Thursday, September 3, 2009

Jawapan Daripada Komen

terima kasih seklai lagi kerana membuka ruang kepada saya untuk menjawab komen yang telah dilontarkan.

untuk pengetahuan komentar, sebab saya bersetuju untuk membuka kepada semua warga upsi untuk menyertai PPi adalah kerana PPI adalah salah satu jalan pendakwah yang sah di UPSI.. PPI adalah satu-satunya wadah pejuangan islam yang senang untuk bergerak.. adakah perlu saya sebut pertubuhan-pertubuhan jemaah HARAM yang ada di UPSI? bagi pertubuhan haram ini memang ada tapi adakah senang untuk tarik mahasiswa cintakan islam? adakah dengan adanaya rakan surau mudah untuk tarik mahasiswa cintakan islam? adakah dengan adanya LPS kolej mampu untuk tarik seluruh mahasiswa cintakan islam? saya rasa tidak mungkin. dengan adanya PPI yang skopnya meluas, kita mampu menyebarkan dakwah dengan mudah dan berkesan. jika PPI ditubuhkan untuk kepentingan budak-budak pendidikan islam sahaja, maka dakwah islamiah tidak akan tercapai. ini merupakan tanggungjawab sebuah parti islam dalam UPSI untuk memahamkan islam di bumi UPSI ini.

MT yang sebelum ini merupakan bukan major pendidikan islam dan juga bukan minor pendidikan islam. memang benar, keahlian memang dibuka untuk semua, saya sendiri pun ahli persatuan walaupun saya bukan dari fakulti itu. tetapi persoalan disini ialah, usul baru-baru ini adalah untuk memasukkan dari fakulti lain masuk dalam MT dan juga exco. yang ini merupakan benda baru yang sebelum ini masih lagi tiada. tetapi pihak yang tidak bertanggungjawab telah menceroboh perlembagaan PPI.

dari segi bajet pula, PPI boleh menuntut dari HEP kerana ianya sudah lagi tidak terikat dengan fakulti kerana skopnya sudah meluas kerana telah melibatkan semua mahasiswa, jadi atas tanggungjawab HEP adalah untuk memberi peruntukan kepada persatuan ini kerana melibatkan semua mahasiswa.

dan bila komentar menuduh saya becakap bukan dengan ilmu itu adalah satu kesombongan dari pihak tuan. jangan anggap orang tiada ilmu dan mudah untuk komen pendapat orang lain. bila hati kamu tinggi maka dalam diri kamu akan menjadi riak. riak merupakan perkara yang boleh merosakkan iman.

komentar juga tidak mengkaji kenapa usul ini dibawa, saya sudah mengetahui lebih awal lagi kenapa usul ini dibawa dan dari siapa cadangan ini. sebab itu saya berani menyuarakan pendapat kerana usulnya datangnya dari pentadbiran tertinggi UPSI sendiri..

siapa anda, boleh kita jumpa?

3 comments:

cikgu_eya said...
This comment has been removed by the author.
cikgu_eya said...

Bismillah...

Apabila ana menuturkan kata-kata ini...

Terus, ana meminta akh agar bertenang dan berfikir berpandu ilmu, menulis di bawah pengaruh ilmu... selidikilah asbabnya... itu permintaan pengkomen pertama itu...^^

Itu tidak lah bermakna seperti ini...

dan bila komentar menuduh saya becakap bukan dengan ilmu itu adalah satu kesombongan dari pihak tuan. jangan anggap orang tiada ilmu dan mudah untuk komen pendapat orang lain. bila hati kamu tinggi maka dalam diri kamu akan menjadi riak. riak merupakan perkara yang boleh merosakkan iman.

Ana sekali-kali tidak menganggap akh tidak berilmu malah, ana mengakui ketinggian ilmu akh, berbanding diri ana yang hina dina, masih dalam proses mencari ilmu dalam perjalanan panjang yang tidak berkesudahan...

Maksud ayat ana ialah ini...

Semoga ilmu abe chick yang memandu akal... Jangan biar emosi memasung ilmu dan akal. Berhemahlah dalam berbicara... ^^

Biar ilmu yang ada, tidak dipandu oleh emosi... sesiapa yang baca tulisan nta, turut merasai emosi anda yang meluap-luap.

Kesimpulannya, bersama kita berusaha agar ilmu yang digunakan untuk merasionalkan sesuatu perkara tidak dipengaruhi oleh emosi...

p/s: oh,itu jugak tidak bermaksud akh tidak rasional. Itu sekadar peringatan untuk diamalkan bersama... ^^
Maka, berlapang dada... ^^



siapa anda, boleh kita jumpa?

Oh, akh telah pun berjumpa dengan ana. Maka, dengan itu ana mengetahui sedikit sebanyak keperibadian akh, dan juga ketinggian ilmu akh, juga emosi akh yang sering membuak-buak... ^^



komentar juga tidak mengkaji kenapa usul ini dibawa, saya sudah mengetahui lebih awal lagi kenapa usul ini dibawa dan dari siapa cadangan ini. sebab itu saya berani menyuarakan pendapat kerana usulnya datangnya dari pentadbiran tertinggi UPSI sendiri..

Ana mengakui, tidak master dengan isu berkenaan. Ana sekadar menerangkan, mengapa keahlian itu dibuka kepada pelajar fakulti sahaja... sekadar itu. Kerna menyedari khilaf diri yang tidak begitu update dengan isu tersebut juga, ana mohon akh merujuk kepada yang lebih mengetahui. Untuk pembetulan fakta yang silap dari ana, mungkin...


see... ana tidak langsung meletakkan diri di tempat yang tinggi, ia lebih kepada muhasabah bersama. dan ana berterima kasih atas pembaikan unsur penggunaan kata yang lebih bersopan dari akh.. ^^

Itu yang ana maksudkan...

Berhemah dalam berbicara... Jazakallah

Cikgu Arif said...

salam, ana suka membaca tulisan saudara Yus. Jujur dan berani.

Secara peribadi, ana pun bersetuju jika kepimpinan PPI dibuka kepada mahasiswa dari fakulti lain dan PPI ditukar kepada Persatuan Mahasiswa Islam atau PMI. Ana mengharapkan ahli PPI mempertimbangkan juga faktor berikut ;

1. Apabila pemimpin adalah di kalangan PPI sahaja, maka ia sukar untuk melihat dakwah dari sudut orang diluar kelompok mereka.

Contohnya : pelajar sains sukan tentu lebih tahu kaedah dakwah yg terbaik untuk rakan2 mereka, program yg sesuai untuk mereka.

Jawatan dalam persatuan akan menyebabkan seseorang itu bertanggungjawab pada ahli mereka.

2. Ana melihat dari sudut kuasa atau pengaruh dalam kampus. Di universiti lain, PMI adalah organ gerakan pelajar yg kedua terbesar selepas MPP. Ini adalah kerana ia membuka keahlian secara automatik kepada semua muslim yang berdaftar di universiti.

Apabila pimpinan kita bercakap, maka ia adalah mewakili seluruh mahasiswa muslim di universiti. Suaranya akan lebih didengari berbanding sebuah persatuan yg terhad di fakulti. Malah ia boleh menyaingi suara MPP pada satu2 ketika.

3. Untuk jangka panjangnya, tidak mustahil Pendidikan Islam juga akan mengalami kesusutan ahli ekoran unjuran KPM keperluan guru PI pada tahun2 akan datang.

Tidak mustahil Pendidikan Islam juga akan mengalami nasib yang sama seperti Program Rekabentuk di FTMK yg telah diberhentikan pengambilannya, malah FTMK juga mungkin diserap ke fakulti lain.

Lihat sahaja FST, dahulunya adalah antara fakulti terbesar di UPSI kerana ramainya pelajar FST. (cikgu eya tentu maklum perkara ini). Sekarang FST sedang menurun dan FSSK pula yang sedang meningkat naik. (PI adalah dari FSSK)

Kita tidak tahu unjuran KPM pada masa kan dtg. Namun, jika pengambilam PI dikurangkan, maka PPI akan kekurangan pelapis sama ada dari segi keahlian lebih2 lagi kepimpinan. Jika pengambilan pelajar PI dihentikan, maka PPI juga akan berkubur. Hilanglah satu wasilah yang penting untuk dakwah Islam.

Cadangan ana, PPI perlu mempunyai sistem pentarbiyahan dan latihan kepimpinan yang sistematik. Hanya mereka yg melepasi tahap2 latihan yang ditentukan layak untuk dicalonkan menjadi pimpinan. Mungkin PPI boleh menetapkan syarat kepimpinan menurut Islam seperti tidak meninggalkan solat jamaah, boleh jadi imam, menghafal surah tertentu, berkhlak terpuji dan yang penting memenuhi sifat-sifat kepimpinan Islam iaitu berilmu dan berani.

Apapun, ana menghormati keputusan ahli PPI pada AGM yg lalu. Mungkin belum tiba masanya kepimpinan PPI dibuka kepada ahli fakulti lain. semoga kalin terus membawa sinar dakwah untuk semua.

p/s : ana pernah cadangkan pada nawar agar ppi dibuka kepada non-muslim...