrat untuk menyampaikan dakwahnya di peringkat haul sekitarnya dulu. lama kelamaan belaiau terkenal dengan ilmunya dan dapat mengajar beberapa tempat di kawasan besut. dan sekrang beliau telah terkenal dan sekarang sebulan sekali ke johor untuk sampaikan dakwahnya. saya cukup bersyukur dapat seorang tok guru yang mempunyai mujahadah yang tinggi.

beliau sekarang mempunyai jawatan penting dalam politik. antaranya ialah ketua dewan pemuda pas kawasan besut. tok guru aku merupakan orang yang paling hebat yang aku pernah jumpa. beliau sangat tinggi ilmu terutanya ilmu fekah dan tasauf. akodah pun tak kurang juga hebat. beliau berat nak lepaskan aku untuk berada diluar. aku nak datang upsi pun dia berat nak lepaskan. terharu aku dibuatnya. tetapi pantang je cuti aku balik kg untuk mencari ketenangan bila bersamanya. banyak ilmu bila aku sentiasa bersama dengan beliau.

alhamdulillah dengan keberkatan ilmu yang diajar dapat aku guna pakai semasa berada diluar (jauh dengan baliau) aku tetap istiqamah atas perjuangan. doakan kejayaan aku.. amin...

3 comments:

Anonymous said...

Salam, abe mat rasa bangga betul bila ore muda macam adik yus kuat semangat jihadnya, tok guru adik yus ngajar kat surau mana? masa ? terasa juga nak dengar kuliahnya..ambo yang tua ni kadang2 terasa jauh dari agama... (boleh jawab dalam blog adik yus ni..ada masa abe mat jenguk2 lah blog adik yus ni) sebab ambo tak reti nak berblog.

Anonymous said...

from yus..

ust adam mengajar di kg kubang ikan besut. dirumah dia sendiri. dan dia juga mengajar di masjid besar kg raja pada rabu malam khamis.. dan malam2 lain ada juga di surau2.. tapi kalau nak dengar gi umah dia kat kg kubang ikan.. jumaat malam, ahad malam dan isnin malam..

Anonymous said...

Dari abe mat: tima kasih