Monday, November 9, 2009

Bila EGM MPP UPSI Akan Diadakan?

EGM merupakan salah satu untuk menunjukkan telus dan adilnya sesuatu organisasi apabila memegang amanah jawatan yang diberikan. dalam pelaksanaan EGM, beberapa perkara akan dibentangkan untuk tantapan seluruh anak bawah jagaannya supaya anak bawah jagaannya dapat mengetahui dengan lebih terperinci sama ada dari segi program-program yang dijalankan dan juga pengaliran wang pelajar yang disumbangkan kepada MPP setiap semester.

dari hari ke hari kami menanti bilakan EGM itu akan dilaksanakan tetapi penantian kami hampa kerana tampuk pemerintahan MPP sessi ini sudah sampai ke penghujungnya. saya mendapat tahu bahawa ada dalam kalangan ahli MPP sendiri yang sentiasa mendesak supaya EGM ini akan dilaksanakan tetapi desakan itu seolah-olah mendesak patung sahaja. kenapa mereka takut sangat hendak membuat EGM kalau mereka cukup telus dalam menjalankan tugas dan tanggjungjawab?

tidak dapat dinafikan lagi, MPP UPSI ada dua puak iaitu puak pro aspirasi iaitu dikenali sebagai pro kualiti dan satu puak lagi pro mahasiswa iaitu dikenali sebagai pro kebajikan. dalam pada itu, saya menyeru kepada kedua-dua puak ini seharusnya membuat EGM secepat mungkin di khlayak ramai supaya semua pelajar dapat mengetahui sama ada telus atau tidak pemerintahan MPP pada sessi ini.

saya juga mendesak kepada MPP kebajikan jika MPP kualiti tidak mahu buat EGM, buktikan yang anda merupakan pemerintah yang telus, iaitu dengan cara MPP kebajikan sahaja yang buat EGM. tunjukkan ketelusan anda semua. yakinkan kepada semua pelajar UPSI yang anda ini memang seorang yan gjujur, amanah dan bijaksana. jika anda juga tidak lakukan, disini saya boleh anggap anda semua pengecut dan omong kosong sahaja selama ini yang dikatakan menjaga kebajikan pelajar. jika anda betul-betul amanah, silakan, buat secara terbuka kepada seluruh warga UPSI. tunjukkan bukti bahawa yang anda merupakan MPP betul-betul menjaga kebajikan pelajar.

dlaam penulisan saya ini merupakan pendapat individu saya, tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak. semua pihak diharap dapat menghormati pandangan saya dan untuk pengetahuan sebelum ini saya juga pernah berbincang secara lisan supaya MPP kebajikan mengadakan EGMnya sendiri tetapi tiada tindakan lanjut.

saya harap tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung dengan penulisan saya ini kerana sekali lagi saya menegaskan bahawa ini merupakan pendapat INDIVIDU saya....

sekian

wassalam...

Sunday, November 1, 2009

Bila Exam Menjelma

setiap semester, bagi mereka yang bergelar mahasiswa/i tidak dapat lari dari peperiksaan akhir. ada yang gembira, ada yang takut, ada yang tak yakin dan macam2 lagi reaksi pelajar. apa yang paling malang sekali ialah, semasa senang kita ini langsung tidak mencari keredhaan Allah dan jarang untuk bercakap dengan Allah. akan tetapi bila tiba sahaja musim peperiksaan, kita mula nak berjinak dengan Allah, ini merupakan satu perkembangan yang bagus sekiranya ianya berlarutan selamanya, akan tetapi, kita ini hanya mencari Allah sewaktu kita dalam keadaan susah dan berhajat kepadaNya, sedangkan kita disuruh menginhatiNya selalu tidak kira masa, tempat dan apa jua keadaan sekali pun.

saya tidak menunding jari kepada sesiapa, saya menulis artikel ini adalah untuk memperingati diri saya sendiri disamping menasihati kepada sidang pembaca sekalian. saya bukaannya bagus sangat hendak tuduh orang lain tidak mencari keredhaan Allah tetapi kita sebagai umat islam seharusnya peringat memperingati antara satu sama lain. "sampaikan walaupun satu ayat" kita wajib menyampaikan walaupun ilmu kita kurang tetapi kita mengetahui sesuatu itu.

dalam mencari keredhaan Allah janganlah kita lupa dengan dosa2 kita, dosa kita amat banyak sehingga kalau ianya berbentuk jirim, maka tidak larat untuk kita memikulnya. saya sendiri mengaku saya banyak melakukan dosa kepada Allah, dosa terhadap diri sendiri, dosa dengan Allah dan dosa dengan manusia. dikesempatan ini saya memohon sepuluh jari kepada mereka yang saya ada buat salah. saya sebagai insan biasa juga tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat. Allah jadikan taubat ada hikmahnya iantu allah tahu yang kita ini sering melakukan dosa. cuba kita bayangkan kalau Al;lah tidak jadikan taubat.. kemana kita?

iman kita boleh berubah mengikut keadaan semasa, kadang-kadang iman kita tinggi dan kadang kala iman kita menurun. saya sendiri mengakui bahawa, iman saya berada pada tahap yang paling rendah tidak mempu bewrjihad melawan hawa nafsu. sanggup melakukan apa sahaja untuk menyeronokkan nafsu. kita sebagai manusia biasa ini memang mudah untuk melakukan dosa dan maksiat. jadi kita hendaklah sentiasa berdoa dan taubat kepada Allah moga-moga kehidupan kita ini diberkati dan direhdai Allah..

sekiranya saya melakukan kesilapan sekali lagi saya memohon ampun dan maaf kerana dosa bersangkutan dengan manusia ini lebih sukar diampunkan oleh Allah. jika sekiranya orang yang bersangkutan dengan kita itu tidak memaafkan kita maka dosa kita tidak akan terlepas. tugas kita hanyalah boleh memeohon maaf sahaja. itu sahaja yang termampu kita lakukan.

wassalam...

Thursday, October 1, 2009

Fikirkan Boleh

berhampiran akhir semester ini, ramai pelajar yang sibuk dengan hantar esemen masing-masing sehinggakan ada yang tidak tidur malam ada yang tak lalu makan dan ada juga yang memaksa dirinya walaupun kepenatan. itulah hakikatnya dalam megejar cita-cita dunia yang kadang-kadang boleh melalaikan kita. dengan adanya esemen, ramai pelajar yang sanggup berjaga malam dan tido hampir subuh dan terlepas subuh. cuba kita renung, adakah berbaloi dengan kita berbuat sedemikian hanya semata-mata untuk siapkan esemen itu. adakah kita tidak perasan kemurkaan Allah lebih besar dari itu jika kita bersikap sedemikian?

namum, sudah menjadi lumrah bagi setiap pelajar yang ingin mengejar kemewahan dunia semata-mata sedangkan berkata diantara ahli sufi, dunia ini seperti bangkai sahaja. bukan salah untuk dikejar tetapi janganlah lalai terhadap perintah Allah. janganlah kita lalai disebabkan esemen kita, janganlah kita tinggalkan syariat Allah disebabkan esemen kita.

kenapa kita sering terasa serabut bila perkara dunia tertalu banyak kena fikir? adakah kita pernah terfikir itu semua. jawapannya, jika kita benar-benar yakin Allah maha penolong maka perasan ini tidak akan timbul, sejauh mana keyakinan kita kepada Allah ianya bergantung kepada individu itu sendiri, kita tidak boleh menilik orang lain kerana setiap orang berbeza martabat disisi Allah.

cuba kita perhatikan orang sekeliling kita, ada yang terlalu tertekan dengan esemen dan ada juga biasa dan ada juga boleh menghadapinya dengan tenang. rahsianya ialah sejuah mana kataqwaan kita kepada Allah dan sejauh mana dekatnya kita dengan Allah.

rahsianya lagi, jangan lupa solat dhuha setiap hari jangan tinggal walaupun sekali, paling kurang 2 rakaat dan paling banyak 8 rakaat, tak payah nak tunjuk rajin buat lebih. antara lain jangan lupa berselawat kepada nabi 100 kali sehari istiqamah setiap hari jangan tinggal. itu paling kurang lebih lagi baik. danjuga jangan lupa ucap kalimah la ila ha illa allah sebanyak paling kurang 100 kali sehari. sambil sebut hati jangan pikir lain, tiada bergantung hati aku selain daripada Allah, sebut dengan yakin. insyaallah denganadanya amalan yang sedikit ini dan biasa ini moga-moga kita mendapat ketenangan dalam menghadapi semua keadaan.

jika kita fikirkan kita boleh lakukan, maka bolehlah, jika kita fikir susah untuk buat amalan itu sudah tentu kita akan menemui kegagalan. yakin dengan Allah dengan meletakkan harapan sepenuhnya kepada Allah. bukan sikit-sikit. betul selama ini kita sudah yakin, tetapi sejuah mana keyakinan kita terhadapNya yang maha kuasa?

tidak ada benda yang tidak boleh diselesaikan tetapi ianya memerlukan pengorbanan yang besar daripada diri sendiri.

wassalam...

Monday, September 28, 2009

Erti Perayaan

bahang syawal masih lagi terasa, setelah sebulan berpuasa, maka kita pula menyambut hari perayaan yang dinamakan hari raya aidilfitri. ramai yang bermaaf maafan, kenapa sudah menjadi adat kita bila tiba sahaja musim perayaan baru hendak meminta maaf.. sedangkan membersihkan dosa-dosa ini merupakan hendaklah dilakukan setiap hari sebelum tidur terutamanya. tidak mengapalah, kita sudah terbiasa dengan adat tersebut. tidak menjadi satu kesalahan.

apa yang hendak saya berkongsi disini ialah, kenapakah kita sambut perayaan dengan begitu meriah sekali. terdapat 2 golongan manusia yang menyambut perayaan ini.

pertama,

golongan ini merupakan golongan yang suka sambut hari raya kerana tidak perlu lagi berlapar disiang hari. mereka juga menganggap bebas untuk makan disiang hari tanpa bersembunyi lagi untuk makan waktu siang hari. sedangkan sebelum ini terpaksa makan dalam keta, dalam semak, tempat-tempat tidak ada orang dan sebagainya. jadi golongan yang suka menyambut perayaan kerana sebab ini merupakan golongan yang fasik, golongan yang dilaknat oleh Allah. amalan-amalan mereka hanya sia-sia. walaupun malamnya buat solat tarawikh, bangun sahur, sedekah dan sebagainya tetapi semua itu ditolak oleh Allah kerana penyakit yang ada dalam hati masih lagi tidak dibersihkan.

kedua,

golongan kedua ini merupakan golongan yang suka juga menyambut perayaan tetapi mereka suka kerana mereka berjaya melawan nafsu untuk makan, mimun dan sebagainya disiang hari. setelah sebulan melawan segala hasutan, akhirnya mereka berjaya menghabiskan puasa sebulan berbanding orang lain yang tidak tahan untuk berpuasa sehinggakan mengambil tindakan untuk tidak berpuasa. golongan ini merupakan golongan yang direhdai oleh Allah.

jadi dimanakah diri kita. kita berada dalam golongan yang mana... kedua-duanya suka untuk menyambut hari raya tetapi suka mereka berlainan. ini merupakan sifat hati manusia. hati jika tidak dibersihkan, maka terjadilah sedemikian.

selamat berpuasa bulan syawal. semoga dengan puasa 6 hari dalam bulan syawal dapat menampung kebocoran puasa dalam bulan Ramadhan..

wassalam

Tuesday, September 15, 2009

Salam Eidulfitri

pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya eidulfitri kepada semua dan juga memohon keampunan daripada semua sahabat-sahabat sekiranya ada keasalah dan kesilapan sepanjang perkenalan kita.. memang ada pun... harap jangan disimpan dan buanglah dimana-mana. jika ada yang baik ambik simpan dan jika ada yang tidak elok buanglah dan lupakanlah persengketaan..

semoga puasa yang kita lalui mendapat kerahmatan dan keberkatan dan keredhaan daripada Allah.. semoga kita bertemu lagi pada ramahdan akan datang....

hulurkan tangan mohon kemaafan... salam lebaran..

daripada yuslizan mohamad...

Thursday, September 10, 2009

Islam sesuai Dengan Fitrah Manusia

islam adalah agama samawi yang diturunkan Allah sesuai dengan fitrah manusia yang menseimbangkan jasmani dan rohani dunia dan akhirat. islam tidak hanya menyuruh beramal untuk akhirat semata-mata, dan berusaha untuk hidup didunia sahaja, malah selaku umat islam hendaklah menseimbangkan tuntutan jasmani dan rohani dunia dan akhirat iaitu selepas mejgerjakan sembahyang hendaklah pula mencari kehidupan untuk hidup didunia. firman Allah taala:

" kemudian setelah selesai mengerjakan sembahyang, maka bertebaranlah kamu dimuka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingat akan Allah banyak-banyak (dalam semua keadaan) supaya kamu berjaya ( didunia dan akhirat)" surah al jumaat ayat 10

islam mengandungi bermacam-macam peraturan yang ditujukan hanya kepada manusia sesuai dengan fitrah manusia yang hidup menempuh dua alam iaitu alam dunia dan akhirat yang memerlukan perseimbangan hidup didua alam itu. firman Allah:

"dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu akan pahala dan kebahagian hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu)dari dunia" surah al-qasas

islam selaku agama fitrah menggesa manusia berusaha mencari harta kekayaan yang telah dilimpahkan oleh Allah taala dan mengerjakan amal-amal kebajikan yang mendatangi pahala dan membawa keselamatan dan kebahagian pada hari akhirat kelak. tetapi janganlah pula melupakan kebahagaian dalam dunia untuk merasai kesenangan hidup secara halal sebelum menikmati kesenangan dan kebahagian yang kekal abadi diakhirat.

Saturday, September 5, 2009

Perlembagaan PPI Harus Diubah

terima kasih kepada cikgu arif kerana sudi melontarkan komennya, ya.. memang benar kata -kata cikgu arif tu, perlembangaan PPI ahrus diubah buat masa akan datang kerana ianya perlu difikirkan panjang. jika ada pendapat mangatakana bahawa PPI sekarang ini sudah relaven, bagi saya mereka itu masih lagi berada dalam golongan minda masih pada tahap rendah.

usul baru-baru ini merupakan bukan untuk membuka keahlian kepada semua termasuk orang bukan islam, itu baru sahaja untuk orang islam, tetapi ianya telah mendapat tentangan hebat daripada golongan yang berfikiran yang tidak mantap. cadangan cikgu arif untuk membuka keahlian kepada orang bukan islam juga saya amat setuju, tetapi bolrhkan mereka setuju seangkan untuk islam sahaja pun mereka tentang habis-habisan inikan pula yang bukan islam. saya harap minda mahasiswa pendidikan islam harus dibuka seluas-luasnya supaya kesan yang baik kepada semua akan terhasil. perlu diingatkan, pendapat cikgu arif itu bukan untuk MT dan exco bagi orang bukan islam tetapi keahlian sahaja.

harapan saya pada AGM akan datang [perkara ini perlu dibincangakan pada peringkat akar umbi supaya keputusan yang baik akan terhasil. bagi mereka yang rasa tidak sesuai dan masih lagi menentang, cuba renung-renung dan fikirkan implikasinya. jangan jadikan diri kita ini masih lagi dibelenggu alam persekolahan. kita sudah meningkat dewasa dan fikiran perlu terbuka. jangan masih lagi berfikir kebudak-budakan lagi. malulah kita sebagai bakal pendidik anak bangsa jika kita masih berfikiran sedemikian.

akhir kata dari saya, ubahlah perlembagaan akan datang demi kebaikan seluruh warga kampus yang cintakan islam. sama-samalah kita gerakkan dakwah islamiah dalam kampus UPSI supaya membentuk mahasiswa cintakan islam. PPI merupakan persatuan yang penting seperti kata cikgu arif itu PPI merupakan orang yang kedua selepasa MPP. skopnya amat luas berbanding pertubuhan lain. memang benar kita ada MPP LPS untuk gerakkan dakwah, tetapi saya mendapat makluman bahawa MPP LPS tidak banyak dapat menjalankan aktiviti ataupun program kerana disekat oleh pihak-pihak tertentu yang bencikan kebajikan.

"ISLAM FOR ALL"

bersama kita bergerak untuk menyampaikan dakwah islam kepada seluruh sahabat kita terutamnaya warga kampus UPSI.

wassalam...

Friday, September 4, 2009

Jawapan Daripada Komen (2)

alhamdulillah...

segala puji bagi Allah, Allah telah meluas ilmu saya melalui kes ini. terima kasih juga kepada naib presiden itu sendiri yang telah mesej saya untuk membetulkan keadaan. saya menyatakan sedemikian kerana saya telah mendengar sendiri pada setahun yang lepas semasa di dewan KZ, beliau telah menyatakan bahawa beliau bukan dari pendidikan islam dan minor pun bukan PI. jadi atas kenyataan itulah saya berpegang untuk menyuarakan ini.

dia bercakap dihadapan pelajar semester 1 PI sewaktu program KMC kebetulan pada hari yang sama saya juga berada disitu dan saya rasa telinga saya masih tidak tuli lagi..

mesej yang saya terima yang dia menafikan kenyataan itu. itu tidak mengapa... jika silap saya, saya mohon maaf dan saya tarik balik.. tetapi saya tidak akan delate artikal itu.... sebab saya bukan seorang pengecut untuk menghadapi kes ini.... dan juga saya mempunyai bukti dalam tuduhan saya itu.. jika dia nak menafikan tiada masalah.. itu hak dia.. tapi saya yakin dengan telinga saya..

setelah saya tanya kepadanya mengapa menolak usul tersebut, dia hanya menjawab tidak boleh diberitahu sekarang dan perlu dirahsiakan dan hanya Allah yang tahu. itukah jawapn seorang pejuang yang dikatakan pejuang islam? saya mahukan hujah kenapa menolak usul tersebut..

kemukakan hujah, selagi saya tidak mendapat hujah selagi itu saya akan menyerang... PRK sudah tidak lama,, besar kemungkinan saya juga akan ambil calon dan sewaktu rapat umum inilah yang saya akan cuba terangkan dan akan hentam sape sahaja.. saya tidak mahu menyebelahi mana2 pihak.. jika terasa hendak ambik calon la.. nak kena pikir 1000 kali dulu la tu... niat saya bukan hendak menang tapi ada disebalik itu... orang macam saya ni memang hati batu dan tidak pernah takut pada orang... kalau orang tengok saya memang saya ni emosi dan keras, tapi ianya perlu juga.. tiu adalah anugerah kurniaan Allah.. tidak boleh dielakkan.. Allah buat semuanya dah baik... cuba bayangkan kalau semua orang lembut je.. apa akan jadi.. hancur la islam.. nak buat ni rilek dulu nak buat ni rilek dulu..

saya dapat merasakan diri saya ini telah menjadi buah mulut orang.. tak baik mengumpat.. bulan pose ni.. sia2 saje berpuasa.. saya juga ada belajar sedikit ilmu mengenai hati ini.. jadi sedikit sebanyak akan dapat membaca lintasan hati seseorang melalui hati juga dan melalui tingkah laku dan melalui mata... bukan banyak tapi ada sikit2 tu.. jap gi ada je la orang kata saya ni cam tuhan tau ati org.. jangan tuduh sebarangan ye... orang pompuan yang datang bulan pun saya tau walaupun tidak diberitahu... huhuhu...

mengenai komen pula.. ye memang saya ni emosi.. tapi saya emosi menggunakan ilmu.. saya tau tindakan saya adalah terburu-buru dan suka menyalahkan orang lain.. tapi saya rasa itu adalah adalah benar.. tidak ada yang dusta.. jika ada sila nyatakan.. dialu-alukan..

mengenai komentar yang kata selalu jumpa saya.. saya ingin berjumpa face to face.. nak bercakap dari mulut ke mulut,, bukan dari jari ke jari..

saya perasan ada orang yang pandang serong kat saya sewaktu kat surau al falah selepas majlis pelancaran rakan surau.. tapi saya buat tak tau je... dari sudut hati saya ada orang cuba nak mengumpat saya... biarkan mereka.. umpat la apa yang nak diumpatkan.. saya tidak kisah itu semua.. sekali saya nyatakan, kalau tidak berpuas hati tak yah cakap belakang.. meh jumpa.. mulut by ,mulut..

sekian wassalam..
jika terkasar bahasa harap dimaafkan
dan jika ada kesalahan harap diperbaiki
dan jika sekiranya memerlukan penjelasan sila atukan jadual pertemuan..
artikel ini merupakan pendapat peribadi..
tidak ada kaitan dengan siapa2...
hanya pendapat saya seorang sahaja...
yang baik datang dari Allah dan yang kejahilan datangnya dari ilmu saya sendiri...
saya masih lagi belajar...
bimbinglah saya..
tegurlah saya..
tetapi tgurlah secara berhemah kerana saya adalah beremosi tinggi.. silap tegur anda yang kena hentam...

Thursday, September 3, 2009

Jawapan Daripada Komen

terima kasih seklai lagi kerana membuka ruang kepada saya untuk menjawab komen yang telah dilontarkan.

untuk pengetahuan komentar, sebab saya bersetuju untuk membuka kepada semua warga upsi untuk menyertai PPi adalah kerana PPI adalah salah satu jalan pendakwah yang sah di UPSI.. PPI adalah satu-satunya wadah pejuangan islam yang senang untuk bergerak.. adakah perlu saya sebut pertubuhan-pertubuhan jemaah HARAM yang ada di UPSI? bagi pertubuhan haram ini memang ada tapi adakah senang untuk tarik mahasiswa cintakan islam? adakah dengan adanaya rakan surau mudah untuk tarik mahasiswa cintakan islam? adakah dengan adanya LPS kolej mampu untuk tarik seluruh mahasiswa cintakan islam? saya rasa tidak mungkin. dengan adanya PPI yang skopnya meluas, kita mampu menyebarkan dakwah dengan mudah dan berkesan. jika PPI ditubuhkan untuk kepentingan budak-budak pendidikan islam sahaja, maka dakwah islamiah tidak akan tercapai. ini merupakan tanggungjawab sebuah parti islam dalam UPSI untuk memahamkan islam di bumi UPSI ini.

MT yang sebelum ini merupakan bukan major pendidikan islam dan juga bukan minor pendidikan islam. memang benar, keahlian memang dibuka untuk semua, saya sendiri pun ahli persatuan walaupun saya bukan dari fakulti itu. tetapi persoalan disini ialah, usul baru-baru ini adalah untuk memasukkan dari fakulti lain masuk dalam MT dan juga exco. yang ini merupakan benda baru yang sebelum ini masih lagi tiada. tetapi pihak yang tidak bertanggungjawab telah menceroboh perlembagaan PPI.

dari segi bajet pula, PPI boleh menuntut dari HEP kerana ianya sudah lagi tidak terikat dengan fakulti kerana skopnya sudah meluas kerana telah melibatkan semua mahasiswa, jadi atas tanggungjawab HEP adalah untuk memberi peruntukan kepada persatuan ini kerana melibatkan semua mahasiswa.

dan bila komentar menuduh saya becakap bukan dengan ilmu itu adalah satu kesombongan dari pihak tuan. jangan anggap orang tiada ilmu dan mudah untuk komen pendapat orang lain. bila hati kamu tinggi maka dalam diri kamu akan menjadi riak. riak merupakan perkara yang boleh merosakkan iman.

komentar juga tidak mengkaji kenapa usul ini dibawa, saya sudah mengetahui lebih awal lagi kenapa usul ini dibawa dan dari siapa cadangan ini. sebab itu saya berani menyuarakan pendapat kerana usulnya datangnya dari pentadbiran tertinggi UPSI sendiri..

siapa anda, boleh kita jumpa?

Tuesday, September 1, 2009

Bila Orang Islam Menolak Islam- siri 2

terima kasih kepada yang sudi komen. saya kurang memahami pertanyaan yang terdapat dalam komen tersebut. kalau boleh minta penjelasan sedikit untuk memudahkan saya menjawabnya.

dalam kes PPI yang lepas, pentadbiran sebelum yang lama sudah pun bercampur dengan mereka yang bukan major pendidikan islam. ada dalam kalangan MT adalah bukan dari major pendidikan islam. sebagai contoh naib presiden. adakah budak-budak pendidikan islam tidak sedar akan perkara ini. kenapa usul yang dikeluarkan hendak dibantah sedangkan sebelum ni PPI sudah pun dicampur tangan oleh orang luar?

apa yang paling menyedihkan saya juga ialah, orang yang pertama angkat tangan untuk membantah usul tersebut ialah naib presiden itu sendiri, sedar diri sikit, kamu itu bukan dari golongan pendidakan islam yang telah diangkat menjadi naib presiden, kenapa kamu orang yang pertama menentang..... ada sorang lagi Mt yang juga bukan pendidikan islam, orang ini juga telah menentang usul tersebut. jangan bangga dengan kedudukan yang ada, rosak akidah. sedar diri sikit kamu itu siapa.

budak-budak pendidikan islam pun bukan boleh harap sangat nak bawa mesej islam kepada seluruh mahasiswa universiti, nak tumpang solat jemaah pun tak ada. bukan saja nak tumpang jadi iman, nak tumpang jadi makmum pun tak boleh. kemana kamu semua pergi.. ingat, orang yang tahu islam tetapi tidak mengamalkannya adalah terlebih dahulu masuk neraka dari penyembah berhala.

saya cabar kamu semua budak-budak pendidikan islam, jalankan tugas kamu sebagai pendakwah dan sebagai mereka yang banyak ilmu tentang agama, jangan jadi pengecut. saya mahukan kamulah orang yang berada dihadapan sekiranya apa-apa bantahan berlaku terhadap program-program maksiat. jangan jadi pengecut.. jika kamu pengecut, buanglah perkaktaan islam dalam dirimu...

nak lagi..
kalau rajin dalam siri ketiga pula...
aku bertangjawab atas penulisanku ini, jadi,, apa2 hal bersemuka dengan aku.. aku sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan golongan yang pengecut dan tidak sedar diri ini....

wassalam..

Saturday, August 29, 2009

Bila Orang Islam Menolak Islam- siri 1

islam merupakan cara hidup yang benar dan tidak sesekali akan terpesong sekiranya kita betul-betul mengikut ajarannya. islam mengajar kita semua tentang cara hidup seperti berpakaian, makan, minum, kerja dan sebagainya. ada dalam kita yang betul-betul mengambil cara hidup islam dan ada yang separuh dan ada juga yang kadang-kadang ikut dan kadang tidak ikut. jadi, dimanakah kita?

orang islam yang mempunyai pengetahuan ilmu agama wajib sampaikan kepada mereka yang masih lagi berada dalam kegelapan. ini merupakan perintah Allah yang wajib diikuti oleh seluruh manusia yang bergelar islam dan beriman kepada Allah.

ilmu islam amtlah luas, biarlah dakwat selautan digunakan untuk menulis ilmuNya, maka kering air itu pun tidak habis lagi untuk ditulis. betapa banyaknya ilmu Allah. jadi, kita yang ada ilmu yang sedikit ini tidaklah perlu berbangga dengan ilmu yan gada pada kita. itu baru sebesar air dihujung jarum sahaja.

jika kita ada ilmu mesti kena sebarkan, gunalah dengan cara apa jua sekali pun asalkan dakwah kita sampai. pada AGM PPI UPSI baru-baru ini saya cukup terkilan dengan sebahagian mahasiswa Pendidikan Islam yang masih lagi berfikiran cetek.

mereka menolak usul untuk mengubah perlembangaan untuk membuka ruang kepada mereka yang bukan kursus pendidikan islam untuk dimasukkan dalam persatuan pendidikan islam. ini merupakan langkah terbaik dan boleh memberi ruang kepada mereka yang bukan mengambil kurusu pendidikan ialam untuk menyampaikan dakwah islamiahnya. jadi dengan penolakan usul yang dibawa itu, maka mereka yang daripada fakulti lain tidak mampu untuk bersuara kerana tiada kekuatan. islam memerlukan kekuatan barulah musuh akan gerun.

pelajar pendidikan islam hanya mahu persatuan mereka dianggotai oleh mereka yang mengambil kursus pendidikan islam sahaja. kalau begitu, persatuan ini ditubuhkan hanya untuk kepentingan mereka yang mengambil pendidikan islam sahaja bukan untuk semua. sedangkan islam untuk semua. "islam for all".

dengan penolakan usul tersebut maka jelaslah mereka yang mengambil pendidikan islam hanya berfikiran cetek dan mereka tidak mahu sebarkan ilmu mereka kepada orang lain. ada ilmu tetapi tidak tahu hendak menggunakannya....

siri satu.. akan kembali dalam siri yang kedua... lebih panas dan hangat lagi..
nantikan.............

Tuesday, July 28, 2009

Apabila Bala Datang

kuasa Allah mengatasi segalanya.. itulah sepatutnya ditanamkan dalam hati sorang yang mengaku dirinya islam dan beriman. segala-galanya Allah yang menentukan.

bala ada 2 jenis iaitu bala baik dan bala jahat... takrib dan takzib..

bergantung pada individu, jenis yang sama tetapi ada yang kena ujian dan ada yang kena bala. jika mereka yang kena bencana ini bertambah dekat dengan Allah, maka ianya bala baik baginya dan jika bertambah jauh dengan allah maka itu adalah nala yang jahat baginya. H1N1 sudah merebak keseluruh negara... dimanakah kita? apakah anggapan kita terhadap virus itu.. adakah bala baik atau bala jahat ataupun ujian... itu semua bergantung pada amalan seseorang.

itu baru sikit Allah hendak tunjukkan kuasaNya. seluruh dunia sudah takut.. selama ini yang kita asyik melanggar perintah Allah je adakah kita sedar... bila terjadi macam ini baru ramai yang nak kembali pada Allah... ini semua merupakan peringatan dari allah.. dimana kita nak letak muka kita.. selama ni dok buat maksiat je selalu, tiba2 nakkena bala baru nak cari Allah.. eee muka tak malu sungguh..

jangan kita sombong dan angkuh didunia ini.. kerana kita tidak ada kuasa.. tak kira sape pun.. perdana menteri ke.. semuanya sama saje.. makhluk allah belake. sama je.. jadi berhati hatilah dan kembalilah kepada ajaran Allah secepat mungkin supaya kalau kena selsema babi pun kita akan mati selamat dan menjadikan lubang kubur kita sebagai sebuah taman-taman syurga dan minta jauh lubang kubur kita sebagai sebuah taman2 neraka...

banyakkan selawat dan berzikir pada Allah.. kembalilah ke jalan yang direhdai.. tinggalkan suka-suka nak idup atah dunia kerana inya tidak kekal lama...

wassalam....

Sunday, July 26, 2009

Sudah Lama Tidak Mencoret

aku mohon maaf kerana sudah lama tidak menulis artikel kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dan ianya menjadi tidak sempat untuk terus mengupdate blog.

segala kesulitan amatlah dikesali...

Sunday, June 7, 2009

Kerajaan Perpaduan

pada hari ini negara kita cukup kecoh dengan isu isu yang hangat. berbagai bagai masalah yang kita hadapi sejak kebelakangan ini. ada virus babi, virus tu virus ni.. sekarang pula virus kerajaan perpaduan. sehinggakan bertelagah sesama sandiri. apa sudah jadi.

di sini saya mahu simpulkan bahawa semua ini berlaku kerana tidak sikap diri kita sendiri yang hendakkan islam tatapi sungguh-sungguh tidak mahu ambil jalan untuk mencapainya. sekadar hanya dibibir-bibir sahaja. pentarbiyyahan kepada masyarakat juga amat kurang sehinggakan kita ini tidak mampu untuk bersatu hati demi menegakkan syiar islam.

masing-masing bekerja untuk kepentingan masing-masing. maklumat tidak tepat juga merupakan faktor utama menyebabkan krisis ini berlaku. apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan? kerajaan perpaduan merupakan sebuah kerajaan yang tidak ada parti. semuanya hanya satu sajaha. negara kita merupakan sebuah negara yang banyak parti politik dan masing-masing iangin mendapatkan kuasa untuk memerintah. jadi cadangan tuan guru hj hadi adalah untuk mewujudkan negara kita tanpa parti, semua ahli parlimen boleh memerintah tidak kira PKR, DAP, PAS, BN dan seluruh parti politik menjadi satu. itu baru sahaja cadangan, bukan perlaksanaan. hal ini masih boleh lagi dibincangkan pada akar umbi, tetapi kenapa ada golongan yang kurang sabar cepat nak melatah sehinggakan menjadi isu yang agak serius.

perkara ini bagi pandangan saya ianya hanya kecil sahaja tetapi inya diperbesarkan oleh pelbagai pihak. kepada seluruh rakyat malaysia, bertenaglah, tunggulah keputusan pimpinan atas untuk menyelesaikan masalah ini paling lewat minggu depan. bersabarlah. saya yakin bahawa kes ini bukannya besar dan kita memounyai pimpinan yang hebat untuk menghadapi kes ini.

sekali lagi saya menyeru kepada seluruh rakyat supaya bertenang dan beru peluang kepada pimpinan untuk menyelesaikannya. kita diperinkgat bawahan ini tidak perlu tergesa-gesa. disebalik kejadian ini ada hikmahnya. mungkin ujian daripada Allah oleh kerana kealpaan kita dam perjuangan islam. muhasabahlah diri dimana silapnya perjuangan kita. mintalah petunjuk daripada Allah supaya kes ini dapat diselesaikan dengan mudah tanpa meleret panjang.

kita rakyat bawahan, buatlah solat hajat banyak-banyak supaya bantuan turun untuk menyelesaikan masalah perjuangan kita ini

semoga hati kita terbuka dalam kes ini dan ianya perlu dijadikan pengajaran buat masa akan datang.

wassalam

(tegur apa yang silap, saya juga insan yang baru belajar dalam perjuangan)

Thursday, May 7, 2009

Selamat Bercuti To All

selamat bercuti kepada semua sahabat sahabiah sekalian, semoga cuti dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. kepada semua kawan-kawan saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah dan tersilap sepanjang semester ini.

jika ada yang termakan dan terminum harap dihalalkan dan semoga korang semua berada dalam keadaan selamat dan rahmat.

jika kita tidak berjumpa lagi semester hadapan, diharap sedekahkanlah Al-fatihah buatku sebagai tanda seorang sahabat.......

wassalam..

Wednesday, May 6, 2009

Pergolakan Politik

pada hari ini 7 mei 2009 merupakan hari yang bersejarah bagi seluruh rakyat malaysia. ramai yang menanti-nanti apakah keputusan dan keadaan yang berlaku dinegeri perak darul ridzuan yang kini berada dalam keadaan kekecohan dan tidak tentu hala. wakil-wakil rakyat telah mengabaikan rakyat jelata demi kepentingan politik mereka masing-masing.

oleh kerana perebutan kuasa begitu dasyat sekali, rakyat diabaikan. ini merupakan satu pengkhianatan kepada amanah yang diberikan oleh rakyat. pada pandangan saya sebagai orang pemerhati diluar, untuk menyelesaikan kes ini hanyalah satu perkara sahaja iaitu dengan membubarkan dun perak supaya pilihanraya boleh diadakan semula dan biar raktay yang menentukan siapakah yang layak memerintah sama ada BN mahupun pakatan rakyat.

selagi mana dun tidak dibubarkan, selagi itulah rakyat akan terus membuat hura hara dan akan berlaku kekecohan demi kekecohan. oleh itu, saya sebagai pemerhati politik, saya menyeru kepada mereka yang berwajib supaya membubarkan dun perak bagi menamatkan krisis yang belaku sekarang ini.

kenapa mereka sangat takut membubarkan dun dan sanggup melihat kekecohan ini berlaku? jika keadaan ini berterusan, siapakah yang akan rugi. pentadbiran terabai disebabkan oleh mengejar pangkat dan kedudukan. perlu dingatkan bahawa, kedudukan dan pangkat ini merupakan amanah yang besar yang perlu dilaksakan. jika sekiranya amanah ini tidak dilaksanakan dengan betul, maka ke dalam neraka akan dihumbankan...

jadi saya menyeru kepada pihak yang berwajib suapaya membubarkan dun perak bagi menangani masalah ini dan seterusnya kita semua akan mengecapi keamanan bersama......

Sunday, May 3, 2009

Kotakan Apa Yang DiKata

bila tiba musim pilihanraya atau pemilihan wakil-wakil yang mengepalai satu-satu jemaah, terdapat slogan-slogan atau manifesto-manifesto yang manis akan dikeluarkan. itu semua merupakan jerat atau cara supaya orang akan votenya. tetapi perlu dingatkan supaya setiap janji-janji manis tersebut perlu dilaksanakan dan perlu dilangsaikan sebelum tamat pemerintahan ataupun sebelum pemilihan akan datang.

sepanjang pentadbiran itu, semua janji-janji perlu ditunaikan kerana ianya adalah satu perintah daripada Allah dalam al-quran. kamu cakap tapi kamu tidak laksanakan. itu merupakan ayat yang keras untuk peringatan kita semua. saya tahu untuk melaksanakannya bukan senang tetapi kenapa kamu berjanji seperti kamu yakin dapat lakukan?

orang akan menilai kita melalui apa yang dikotakan setelah dikatakan. jika ianya tidak berhasil, maka orang ramai berhak menghumbankan kita semula. jadi kepada semua pimpinan sama ada pimpinan pelajar, pimpinan kampung, pimpinan negara, pimpinan organisasi, haruslah sedar bahawa tugas dan tanggungjawab anda amatlah besar dan berat yang perlu dipikul.

jika kita sudah berada di atas, janganlah kita rasa diri kita layak berada ditempat itu. kita naik ke atas pun atas kerana tangan-tangan rakyat. jadi kita sebagai pemimpin haruslah membela nasib rakyat dan membuat program yang berfaedah untuk rakyat bukannya untuk mengeyangkan perut kamu sahaja.

jangan ada sifat pentingkan kedudukan sehinggakan apa yang dijanjikan tidak dapat dikotakan. berusahalah sedaya upaya dan insyaAllah Allah akan bantu bagi mereka yang benar.

Tuesday, April 28, 2009

Perbanyakkan Sedekah

sedekah merupakan satu amalan yang paling disukai Allah kerana Dia hendak menguji sejauh mana manusia sayang kepada hartanya. harta kita merupakan pinjaman dari Allah di mana Allah turunkan kepada kita untuk menggunakan dengan cara yang betul.

Allah juga mahu menguji sejauh mana kita boleh menguruskan pinjaman yang telah diberikanNya kepada kita. jika kita pandai menguruskannya, maka selamatlah kita jika tidak akan berlaku sebaliknya. janganlah kita menjadi manusia paling kedekut kerana itu semua bukan milik kita, itu semua hanya pinjaman semata-mata dari Allah.

ringan kan tangan kita untuk bersedekah, jangan sayang pada harta kerana ianya tidak akan kekal lama. selepas kita mati, sudah tentu semuanya kita akan tinggal. jdi gunalah sepenuhnya sebelum mati dan jangan simpan banyak-banyak kerana kita tidak tahu bila mati. bila kita mati harta kita menjadi rebutan waris. kalau cara pembahagian kena berlandaskan syariat, maka selamatlah kita. kalau inya dibahagikan dengan ikut suka hati maka binasalah kita dalam kubur.

sedekah juga boleh menolak kita daripada terkenan bala seperti kemalangan, kerugian dan sebagainya yang mana melibatkan harta. dengan bersedekah, perkara-perkara tersebut boleh dielakkan. sedekah bukan sahaja harta tapi juga jiwa raga,tenaga dan senyumam juga sebagai sedekah.

sedekah yang paling besar ialah sedekah harta kerana ianya akan mengikis kita sifat-sifat tamak dan sayangkan dunia. dunia merupakan bangkai bernyawa bagi kita kerana dengannya kita boleh binasa. kejar dunia tanpa menghiraukan akhirat. binasalah kita.

kumpul harta tidak salah tapi biar kena pada hukum syarak. semakin kita banyak bersedekah, semakin berganda kita akan perolehi. jadi kenapa kita sayang sangat nak bersedekah kerana itu telah dujanjikna oleh Allah kepada kita.

semoga harta kita mendapat berkat dari Allah dan pentingnya keberkatan harta ini adalah untuk menjadi darah daging kita dan juga ahli kelaurga kita. jika harta tiada keberkatan, maka kita memakan harta tersebut akan menjadikan diri kita jauh dari Allah dan menjadi gelap perut. hendak belajar pun susah, nak buat ibadah pun malas.

jadi carilah harta yang halal, biar sedikit asalkan diberkati. kita selalu mangamalkan ayat seribu dinar tetapi sejauh mana kuatnya pegangan kita dan keyakinan kita terhadap janji-janji Allah?

jadi perbanyakkan sedekah kerana harta itu bukan milik kita, milik Allah semuanya yang hanya diberi pinjaman kepada kita untuk menguruskannya...

Monday, April 20, 2009

Akhlak Pohon Bagi Segala Ibadah

wahai sekalian hamba yang menuju kpeada Allah, hendaklah kamu ketahui bahawa hidup manusia dengan tiada agama adalah sesat ia daripada jalan yang hak. maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan agama yang di bawa oleh rasulullah SAW dan beramal dengannya adalah fardhu ain atas setip mukalaf. dan hendaklah kamu ketahui bahawa tiada sempurna agama itu melainkan mengenal kamu akan Allah yang menjadikan kamu dan sentiasa memberi rahmat kepada kamu dan memelihara kamu daripada dulu hingga ke saat ini. tiada luput ia daripada kamu walau satu saat yang sedikit.

tetapi manusia pada hari ini lupa dan alpa akan perintah Allah sewaktu senang. rata-rata manusia pada hari ini jika diperhatikan, mereka akan berjinak dengan Allah setelah mereka iniginkan hajat ataupun ditimpa musibah. jika terkena perkara ini barulah mereka hendak menghadap Allah. sewaktu mereka sibuk dan senang mereka lupakan akan Allah sedangkan Allah memerintahkna kepada kita bahawa ingatlah kepada Allah setiap waktu tuidak kira sewaktu senang mahupun susah sama ada berhajat atau tidak kena ingat Allah selalu. Allah tidak pernah berhajat kepada makhluk tetapi makhluk sentiasa berhajat kepada Allah.

jika diperhatikan, kebanyakan manusia bila mereka susah sahaja akan mula mencari Allah. sebagai contoh, jika disesebuah intitusi pengajian, bila tiba waktu peperiksaan maka berduyun-duyun akan surau atau masjid untuk berdoa kepada Allah supaya lulus peperiksaan. mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka sebenarnya memalukan diri sendiri. kenapa saya berkata sedemikian, sebagai contoh, orang yang kita kenal tapi tidaklah rapat sangat, tiba-tiba datang kepada kita untuk meminjam wang daripada kita. bagaimana reaksi kita? sedah tentu berat hendak beri kepada orang berkenaan. oleh itu, jika kita jarang-jarang bermunajat kepada Allah tiba-tiba waktu susah datang untuk bermunajat. tidak malu ke muka kita dengan Allah? dah la di waktu senang kita melupakan tiba di waktu susah baru nak mencariNya.. kemana nak letak muka kita?

jika disekolah pula, jika diperhatikan, pada awal sessi persekolahan iaitu penggal pertama persekolahan, kebanyakan sekolah akan menganjurkan sukan sama ada diperingkat sekolah, daerah, negeri dan antarabangsa. cuba kita perhatikan, waktu sukan adalah antara pukul 3 hingga pukul 6.30 ptg. sudah tentu pelajar-pelajar akan solat asar selepas pukul 6.30. tapi malangnya, sikap pelajar ini mereka tidak akan balik selagi nampak tanah. mereka akan balik setelah hendak masuk magrib. mereka akan bersuka ria lagi di padang dan di kedai-kedai dan melepak mana-mana lagi. sudah tentu mereka ini tidak akan solat asar. siapakh yang bersalah dalam hal ini. ingat kita sebagai cikgu harus memainkan peranan yang penting dalam perkara ini kerana jika murid melakukan dosa kita juga akan mendapat saham yang sama. dari segi aurat juga mereka tidak akan jaga bila bersukan, campur gaul lelaki perempuan, kalau acara-acara yang melibatkan perempuan mesti ramai pelajar lelaki yang menontonnya. ingat wahai sekalian muslim, itu semua dosa dan maksiat yang harus kita cegah bersama.

masuk sahaja penggal kedua maka peperiksaan upsr pmr spm dan stpm akan bermula. maka mereka mula akan mendekatkan diri dengan Allah dengan mengadakan solat hajat untuk peperiksaan. maka pihak sekolah memanggil ibu bapa dan ustaz untuk majlis solat hajat tersebut, ini merupakan satu penghinaan kepad Allah, waktu bersukan tidak amalkan perintah Allah, waktu hendak peperikasaan baru nak ikut perintah Allah. tak malukah kita? agak-agak allah terima tak? memang la Allah maha adil dan maha menerima, tapi.... jenis muka tak malu...

jadi saya berpesan kepada diri saya dan juga sidang pembaca sekalian, ingatlah akan Allah selalu dan hiasilah dirimu dengan akhlak-akhlak islam supaya islam dapat dijulang tinggi dan digeruni orang bukan islam..

semoga islam terus berkembang..

wassalam...

Sunday, April 19, 2009

Tanggal 20 April

tanggal 20 april 1984 bersamaan 18 rejab 1404 pada hari jumaat, aku telah dilahirkan dimuka bumi bertuah ini. di situlah bermula titik permulaan untuk aku manghadapi dunia ini setelah aku berada di alam yang kedua selama lebih kurang 9 bulan lebih. sekarang aku sudah masuk alam yang ketiga. tinggal lagi 3 alam yang perlu aku tempuhi selepas alam ini. di mana 3 alam yang mendatang ini merupakan keputusan bagi alam yang ketiga ini. jika baik keputusannya, maka baik lah ketiga-tiga alam yang akan bakal kutempuhi kelak. alam ketiga inilah yang akan menentukan hidup kita untuk masuk ke alam ke empat kelima dan keenam.

semakin hari, semakin singkat umurku, apakah yang telah aku sumbangkan untuk agama islam sepanjang hidupku ini? adakah aku ini merupakan golongan yang telah diterangkan dalam suran as sof ayat 2 dan 3? aku minta jauh itu semua. adakah aku ini hanya mampu mengamalkan ajaran agama untuk diri aku sendiri sahaja tanpa menghiraukan orang lain? adakah aku tidak korbankan diriku untuk membela agama? adakah aku ini masih lagi tidak mengamlakan ajaran islam dengan penuh ikhlas? adakah aku masih lalai dan leka untuk menegakkan agama islam? banya persoalan-persoalan yang selalu berlegar diruang fikiranku. "ya Allah, kepadaMu aku mohon keampunan sekiranya sepanjang usiaku ini aku banyak melakukan dosa dan maksiat, sesungguhnya ya allah, aku sebagai manusia yang kerdil tidak mampu untuk meninggal segala laranganmu tanpa pertolongan dan bantuan daripadamu, ya Allah, janganlah sesekali engkau balikkan hatiku ini setelah engkau anugerahkan kepadaku jalan yang benar ya Allah, tetapkan aku berada atas landasan yang betul, kuatlah imanku dalam menghadapi ujian hidup ini ya Allah, ya allah, jauhkan aku dari sifat-sifat yang boleh merosakkan akidahku, daripada segala sifat-sifat yang boleh merosakkan amal ibadahku. janganlah ya allah engkau biarkan diriku tersesat daripada jalanmu. ya Allah, sesungguhnya ya Allah, engkaulah maha pengampun dan sebaik-baik penolong.

kini aku sudah menjangkau satu usia yang cukup untuk menetukan hala tuju hidup aku. usia sebigini merupakan usia yang paling nafsu suka kerana usia inilah ramai remaja yang ingankan hidup bebas dan bersuka ria. aku mohon kepadamu ya Allah janganlah engkau pesongkan hati aku setelah engkau perbetulkan aku di atas jalan yang lurus.

sepanjang hidupku ini aku telah menempuhi berbagai-bagai pengalaman, ada pengalaman yang pahit dan ada juga yang mengerikan, bagi pengalaman yang mengerikan, aku tidak akan lupakan sehingga akhir hayatku. pengalaman pahit ialah bukan kena kejar hantu, bukan kena tangkap polis dan bukannya melibatkan dengan dunia. pengalaman pahit aku merupakan satu dosa besar terhadap Allah. ya Allah, engkau ampunkanlah ya Allah dosa yang telah aku lakukan itu ya Allah, aku tahu ya Allah, engkau sebaik-baik penerima taubat hambaMu, pengampunanMu lebih luas daripada kemurkaanMu. aku yakin denganMu ya Allah.

akhir kalam, sepanjang hidupku dimuka bumi ini, aku berharap akan mendapat rehda Allah dan aku mohon kepadamu ya Allah tunjukilah aku jalan yang lurus dan janganlah sesekali engkau balikkan hatiku ini setelah engkau perbetulkan aku pada jalan yang benar. dan juga ya Allah, kuatkanlah semangatku untuk berjuang demi menegakkan agamaMU.

tidak ada daya dan upaya bagiku ya Allah untuk meninggalkan segala larangan dan maksiat melainkan dengan bantuan dan pertolongan daripamu sahaja ya Allah.....

dengan nama Allah atas agamaku, dengan nama allah atas diri sendiri, dengan nama allah atas hartaku, dengan nama allah atas ahli-ahliku, dengan nama allah atas anak-anakku, dengan nama allah atas sahabat-sahabatku, dengan nama allah atas tiap-tiap sesuatu yang engkau berikan. dengan namamu Ya Allah tuhan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.... aku mohon kerehdaanMu ya Allah..

sekian wassalam..

20 April 2009...

Thursday, April 16, 2009

Pejuang Perlu Jaga Solat Jemaah 5 Waktu

pejuang islam merupakan perjuangan yang Allah suka dan merupakan satu kerja yang direhadi oleh Allah jika betul dengan syarat-syaratnya. jika bertentangan dengan hukum syarak, maka pejuang islam ini jugalah orang yang pertama dimasukkan ke dalam neraka jahanam.

jika kita mengaku sebagai seorang pejuang islam dalam berjemaah, kita perlu menjaga hak-hak Allah. bagi pandangan saya sendiri, jika kita bergelar seorang pejuang, maka kita perlu menjaga solat lima waktu secara berjamaah di surau mahupun di masjid bukannya dirumah. jika kita mampu berjuang disana sini, kenapa kita tidak mampu untuk berjuang untuk melangkah kaki ke temoat solat berjamaah. usahakan solat berjamaah di surau ataupun masjid kerana disitulah turunnya rahmat Allah. kita kena bersungguh-sungguh untuk melakukan solat berjamaah ini. kerana dengan solat berjamaah roh perjuangan akan menjadi lebih kukuh lagi. kadang-kadang apa yang saya perhatikan disini, ramai mereka yang mengaku pejuang islam tetapi tidak bersungguh untuk solat berjamaah. semuanya hendak senang. dengar saja azan buat tidak tahu dan buat memekakkan telinga saja. langsung tidak terangkat kaki untuk melangkah ke tampat azan tersebut. kenapa ini boleh terjadi, kerana roh perjuangan belum lagi masuk dalam diri kita. kadang-kadang saya sering perhatikan, pejuang islam ini tidak bersungguh untuk melakukan solat berjamaah bila mereka berada dalam kelopok mereka. mereka akan solat bejamaah juga tapi bersama-sama dengan mereka sahaja sama ada dirumah ataupun dimana mereka berada. bagi saya ini bukan berjihad melawan nafsu, ini merupakan menyukakan nasfu semata-mata. semua keja hendak senang. langung tidak mahu susah. mujahadah itu lebih penting.

ini merupakan pandangan saya sahaja, waktu yang kita boleh tentukan iman seseorang itu ialah adakah orang itu mampu berjihad melawan bantal dan selimut untuk bangun solat subuh berjamaah. jika ini tidak boleh dilaksanakan, maka tahap iman orang ini masih berada pada tahap yang rendah dan anda bukan seorang pejuang islam lagi. diri anda tidak layak untuk digelar sebagai seorang pejuang islam. kadang-kadang bukan tidak sedar bila orang azan subuh, dengar saja azan, tambah sedap lagi tidur. jadi orang -orang macam ini kalau cakap tentang agama pun tidak ada roh dan tidak boleh beri manfaat kepada orang yang mendengarnya. roh perjuangan tidak ada. untuk menilai iman seseorang itu, maka dilihat pada subuhnya. adakah mampu untuk melakukan solah secara berjamaah disurau ataupun masjid, buka DIRUMAH. jika ini masih berlaku pada diri kita, ayuh bersegeralah ke masjid ataupun rumah-rumah Allah kerana disutlah tempat turunya rahmat dan barakah.

jika golongan pejuang ini masih tidak mampu untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk solat berjamaah, jangan harap perjuangan anda disukai ramai., sebab itu bile diperhatikan ramai yang tidak berminat untuk menyertainya termasuk aku.... ubah dulu baru aku join....

tanpa kesungguhan dan melawan kesenangan nafsu, perjuangan tersebut tidak akan menemui kepahitan dan kepayahan dan langsung tidak ada mujahadah. mujahadah adalah penting dalam perjuangan. tanpa mujahadah melawan keseronokan nafsu, diri anda tidak nampak sebagai seorang pejuang islam malahan tawar pula. roh pejuang tidak ada pada diri seseorang dan bila roh ini tidak ada, maka orang lain tidak akan tertarik untuk menyertainya.

zaman nabi dulu pun sahabat hendak bakar rumah-rumah yang tidak hadir untuk solat berjamaah. ini menunjukkan bahawa solat berjamaah amat-amat penting. jagalah dan bersungguhlah dalam mengerjakan solat berjamaah. ini tidak, letih sikit dah tidak mahu pergi, pening sikit dah tidak mahu pergi, mangantuk sikit dah tak mahu pergi, demam sikit dah tak mahu pergi, ingatlah, itu semua merupakan ujian daripada Allah untuk menguji tahap keimanan seseorang hambaNya yang bergelar seorang pejuang islam.

saya menulis artikel ini kerana saya selalu perhatikan ditempat saya ini. mereka yang kuat buat program untuk menaikkan islam tetapi mereka sendiri malas unruk ke surau untuk solat berjamaah. di sini juga tertubuhnya ahli raka surau tetapi sekadar nama sahaja, orangnya jarang-jarang sahaja turun ke surau untuk solat berjamaah.

seperkara lagi, jagalah waktu solat, bukan tunggu orang azan baru nak semayang atau baru nak turun ke surau. jaga waktu masuk solat pukul berapa dan lekas-lekas turun untuk azan kerana pahala azan amat besar lebih besar daripada pahala imam.

SERULAH MANUSIA KEPADA ALLAH BUKAN SERU MANUSIA KEPADA KELOMPOK ATAU KUMPULAN ATAU DIRI KITA SENDIRI....

DIHARAP PERBETULKAN APA YANG SALAH, SAYA INSAN YANG LEMAH.

WASSALAM...

Tuesday, April 14, 2009

Kenapa Mahasiswa Tidak Boleh Berpolitik?

sejak dari dulu lagi, undang-undang telah menetapkan bahawa mahasiswa ataupun mana-mana pelajar tidak boleh berpolitik. jika masih berdegil akan dikenakan tindakan undang-undang AUKU.

tetapi sejak akhir-akhir ini, golongan mahasiswa telah berani secara terangan berkempen untuk parti-parti politik sama ada pembangkang mahupun pihak kerajaan. setelah dibuat kajian, disini berlaku ketidak adilan dalam menetapkan undang-undang. ini dapat dibuktikan melalui, jika mahasiswa yang berkempen atau menyokong parti pembangkang sahaja yang akan dikenakan tindakan dan jika mahasiswa tersebut menyokong kerajaan maka mereka tidak akan dikenakan tindakan. adakah ini demokrasi yang sebenar? sebab inilah mahasiswa semakin berani menuntut keadilan. bagi mereka yang belajar undang-undang, maka mereka akan tahu dan mereka tidak akan takut untuk berdepan dengan pihak kerajan jika sekiranya mereka diambil tindakan. mereka tahu undang-undang, sudah tentu mereka ada hujah untuk menjawabnya.

kalau betul mahasiswa atau pelajar tidak boleh berpolitik, siapakah yang akan menganggantikan tampuk pemerintahan dalam negara. nak harapkan mereka yang tidak sekolah untuk memerintah? hancur negara, orang yang cerdik pandai sekarang ni pun dah banyak berlaku rasuah la, pecah amanah la dan bermcam lagi jenis kesalahan melibatkan harta negara. adakan ini dilakukan oleh mereka yang tidak berpelajaran? kalau perkara ini boleh berlaku kepada mereka yang berpelajaran, bagaimana kalau negara kita diperintah oleh mereka yang tidak bersekolah? jadi menjadi kesalahan yang besar jika pelajar-pelajar disekat untuk berpolitik kerana merekalah tonggak negara pada masa akan datang. mereka perlu belajar dari awal lagi. takkan nak tunggu sampai pencen baru nak belajar politik, memerintah tak sampai setahun dah masuk dalam lubang tanah. tidak masuk situ pun paling tidak sudah nyanyuk, tertukar kerusi la dalam dewan. itu ke yang kita mahukan untuk memimpin kita?

jadi bersama-sama kita memperjuangkan keadilan demi memartabatkan negara islam yang sebenar..

Wednesday, April 8, 2009

Kemenangan Memihak Kepada Suara Rakyat

pilihanraya kecil sudah pun berlalu, ianya menunjukkan reaksi positif bagi pakatan rakyat kerana menang dengan penambahan majoriti lebih besar di parlimen bukit gantang dan bukit selambau. walaupun kalah di batang ai, kita sebagai pejuang islam tidak akan mengalah dan putus asa. lawan tetap lawean sehingganya benarnya janji-janji Allah. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. janji Allah pasti cuma tunggu masa sahaja.

senario politik yang berlaku dinegeri perak begitu diambil perhatian serius oelh semua parti politik tanah air. disini jelas bahawa rakyat menolak kerajaan BN yang sudah lama memerintah malaysia. kenapa boleh terjadinya sedemikian? kenapa baru sekarang rakyat menolak kerajaan BN? ini berlaku kerana mata rakyar sudah terbuka luas bahawa kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang sudah tidak boleh dipercayai. saya bukan hendak mengutuk kerajaan BN tetapi itulah hakikatnya kerana saya sendiri mengikuti perkembangan politik tanah air kita. tanah air kita, ikut suka kita lah nak buat apa pun, kenapa ada pihak ingin menyekat kita supaya tidak sokong pakatan rakyat. adakah kerana kerajaan Bn telah banyak tolong kita selama ini? memang ya, tetapi kalau pakatan rakyat memerintah pun mereka akan tolong kita dan kemungkinan lebih baik lagi.. sama je kan? abis kenapa kita takut untuk bersuara? suara kita hak kita..

disini saya bukan nak hangatkan suasana tetapi saya sendiri sudah muak dengan cara kerajaan BN memerintah. banyak sangat penipuan dan penyelewengan. kenapa kita masih lagi dibelenggu pemikiran yang sempit? ingatlah, perintah Allah wajib dilaksanakan dalam pemerintahan, kalau tidak dilaksanakan, jadilah macam sekarang, gila kuasa, rasuah dan sebaginya. jadi kita sebagi umat islam wajib mengamalkan hukum Allah sepenuhnya. Allah berkata dalam quran kalau kamu tidak mahu ikut perintahKu, pergilah cari bumi lain selain dari bumi Aku.. ha, macam mana, ada ke bumi lain selain dari bumi kejadiaan Allah ini.. fikir-fikir dan renung-renung.

semoga islam akan berkembang dengan berkat usaha kita bersama

bersama kita berjuang demi menegakkan keadilan dan menjunjung perintah Allah.

wassalam...

Thursday, April 2, 2009

Najib Perdana Menteri Baru

assalamualaikum dan selam sejahtera..

sudah lama aku tidak update blog aku ini. maklumlah sibuk dengan esemen yang berlambak yang tertangguh.. hehehe.. tapi alhamdulillah semuanya dapat diatasi dengan tenang tanpa serabut. itulah kehebatan Allah kurniakan kepada hambaNya..

sedar tidak sedar, negara kita telah bertukar pucuk pimpinan tertinggi. perdana menteri baru sudah dilantik secara rasminya. diharap perdana menteri baru ini dapat menjalankan tugas yang lebih baik dari perdana menteri yang sebelumnya. tugas seorang perdana menteri bukan seperti tuga mengurus kampung. nak urus kampung pun susah, apatah lagi negara yang melibatkan semua rakyat.

tetapi perlantikan perdana kali ini menimbulkan pelbagai reaksi seluruh rakyat malaysia. ada golongan mengatakan bahawa najib perlu membersihkan dirinya dahulu sebelum angkat sumpah. namanya menjadi kotor disebabkan oleh kes pembunuhan altantuya yang menjadi isu yang panas dalam dan luar negara. golongan tersebut mencabar najib supaya saman media luar yang menyatakan bahawa najib terlibat dengan kes pembunuhan altantuya. kalau betul najib tidak bersalah kenapa dia berdiam diri. cuba kita fikir, adakah orang tidak bersalah akan berdiam diri sekiranya ada tuduhan sedemikian?

jadi kita sebagai seorang yang bergelar islam haruslah berfikir dan membuat penilaian yang mana baik dan yang mana buruk. kita orang belajar tinggi jadi saya rasa tak ada masalah bagi kita untuk membuat keputusan. kita perlu mencari pemimpin yang boleh membawa kita kepada Allah dan boleh menujukkan kita kejalan yang lurus dan benar.

oleh itu marilah sama-sama kita berjuang untuk menegakkan keadilan dalam negara kita dan semoga perjuangan kita direhdai oleh Allah.. jangan takut dan jangan gentar menghadapi musuh-musuh Allah kerana yakinlah Allah akan bersama dengan orang yang benar. Allah tidak akan aniaya hambanNya yang betul-betul mengikut ajaranya... berdoalah selalu supaya pastikan islam menang di bukit gantang dan keadilan menang di bukit selambau dan keamanan menang di batang ai...

semoga hidup kita dirahmati oleh Allah.. amin...

Tuesday, March 24, 2009

Ingin Menjadi Isteri Yang Solehah?

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.

Ya Allah,berikanlah kekuatan kepada ku dalam meneruskan perjuangan menegakkan Islam disamping kekuatan kepada isteriku juga dalam membantuku dalam menegakkan syiar Islam.Berilah petunjuk dan hidayah kepada hamba2 mu yang menentang perjuangan Islam...Amin....

Monday, March 16, 2009

presentation jahitan

sekarang aku berada dalam kelas. tengah menunggu giliran untuk membebel dihadapan. present jahitan, apa ntah aku nak cakap. ni bukan keja aku.. huhuhu..

boring-boring dengar budak2 ni dok membebel. nak abiskan group setahun tak abis, sorang2 present bukan min lagi lama.

sekian wasslam

Sunday, March 15, 2009

Syukur

alhamdulillah marilah sama-sama kita merapatkan kesyukuran terhadap Allah kerana masih beri kita peluang untuk hidup dan juga kerana Dia telah menganugerahkan islam kepada kita. cuba kita bayangkan jikalau Allah lahirkan kita dalam kalangan bukan islam. oleh itu syukurlah kita kepadaNya dengan bersungguh-sungguh melakukan amal-amal soleh iaitu amal-amal yang baik yang diterima oleh Allah. segala amal-amal yang boleh merosakkan amal hendaklah kita jauhi dan kalau boleh jangan kita cuba mendekatinya. disini, saya hendak perpesan kepada diri saya sendiri dan tuan-tuan supaya kita sama-sama manjaga amal-amal soleh supaya hidup kita diberkati dan direhdai oleh Allah.

setiap manusia tidak ketinggalan melakukan kesalahan. kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita melakukan kesilapan. oleh itu, saya harapa sidang pembaca sekalian menegur saya jika ada saya melakukan kesilapan supaya kesilapan itu dapat saya perbaiki buat masa akan datang. menegur biarlah secara berhemah. jangan kita menegur secara melulu dan terlalu keras kerana orang ditegur itu tidak boleh menerimanya. tapi kadang-kadang perlu juga teguran secara keras jika perbuatan yang dilakukan sudah melampaui batas.

ya Allah bimbinglah kami di atas jalan yang engkau redhai dan kurniakanlah bagi kami petunjuk dari sisiMU dalam segala urusan kami. dunia kami dan akhirat kami. ya Allah, selamatkan kami dari segala sesuatu yang boleh manjauhkan kami daripadaMU sama ada disebabkan oleh hati kami ataupun perbuatan kami. ya Allah, kami mohon kepadamu ilmu yang memberi manfaat.kerana dengannya dapat mengembirakan kami kepadaMU. kami berlindung denganMU ya Allah daripada ilmu yang tiada memberi manfaat kerana ia membinasakan kamidan menjauhkan kami daripadaMU. kami juga berlindung denganMU daripada nafsu yang tidak pernah puas dan daripada hati yang tidak khusyuk dan sentiasa berdukacita. ya Allah, selamatkanlah kami daripada melakukan barang yang sia-sia lagi merugikan kami dalam hidup kami. kami minta tolong denganMU ya Allah untuk ingat kepadaMU dan bersyukur diatas segala nikmtMU dan memperelokkan ibadat kami kepadaMU.tolonglah kami untuk beramal dengan segala amal yang boleh mendekatkan kasih dan cinta kami kepadaMU. ya Allah janganlah engkau sibukkan kami dengan dunia sehinggakan kami lupa akan akhirat kami. ya Allah, kami juga berlindung daripadaMU dari segala perkara buruk yang menimpa kami. tolonglah hambaMu ya Allah... jauhkan diri kami dari sifat-sifat tercela sperti hasad, ego, riak, sombong dan lain-lain lagi sifat yang boleh merosakkan iman kami ya Allah... ya Allah perteguhkan iman kami, jangan engkau biarkan hati kami mencintai makhluk lebih dari mencintaiMU.. amin ya rabbil alamin..

semoga hidup kita semua dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah...

Wednesday, March 11, 2009

Bertaubat Sebelum Melarat

jika tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan waktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka.

bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci. jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan berbuat baik dengan mereka. sedekah ke masjid atas nama ibu dan ayah. walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu rehda dan allah ampunkan dosa. allah maha pengampun dan luas rahmatNya. tetapi jangan ambil kesempatan berbuat jahat kemudian bertaubat. hidup tidak tenteram atau turun bala. cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat pada mata kasar, selidik apa yang salah kita buat pada hari ini. pertama, bagaimana hubungan kita dengan tuhan, jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita...

Sunday, March 1, 2009

PPI UPSI Prihatin

Persatuan Pendidikan Islam UPSI amat peka dengan masalah-masalah dalam kalangan pelajar mahasiswa/i upsi. mereka telah melancarkan program-program yang bermakna dan memberi kesan kepada mahasiswa/i yang menyertainya. antara program yang dijalankan ialah pengajian pondok universiti dimana ianya dilakukan 2 minggu sekali pada hari ahad. mereka menampilkan ust-ust yang bertaraf tinggi bukan calang-calang orang. PPI juga telah mengadakan wacana ilmu setiap hari isnin setiap minggu. pembentang kertas kerja tersebut dalam kalangan ust-ust upsi yang berkaliber semuanya. tahniah buat PPI.

banyak lagi program-program yang akan dilancarkan oleh PPI sepanjang semester. jadi kepada semua mahasiswa/i khususnya UPSI haruslah megambil peluang ini kerana peluang tidak akan mencari kita dan kita perlu mencari peluang. pekalah dengan sekeliling dan cubalah sedaya upaya untuk menyertai program-program yang bermanfaat ini. kenapa kita boleh mengikuti program yang berunsur maksiat sedangkan ianya mendatangkan dosa kepada kita. walhalnya program-program anjuran PPI boleh mendatangkan kebaikan dan boleh membuat bekalan kepada kita untuk menuju ke kampung akhirat.

diharap PPI dapat lagi memantapkan program-program dan semoga usaha antum semua diberkati dan direhadai Allah. perbetulkan niat dan insyaAllah segala usaha kita ini diberi ganjaran sebagai amal-amal soleh....

teruskan perjuangan anda kerana perjuangan anda belum selesai selagi mana malaikat izrail datang memanggil....

Friday, February 27, 2009

Tahniah Exco Kebajikan MPP

semalam, 26/2/2009 exco kebajikan MPP UPSI telah mengadakan sidang dialog bersama pendaftardan wakil pentadbiran UPSI. ini cukup memberi kesan yang baik kepada semua mahasiswa UPSI kerana mereka boleh mendapat maklumat yang jelas berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh mahasiswa. Terima kasih kepada EXCO berkenaan.

harapan saya boleh dibuat lagi program-program yang melibatkan kebajikan mahasiswa demi menjaga kebajikan seluruh mahasiswa upsi. saranan saya juga kepada EXCO-EXCO lain mengambil sikap seperti EXCO kebajikan ini untuk kemajuan kita bersama. saranan saya juga, tingkatkan lagi program-program di kolej-kolej kediaman dan jangan tertumpu di kampus sahaja.

MPP Berkebajikan Pemangkin Kebitaraan......

Thursday, February 26, 2009

Kadang-Kadang Perlu Teguran Secara Terbuka

tegur-menegur merupakan satu cara untuk mebaiki kesalahan yang telah dilakukan dan supaya ianya tidak akan berulang lagi. disini saya bukan hendak menyatakan yang saya ini adalah sempurna hendak tegur orang sana sini. tapi budaya tegur menegur adalah salah satu budaya yang baik kerana dengan adanya teguran kita dapat membaiki kesalahan kita. kita kadang-kadang tidak sedar akan kesalahan kita. kadang-kadang kita asyik syok sendiri sahaja tidak tahu tindakan kita itu betul atau tidak. kita selalu nampak diri kita betul dan orang lain salah, kita tidak pernah sedar itu semua. mentang-mentang kita ini memperjuangkan islam (sebagai contoh), kita telah merasakan diri kita sudah sempurna dan tidak perlu teguran lagi. ini merupakan silap yang besar dalam sesuatu organisasi. kadang-kadang kita ini suka sangat bersikap berada dalam satu kelompok dan mereka tidak akan endah dengan teguran jika teguran itu datang dari bukan dalam kalangan kelompok mereka. mereka akan mendengar orang-orang dalam kelompok mereka sahaja.(contonya kelompok kumpulan tabligh)

jadi dengan teguran secara terbuka adalah lebih baik daripada tegur secara dalaman jika sekiranya tegur secara dalaman sudah dibuat sebelum ini. disini saya ingin menyatakan, elekkan budaya berkumpulan dan berkelompok. ini akan menyebakan jika salah seorang daripada ahli kelompok itu buat silap, mereka tidak akan nampak silap, malahan back up pula. salah tetap salah dan mereka yang bersalah perlu dihukum. hukuman kadang-kadang perlu lembut dan kadang-kadang perlu manggunakan kekerasan. jika dengan cara lembut tidak diendahkan perlulah dilakukan secara sedikit keras bukan terlalu keras.

jadi kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini hendaklah sentiasa sedar yang hidup kita ini penuh dengan kesilapan dan kesalahan dan jika kita menerima teguran hendaklah terima dan tidak perlu hendak melenting untuk menunjukkan kehebatan kita. marah merupakan sifat syaitan durjana yang sentiasa menghasut manusia ke arah kebinasaan. orang yang kuat beramal dengan ajaran islam syaitan akan menghasut dengan cara lain dan kadang-kadang kita sendiri tidak sedar itu merupakan hasutan daripada syaitan. hasutan syaitan amat luas sehinggakan manusia akan kalah dan tertipu dengan diri sendiri. perasan amal banyak tapi habuk pun tidak ada.

oleh itu buangkan sifat tinggi diri, ego, sombong dan banyak lagi sifat yang tercela dalam diri apabila kita digelar sebagai seorang pejuang islam yang sebenar. dasar perjuangan islam bukan terletak pada peribadi seseorang, dasar perjuangan islam adalah sejauh mana mereka cuba mengamalkan islam secara keseluruhannya. kadang-kandang kita merasakan diri kita sudah perfect kerana sudah berada di landasan yang betul. ini yang mendatangkan masalah, sebab itu bila ditegur mereka ini tidak akan dapat menerimanya dan perasaan marah membuak-buak dalam hati. marah merupakan jalan syaitan dalam menyesatkan manusia. kenapa tidak boleh bersabar bila kita menerima sesuatu perkara yang bercanggah dengan diri kita? itu macam ke yang diajar oleh islam???

jadi diharap bila ada orang menegur kita itu adalah tanda diri kita masih lagi berada dalam kesalahan dan perlu diperbaiki. disini saya bukan hendak menunding jari kepada sesiapa tetapi ini juga unutk peringatan unutk diri saya dan juga kepada pembaca diluar sana. tetapi orang itu yang makan cili dialah yang terasa pedas. orang sebelah tidak akan rasa walapun sahabat kita berada disebelah kita. jadi yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan ikhtibar.

wassalam....

Friday, February 20, 2009

Doa Anak-Anak Termakbul

lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. jangan rasa mencabar pesan orang tua-tua, bias ular tidak hilang walaupun menyusur dibawah akar. sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah di terima. begiru juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.

lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. perasaan anak juga mesti dihargai. sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. kepada kawan-kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jika kawan itu yang tidak baik sudah tentu ianya akan membawa padah.

kepada sahabat-sahabat yang belum lagi menjadi ibu atau bapa, bersedialah secukupnya sebelum masalah timbul. jangan kita menyesal selepas anak-anak kita rosak, menyesallah sekarang..

semoga kita semua bersedia untuk menjadi ibu atau ayah yang paling berharga dan yang paling terbaik. insyaAllah kita usahakan bersama-sama. kalau suami isteri lebih memahami lagi baik. jadi pilihlah pasangan ayng betul-betul boleh memahami perasaan kita dan boleh tegur menegur apabial ada kesilapan. barulah harmoni rumah tangga. carilah ilmu rumahtangga sebelum mendirikan sebuah masjid.

semoga kita semua mendapat jodoh yang baik di sisi Allah....

Thursday, February 19, 2009

Kezaliman Terus Menerus

selepasnya tumbangnya kerajaan PR perak, kini beralih pula kes diselangor. sebelum kes di selangor, satu kes di kedah melibatkan seorang exco kerajaan kedah yang cuba dirasuah dan beliau tidak tahan dengan ugutan tersebut dan mengambil keputusan yang tepat dengan meletakkan jawatan sebagai exco dan adun. ini merupakan tindakan yang bijak.

sekarang kes di selangor pula kini digembar gemburkan. seorang exco selangor disebarkan foto-foto bogel. ini boleh mangaibkan individu tersebut. BN telah berjaya mengucar kacirkan Pakatan Rakyat dengan pelbagai cara yang jahat yang sanggup lupakan akhirat. kerana inginkan kuasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja. aka dah muak dengan media-media milik kerajaan. bila dengar kje berita milik kerajaan ni hatiku terus terbakar terasa tak tahan untuk menahan kemarahan. sahabat-sahabat sekalian marilah sama sama kita berdoa supaya Allah hancurkan mereka yang zalim ini. biar ianya menjadi satu pengajaran kepada orang lain.

lepas satu, satu kezaliman yang dilakukan. rakyat telah menolak kerajaan BN. mengaku jelah. rakyat dah benci, rakyat dah muat dengan tipu helah kerajaan BN, tapi mereka masih lagi tidak sedar diri. masih lagi berada dibawah tempurung. masih lagi perasaan diri. ingat bila bala dari allah tiba, semuanya akan kena. kembalilah wahai saudaraku yang masih lagi bersekongkol dengan umno dan BN. kembalilah kepangkuan jalan.

sehinggakan sekarang ini negeri perak dan selangor terabai dari segi pemerintahan asyik dok kepentingan politik masing-masing. janganlah kecewakan harapan rakyat yang mamilih kerajaan mana yang mereka kehendaki.

semoga kita semua tidak terpengaruh dengan kezaliman UMNO dan BN...

Tuesday, February 17, 2009

Hiasi Diri Dengan Amal Soleh

amal soleh ialah amal yang baik dan mempunyai harapan yang tinggi untuk diterima oleh Allah dan memperoleh ganjaran yang setimpal. bila kita melakukan sesuatu kerja hendaklah dengan secara ikhlas dan rela hati bukannya semata-mata untuk mendapat ganjaran. buangkan sifat ingin ganjaran bila melakukan sesuatu. allah sudah janji kepada kita bahawa setiap amalan yang kita lakukan sesuatu kebaikan maka allah akan beri pahala. kenapa kita masih lagi meminta ganjaran daripada Allah? sedangkan Allah sudah janji. adakah kita tidak yakin dengan janji-janji Allah? ingat, jajni Allah pasti. tidak salah untuk kita meminta tapi tidak malukah kita kepada Allah?

marilah kita semua cuba sedaya upaya melakukan amal soleh. amalkan budaya sikap tegur menegur bila ada dalam kalangan sahabat kita melakukan kesalahan. tegurlah dengan cara hikmah bukan dengan cara yang boleh menyakitkan hati orang lain. gunalah bahasa-bahasa yang lembut dan sopan supaya orang yang kita tegur itu tidak terasa hati. tidak rugi kalau kita selalu berpesan-pesan sesama kita. malah mendapat keuntungan.

dalam bersahabat, kita boleh pilih siapa sahabat kita. pilihan yang pertama sekali ialah sahabat yanng boleh membawa kita ke agama. jika kita berkawan dengan mereka yang lalai dengan perintah Allah, maka kita kena berhati-hati supaya kita jangan terpendaya dengan mereka. jika kita mampu mempertahankan hak kita dan mampu membawa dia ke jalan agama, lebih baik kita bersahabat dengannya. lagi besar ganjaran yang kita dapat. elakkan berpuak puak dalam persahabatan. jangan pandang hina kepada mereka yang masih lagi berada dalam kegelapan jika sekiranya kita sudah nampak sikit-sikit kehidupan agama. jangan sisihkan mereka. cubalah sedaya kita untuk membawa mereka kembali pangkuan agama. kesiankan mereka jangan bencikan mereka. jangan berkata susah selagi kita belum mencubanya..

semoga hidup kita mendapat jalan yang lurus... amin...

Tuesday, February 10, 2009

Kerakusan Manusia Kerana Kuasa

pertama-tama sekali marilah kita sama mengucapkan syukur kepada Allah yang tidak terhingga memberi nikmat dan rezeki kepada kita tanpa putus-putus dan tanpa pilih kasih. terasa ringan tangan ini untuk menulis satu artikel yang agak panas yang sedang melanda negara kita khususnya dinegeri perak ini.

semua orang sudah tahu apa dah jadi dengan negeri perak ini. pergolakan politik memang cukup hebat. kejatuhan kerajaan pakatan rakyat yang dianggap oleh kerajaan persekutuan adalah sah. bagi ana, sepatutnya kerajaan pakatan rakyat tidak jatuh lagi kerana ada beberapa perkara yang meyakinkan diri ana yang menyatakan kerajaan pakatan rakyat masih lagi kekal sebagai sebuah kerajaan yang sah. oleh kerana sifat kerakusan dan ketamakan jawatan dalam pemimpin umno sendiri menyebabkan berlakunya kekecohan.

untuk jatuhnya sesebuah kerajaan, beberapa perkara perlu diikuti.

1. menteri besar mesti dengan rela hati meletak jawatan sebagai menteri besar bukan secara paksaan. walaupun diarah oleh raja, tetapi ianya bukan satu syarat untuk wajib menerima, kuasa raja hanya boleh memecat exco dan tidak ada kuasa yang boleh memcat menteri besar sesuka hati. menteri besar pakatan rakyat hanya menjawab bila diarahkan oleh sultan perak "patik mohon derhaka" yang bermaksud "patik mohon tidak setuju" bukan hendak derhaka tapi itu adalah bahasa istana. tolong perbetulkan keadaan,. nampaknya pemimpin tertinggi umno sendiri tidak tahu penggunaan bahasa istana sehinggakan mengatakan YB nizar derhaka kepada sultan.

2. mesti mengadakan sidang dewan undangan negeri dan mengemukan unsur undi tidak percaya. kuasa ini hanya boleh dilakukan oleh speaker sahaja dan jika speaker tidak mahu membawa usul ini untuk dibahaskan, maka ianya tidak boleh dibahaskan. tiada siapa yang boleh memaksa speaker untuk berbuat demikian. kuasa ini sepenuhnya di tangan speaker.

3. mengadakan pilihanraya semua dun dinegeri perak. ini akan ditentukan oleh rakyat sendiri siapa kerajaan mereka dan siapa menteri besar mereka. kenapa unmo takut sangat hendak mengadakan pilihanraya semula? kalau betul-betul yakin parti komponen BN mempunyai kekuatan yang cukup, kenapa takut?

itu merupakan syarat-syarat bagi membentuk sebuah kerajaan baru. selagi mana menteri besar sekarang ini masih lagi memegang jawatan menteri besar, selagi tu menteri besar yang baru tidak boleh dilantik. jadi menteri besar dato zamri adalah tidak sah. jadi kita sebagai rakyat haruslah meneliti dan memikirkan yang mana baik yang mana buruk. kita orang belajar tinggi kenapa masih lagi dibelenggu kebodohan. bangkitlah wahai umat islam. pertahankan kerajaan islam sepenuhnya.

tegakkan islam, kita pasti akan selamat dunia dan akhirat. tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan kita diakhirat nanti melainkan ketakwaan yang tinggi kepada Allah. serulah manusia dengan baik supaya betul-betul memahami islam sejati bukan islam celup-celup.

semoga hidup kita disinari nur islam... amin..

Saturday, February 7, 2009

Tolong Jawab Siapa Yang Tahu

ana terdengar satu ceramah ustaz yang agak sohor juga lah.. dalam ceramahnya ana konfuis beberapa perkara dan ana cuba nak minta penjelasan kepada mereka yang tahu hukum hakam ni. ini sekadar untuk berkongsi ilmu.

1. katanya. air liur adalah najis bila ianya keluar dari mulut. adakah betul ianya najis. kalau najis ianya adalah haram dimakan walaupun halal disentuh. persoalan ana, jika kita minum air dengan menggunakan gelas atau cawan atau apa-apa pun, sudah pasti air liur kita akan melekat pada cawan tersebut. jadi, adakah ianya najis? kalau najis haram kita minum kali kedua cawan yang sama. minta penjelasan.

2. kucing adalah tidak najis, tetapi jika bulunya tetanggal pada badannya ianya akan jadi najis, jadi, bila bulu kucing itu melekat pada pakaian kita dan ianya tidak boleh dibuat solat. ust tu kata tak najis. tolong perjelaskan. walaupun kuantiti sikit ianya tetap dinamakan najis juga.

3. katanya lagi, hingus juga adalah najis dan jika ianya diletakkan dalam kain atau apa-apa pun jika ianya diletakkan dalam poket dan tak sah sembahyang kerana katanya kita menanggung najis. betul ke? perjelaskan.

4. adakah benar boleh makan makanan yang tidak dimasak? katanya juga boleh, ana cukup konfius bab ni. sedangkan setahu ana memang kena masak terlebih dahulu dan haram makan makanan yang belum dimasak.. hatta ulam-ulam yang yang boleh dimakan begitu sahaja pun makruh lagi kita makan ni apatah lagi benda berdarah. perjelaskan..

5. mikrofon klip yang diklipkan pada baju, adakah kita menanggung najis jika pada kabel tersebut ada najis. jawab ust tu ya, ana setuju, tapi di amplifier tu katanya tidak.. sedangkan kabel tersebut juga berhubung dengan amplifier tu. takkan ti kabeldi kabel boleh dan di amplifer tu tidak boleh sedangkan ianya berhubung antara satu sama lain.. tolong perjelaskan khilafiah. jangan kelaurkan sesuatu hukum yang meragukan.

harapan ana kepada mereka yang tau sila jawab.... sekadar nak berkongsi ilmu...

Friday, February 6, 2009

Telitikan Sebelum Meletakkan Hukum

hukum merupakan salah satu tatacara perbuatan kita untuk mengsahkan amal kita ataupun panduan kita untuk melakukan ibadah. berkaitan dengan hukum ini, disini ana nak berkongsi pandangan sedikit.

sebelum kita hendak melakukan sesuatu perkara hendaklah tahu terlebih dahulu hukum hakam, cara perlaksanaannya dan panduannya. jika tidak segala amal kita tidak sah dan sia-sia.

tetapi dalam menetapkan sesuatu hukum, kita tidak boleh mengikut pandangan kita sendiri. ianya perlu ada rujukan dan perlu diteliti. jangan kita mudah-mudah kelaurkan hukum. terdapat banyak perbahasan antara ulamak ulamak berkaitan hukum. kaji semuanya dulu barulah boleh keluarkan hukum. jangan kita bersumberkan satu rujukan sahaja dan tanpa dibahas. ini boleh mendatangkan kekeliruan bagi mereka yang tidak tahu apa-apa.

jika persoalan ditanya pada kita megenai sesuatu hukum, kita hnaya menjawab yang kita tahu sahaja, jika ada lagi perbahasan jangan cepat kata sesat kerana mungkin perbahasan tersebut ada jalannya. takut kita pula yang sesat. ini bahaya. jangan mudah menghukum sesuatu hukum. jangan anggap diri kita dah sempurna. jangan cuba berbahas mengenai hukum hakam ini kerana takut kita tersalah cakap menyebabkan orang akan guna. kalau ianya betul alhamdulillah tapi kalau sebaliknya macam mana?

oleh itu sekiranya kita masih ragu-ragu sesuatu hukum, jangan mudah memutuskan hukum tersebut. tawakuf terlebih dahulu dan cuba cari jalannya. jangan kita bantah membantah antara satu sama lain. jangan mudah mudah mengatakan orang itu sesat, ntah-ntah kita yang sesat. mentang-mentang ada sedikit ilmu nak tunjuk terer dan berlagak. minta jauh la semua tu ye.. harap kepada mereka yang ada ilmu agama ni supaya berhati-hati bila bercakap.

biarlah kita mengalah daripada sesat dan terpesong. semoga kita menjadi orang yang teliti mengeluarkan hukum....

Thursday, February 5, 2009

Manusia Tidak Lepas Dari melakukan Dosa

sebut je nama manusia, mesti tidak dapat lari dari melakukan dosa melainkan rasul dan nabi yang maksum. tidak kira sama ada dosa besar mahupun dosa kecil. boleh dikatakan tiap-tiap hari manusia melakukan dosa. adakah kita tidak sedar yang kita setiap hari melukakan dosa? itulah hakikatnya. dosa-dosa kecil diampunkan dengan amalan-amalan baik dan sunat seharian. insyaAllah dosa tersebut terhapus sekiranya kita melakukan kebaikan dengan niat yang ikhlas membuat amal kabjikan.

kenapa Allah jadikan taubat? persoalan ini terlalu mudah untuk dijawab tetapi amat sukar untuk melakukannya. kita sering membuat dosa tapi tidak pernah tua untuk bertaubat. Allah jadikan taubat kerana Allah tahu bahawa manusia akan melakukan dosa besar. dosa besar ini tidak kira siapa, ianya akan menyerang dengan berbagai-bagai cara tanpa disedari atau pun tidak. bila terjatuhnya kepada dosa ini, maka segeralah kita kembali kepada Allah dengan bertaubat sungguh-sungguh. taubat sungguh-sungguh yang diterima oleh Allah ialah selepas taubat kita harus menyesali perbuatan kita dan berjanji sungguh-sungguh dengan Allah tidak akan melakukannya lagi. kedua,mesti timbul perasaan benci terhadap perbuatan kita tersebut dan ketiga hendaklah diiringi dengan amal-amal soleh.

jika selepas bertaubat jatuh lagi kepada dosa tersebut, taubat la lagi, jangan putus asa. adakah Allah tidak terima taubat kita yang sebelum ini? ingatlah wahai saudaraku semua, Allah Maha Pengampun......

tidak ada dosa yang Allah tidak Ampunkan. tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, tidak ada kekuatan untuk meninggalkan dosa melainkan pertolongan daripada Allah, tidak boleh berbuat taat melainkan pertolngan daripada Allah. segala-galanya dari Allah.. kembalilah kepada Allah mudah-mudahan amal ibadah dan taubat kita diterma oleh Allah..

amin.. ya Allah...

Sunday, January 11, 2009

Munajat Cinta

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi maha penyayang

Ya Allah.........

Seandainya telah Engkau catatkan

Dia milikku tercipta buatku.........

Satukanlah hatinya dengan hatiku

titipkan kebahagiaan antara kami

agar kemesraan itu abadi........

Ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Pengasih.........

Seiringkanlah kami melayari hidup ini

Ketepian yang sejahtera dan abadi.........

Maka jodohkanlah kami.........

Tetapi Ya Allah..........

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku........

Bawalah dia jauh dari pandanganku

Luputkanlah dia dari ingatanku.....

Dan peliharalah aku dari kekecewaan.......

Ya allah Ya tuhan ku Yang Maha Mengerti....

Berikanlah aku kekuatan.....

Menolak bayangnya jauh ke dada langit.....

Hilang bersama senja yang merah

Agarku sentiasa tenang.........

Walaupun tanpa bersama dengannya.....

Ya Allah yang tercinta.........

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan.........

Adalah yang terbaik untuk hambamu ini...

Ya Allah.....

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku.......

Di dunia dan akhirat

Dengarlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini........

Janganlah Engkau biarkan aku sendirian........

Di dunia ini mahupun akhirat

Maka...kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina

Kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai.......

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah.....

Ya Allah........

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat

Dan peliharalah kami dari azab api neraka.....

AMIN.......AMIN.......YA ROBBIL ALAMIN.....

Sunday, January 4, 2009

Takutlah Akan Allah

takut merupakan sifat kebimbangan pada hati untuk mengerjakan sesuatu. maksud sesuatu disini ialah sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah daripada mengerjakannya. takut disini merupakan takut untuk melakukan dosa.

terdapat juga dalam kalangan manusia, takut mereka itu kepada Allah kerana kenal akan sifat-sifat kebesaranNya. takut inilah yang lebih sempurna.

berkata diantara ulamak, bahawa telah menjanjikan oleh Allah akan empat perkara bagi mereka yang takut akan Allah iaitu petunjuk, rahmat, ilmu pengetahuan dan redha Allah daripadanya.

perkara-perkara yang membolehkan takut akan Allah ialah;

1. dengan ilmu ma'rifatullah. maka mereka yang mengetahui akan sifat-sifat kebesaran Allah dan yakin terkayanya Allah daripada segala sesuatu. dan ia juga yang menjanjikan syurga dan neraka dan menetukan penghuni-penghuninya.

2. dengan memandang kepada sekelian mereka yang takut akan Allah serta bersahabat dengan mereka itu.

dalam kalangan ulamak lain pula berkata bahawa, untuk mendatangkan takut itu dengan menghidupkan fikir. dan hasil daripada fikir itu kemudian daripada takut ialah bertaubat dan ibadah. maka yang demikian itu wujudlah rasa kasihnya kepada Allah....


semoga kita sentiasa berfikir kehebatan dan kebesaran Allah dan seterusnya cubalah sedaya upaya untuk takut akan Allah..