Thursday, September 10, 2009

Islam sesuai Dengan Fitrah Manusia

islam adalah agama samawi yang diturunkan Allah sesuai dengan fitrah manusia yang menseimbangkan jasmani dan rohani dunia dan akhirat. islam tidak hanya menyuruh beramal untuk akhirat semata-mata, dan berusaha untuk hidup didunia sahaja, malah selaku umat islam hendaklah menseimbangkan tuntutan jasmani dan rohani dunia dan akhirat iaitu selepas mejgerjakan sembahyang hendaklah pula mencari kehidupan untuk hidup didunia. firman Allah taala:

" kemudian setelah selesai mengerjakan sembahyang, maka bertebaranlah kamu dimuka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingat akan Allah banyak-banyak (dalam semua keadaan) supaya kamu berjaya ( didunia dan akhirat)" surah al jumaat ayat 10

islam mengandungi bermacam-macam peraturan yang ditujukan hanya kepada manusia sesuai dengan fitrah manusia yang hidup menempuh dua alam iaitu alam dunia dan akhirat yang memerlukan perseimbangan hidup didua alam itu. firman Allah:

"dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu akan pahala dan kebahagian hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu)dari dunia" surah al-qasas

islam selaku agama fitrah menggesa manusia berusaha mencari harta kekayaan yang telah dilimpahkan oleh Allah taala dan mengerjakan amal-amal kebajikan yang mendatangi pahala dan membawa keselamatan dan kebahagian pada hari akhirat kelak. tetapi janganlah pula melupakan kebahagaian dalam dunia untuk merasai kesenangan hidup secara halal sebelum menikmati kesenangan dan kebahagian yang kekal abadi diakhirat.

No comments: