Tuesday, February 17, 2009

Hiasi Diri Dengan Amal Soleh

amal soleh ialah amal yang baik dan mempunyai harapan yang tinggi untuk diterima oleh Allah dan memperoleh ganjaran yang setimpal. bila kita melakukan sesuatu kerja hendaklah dengan secara ikhlas dan rela hati bukannya semata-mata untuk mendapat ganjaran. buangkan sifat ingin ganjaran bila melakukan sesuatu. allah sudah janji kepada kita bahawa setiap amalan yang kita lakukan sesuatu kebaikan maka allah akan beri pahala. kenapa kita masih lagi meminta ganjaran daripada Allah? sedangkan Allah sudah janji. adakah kita tidak yakin dengan janji-janji Allah? ingat, jajni Allah pasti. tidak salah untuk kita meminta tapi tidak malukah kita kepada Allah?

marilah kita semua cuba sedaya upaya melakukan amal soleh. amalkan budaya sikap tegur menegur bila ada dalam kalangan sahabat kita melakukan kesalahan. tegurlah dengan cara hikmah bukan dengan cara yang boleh menyakitkan hati orang lain. gunalah bahasa-bahasa yang lembut dan sopan supaya orang yang kita tegur itu tidak terasa hati. tidak rugi kalau kita selalu berpesan-pesan sesama kita. malah mendapat keuntungan.

dalam bersahabat, kita boleh pilih siapa sahabat kita. pilihan yang pertama sekali ialah sahabat yanng boleh membawa kita ke agama. jika kita berkawan dengan mereka yang lalai dengan perintah Allah, maka kita kena berhati-hati supaya kita jangan terpendaya dengan mereka. jika kita mampu mempertahankan hak kita dan mampu membawa dia ke jalan agama, lebih baik kita bersahabat dengannya. lagi besar ganjaran yang kita dapat. elakkan berpuak puak dalam persahabatan. jangan pandang hina kepada mereka yang masih lagi berada dalam kegelapan jika sekiranya kita sudah nampak sikit-sikit kehidupan agama. jangan sisihkan mereka. cubalah sedaya kita untuk membawa mereka kembali pangkuan agama. kesiankan mereka jangan bencikan mereka. jangan berkata susah selagi kita belum mencubanya..

semoga hidup kita mendapat jalan yang lurus... amin...

No comments: