Wednesday, November 5, 2008

assalamualaikum w.b.t

pertamanya marilah sama rapatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana kita pada hari ini diberi nikmat tanpa putus dan juga diberi peluang untuk terus hidup. walaupun kehidupan kita ni banyak mehnah dan dugaan, namun kita mesti tetap sabar menghadapinya.

sahabat sahabiah sekalian,

kehidupan kita hanya sementara, oleh itu isilah kehidupan kita yang singkat ini dengan amal solih dan sentiasalah menjahui kemungkaran dan perkara yang boleh merosakkan iman. jika rosaknya iman, maka segala amalan yang dikerjakan sia-sia tanpa mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah. jadikanlah kehidupan kita ini sebagai kehidupan untuk menuju ke kampung akhirat. jangan kita merasakan hidup kita ni lama. jangan lupa dan jangan lalai daripada melakuka ibadat kepada Allah. ikhlaskan hati kita semasa buat kerja-kerja amal supaya setiap amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah dan mendapat rahmat daripadaNya.

sahabat sahabiah sekalian,

kita juga perlu sentiasa bersyukur kepada yang maha esa. anugerah dan rahmat yang diberikan oleh Allah kepada manusia tidak terhitung banyaknya. iaitu semenjak manusia diciptakan daripada nutfah (setitik air mani) di dalam rahim ibunya sehinggalah dia kembali menghadap Allah.

manusia hendaklah mensyukuri segala rahmat dan nikmat Allah dengan melakukan segala suruhan atau perintahNya seperti sembahyang yang sempurna, zakat, puasa dan lain-lain dan menjauhi segala tegahannya dengan sungguh sungguh serta selalu memujiNya sama ada dengan kata-kata atau dengan amal perbuatan serta memanfaatkan segala yang dianugerahkan oleh Allah itu hanya untuk beribadah kepadaNya.

Allah kasih kepada orang yang syukur atas segala nikmat yang Ia berikan. dari kerana itulah syukur ini merupakan salah satu bentuk adab kepada Allah swt.

semoga kita semua diberkati Allah dengan RahmatNya.. amin..

No comments: