Tuesday, September 1, 2009

Bila Orang Islam Menolak Islam- siri 2

terima kasih kepada yang sudi komen. saya kurang memahami pertanyaan yang terdapat dalam komen tersebut. kalau boleh minta penjelasan sedikit untuk memudahkan saya menjawabnya.

dalam kes PPI yang lepas, pentadbiran sebelum yang lama sudah pun bercampur dengan mereka yang bukan major pendidikan islam. ada dalam kalangan MT adalah bukan dari major pendidikan islam. sebagai contoh naib presiden. adakah budak-budak pendidikan islam tidak sedar akan perkara ini. kenapa usul yang dikeluarkan hendak dibantah sedangkan sebelum ni PPI sudah pun dicampur tangan oleh orang luar?

apa yang paling menyedihkan saya juga ialah, orang yang pertama angkat tangan untuk membantah usul tersebut ialah naib presiden itu sendiri, sedar diri sikit, kamu itu bukan dari golongan pendidakan islam yang telah diangkat menjadi naib presiden, kenapa kamu orang yang pertama menentang..... ada sorang lagi Mt yang juga bukan pendidikan islam, orang ini juga telah menentang usul tersebut. jangan bangga dengan kedudukan yang ada, rosak akidah. sedar diri sikit kamu itu siapa.

budak-budak pendidikan islam pun bukan boleh harap sangat nak bawa mesej islam kepada seluruh mahasiswa universiti, nak tumpang solat jemaah pun tak ada. bukan saja nak tumpang jadi iman, nak tumpang jadi makmum pun tak boleh. kemana kamu semua pergi.. ingat, orang yang tahu islam tetapi tidak mengamalkannya adalah terlebih dahulu masuk neraka dari penyembah berhala.

saya cabar kamu semua budak-budak pendidikan islam, jalankan tugas kamu sebagai pendakwah dan sebagai mereka yang banyak ilmu tentang agama, jangan jadi pengecut. saya mahukan kamulah orang yang berada dihadapan sekiranya apa-apa bantahan berlaku terhadap program-program maksiat. jangan jadi pengecut.. jika kamu pengecut, buanglah perkaktaan islam dalam dirimu...

nak lagi..
kalau rajin dalam siri ketiga pula...
aku bertangjawab atas penulisanku ini, jadi,, apa2 hal bersemuka dengan aku.. aku sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan golongan yang pengecut dan tidak sedar diri ini....

wassalam..

1 comment:

cikgu_eya said...

Bismillah...

imu dan amal.. perlunya ia berjalan seiring. Ilmu, diterjemah dalam bentuk amal, dan akhlak.. semoga kita lebih berlapang dada...

Akh yuslizan...
Ana adalah orang yan pernah nta jumpa. Atas rasa tanggungjawab, ana memaklumkan perkara ini.

Dahlunya, persatuan pendidikan islam (PPI) dibuka untuk semua.(oh, tentu akh sudah sedia maklum). Ana sempat menjadi salah seorang ahli. Tahun berikutnya selepas ana join, ana dapat tahu penyertaan tertutup hanya untuk kos pendidikan islam. Namun, ahli lama dikekalkan. Alhamdulillah...
(perhatian, ana orang FST..^^)

Ana selidiki perkara ini, mengapa perlu dikecilkan skop penyertaan. Setelah berbincang dan mendapat penerangan dari pihak tertentu, ana memahami asbabnya... ^^


Persatuan Pendidikan Islam didaftarkan di bawah fakulti yang berkenaan. Segala program, perancangan, kelulusan kertas kerja, serta sebarang gerak kerja di bawah persatuan ini adalah melalui fakulti. so, bajet yang diterima ialah hasil peruntukan untuk fakulti, di mana setiap fakulti ada peruntukan dan bajet masing2... maka kesimpulanna, persatuan ini di bawah saluran fakulti yang berkenaan. Maka atas sebab itu, mana2 pelajar yang mengambil kos pendidika islam akan secara automatiknya menjadi ahli persatuan (kalau tidak silap), serta keahliannya dibuka untuk pelajar di bawah fakulti berkenaan sahaja... itu sebabnya ia tidak dibuka kepada pelajar fakulti lain..

Ia adalah satu karenah birokrasi yang melecehkan namun, terpaksa kita akur selagi kita tidak ada kuasa, selagi tidak punya daya untuk mengubahnya.... ^^

Tarus, ana meminta akh agar bertenang dan berfikir berpandu ilmu, menulis di bawah pengaruh ilmu... selidikilah asbabnya... itu permintaan pengkomen pertama itu...^^


Mungkin akh boleh mengesahkan perkara ini melalui nawwar, mahupun mantan MT. MT yang bukan kos penddkan Islam itu, mungkin minor pendidikan islam, atau mungkin juga mendaftar menjadi ahli ketika keahlian masih dibuka kepada semua pelajar... ^^


Ana melihat perkara ini sebagai satu alternatif... Persatuan Pendidikan Islam adalah salah satu alternatif jalan dakwah di UPSI. Jika tidak terbuka di PPI, ada banyak lagi alternatif lain untuk kita tempuh jalan dakwah ini.. Maka, mengapa perlu dipandang satu pintu yang tertutup, sedangkan pintu-pintu lain luas terbuka... ^^


Segala kesilapan fakta, mahupun keterlanjuran kata... mohon maaf. Khilaf ana, hamba yang lemah. Semoga ilmu abe chick yang memandu akal... Jangan biar emosi memasung ilmu dan akal. Berhemahlah dalam berbicara... ^^


p/s: berkenaan fakta persatuan yan ana berikan, sila rujuk kepada mereka yang lebih berkelayakan untuk pengesahan maklumat... ^^