Sunday, March 15, 2009

Syukur

alhamdulillah marilah sama-sama kita merapatkan kesyukuran terhadap Allah kerana masih beri kita peluang untuk hidup dan juga kerana Dia telah menganugerahkan islam kepada kita. cuba kita bayangkan jikalau Allah lahirkan kita dalam kalangan bukan islam. oleh itu syukurlah kita kepadaNya dengan bersungguh-sungguh melakukan amal-amal soleh iaitu amal-amal yang baik yang diterima oleh Allah. segala amal-amal yang boleh merosakkan amal hendaklah kita jauhi dan kalau boleh jangan kita cuba mendekatinya. disini, saya hendak perpesan kepada diri saya sendiri dan tuan-tuan supaya kita sama-sama manjaga amal-amal soleh supaya hidup kita diberkati dan direhdai oleh Allah.

setiap manusia tidak ketinggalan melakukan kesalahan. kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita melakukan kesilapan. oleh itu, saya harapa sidang pembaca sekalian menegur saya jika ada saya melakukan kesilapan supaya kesilapan itu dapat saya perbaiki buat masa akan datang. menegur biarlah secara berhemah. jangan kita menegur secara melulu dan terlalu keras kerana orang ditegur itu tidak boleh menerimanya. tapi kadang-kadang perlu juga teguran secara keras jika perbuatan yang dilakukan sudah melampaui batas.

ya Allah bimbinglah kami di atas jalan yang engkau redhai dan kurniakanlah bagi kami petunjuk dari sisiMU dalam segala urusan kami. dunia kami dan akhirat kami. ya Allah, selamatkan kami dari segala sesuatu yang boleh manjauhkan kami daripadaMU sama ada disebabkan oleh hati kami ataupun perbuatan kami. ya Allah, kami mohon kepadamu ilmu yang memberi manfaat.kerana dengannya dapat mengembirakan kami kepadaMU. kami berlindung denganMU ya Allah daripada ilmu yang tiada memberi manfaat kerana ia membinasakan kamidan menjauhkan kami daripadaMU. kami juga berlindung denganMU daripada nafsu yang tidak pernah puas dan daripada hati yang tidak khusyuk dan sentiasa berdukacita. ya Allah, selamatkanlah kami daripada melakukan barang yang sia-sia lagi merugikan kami dalam hidup kami. kami minta tolong denganMU ya Allah untuk ingat kepadaMU dan bersyukur diatas segala nikmtMU dan memperelokkan ibadat kami kepadaMU.tolonglah kami untuk beramal dengan segala amal yang boleh mendekatkan kasih dan cinta kami kepadaMU. ya Allah janganlah engkau sibukkan kami dengan dunia sehinggakan kami lupa akan akhirat kami. ya Allah, kami juga berlindung daripadaMU dari segala perkara buruk yang menimpa kami. tolonglah hambaMu ya Allah... jauhkan diri kami dari sifat-sifat tercela sperti hasad, ego, riak, sombong dan lain-lain lagi sifat yang boleh merosakkan iman kami ya Allah... ya Allah perteguhkan iman kami, jangan engkau biarkan hati kami mencintai makhluk lebih dari mencintaiMU.. amin ya rabbil alamin..

semoga hidup kita semua dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah...

No comments: