Thursday, December 11, 2008

Walimah Dalam Islam - ust Adam

Oleh : Ust Adam Said (Ketua Pemuda PAS Besut)

Walimatulurus, atau lebih dikenali dengan panggilan " Kenduri Kahwin " tidak asing lagi bagi masyarakat kita pada hari ini. Pada musim cuti persekolahan ini begitu banyak sekali majlis tersebut diadakan. Kadang-kadang kita bermusafir yang jauh untuk meraikannya. Boleh dikatakan setiap daripada ibubapa merancang untuk mengadakan majlis tersebut apabila mereka mengkahwinkan anak-anak perempuan mereka,sama ada mereka faham atau tiada bahawa hukumnya menjadi tuntutan dalam agama.


Hukum Mengadakannya.

Sebagaimana yang telah difahami bahawa hukumnya adalah termasuk dalam kumpulan sunat-sunat yang dituntut supaya melaksanakannya. Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh akan hal ini. Sabda baginda yang ertinya " buatlah oleh kamu akan walimah walaupun dengan seekor kambing". Itu sebagai satu pengisytiharan daripada kedua-kedua pihak bahawa mereka telah berkahwin dan sebagai tanda kesyukuran selain daripada untuk menyukakan sepasang suami isteri yang baru diijab kabulkan. Dari kerana itu sunat diberi hadiah kepada sepasang suami isteri itu sebagai tanda meraikannya.


Perlaksanaannya


Sebagaimana yang kita sedia fahami, dalam ajaran agama kita, mengadakan majlis itu tidaklah kerana bermegah-megah. Apatah lagi untuk mendapat keuntungan

dengan kehadiran mereka yang dijemput. Banyak terjadi dari kalangan masyarakat kita pada hari ini yang sanggup berhutang bergadai untuk mengadakan majlis tersebut dari kerana perbelanjaan tidak mencukupi pada hal mereka daripada orang-orang yang susah. Islam tidak memberati umatnya supaya berbuat sesuatu yang diluar kemampuan. Mengapa kita sampai ketahap berhutang kerana hendak mengadakannya secara yang lebih besar pada hal sudah mencukupi jika dilaksanakan secara kecil-kecilan dan tidak perlu berhutang. Islam tidak menyuruh kita berbuat demikian.

Jikalau perkara ini berlaku juga,kita mesti terfikir-fikir,daripada mana agaknya si tuan rumah hendak dapatkan wang untuk membayarkan semua hutang-hutangnya nanti.

Saya pernah diberitahu bahawa bayaran hutang itu setelah majlis perkahwinan dijalankan. Hasilnya daripada mana?. Kata mereka hasil sumbangan daripada para jemputan yang hadir. Kalau kita bertanya kembali kepada mereka,bagaimana jika ditakdirkan pada hari tersebut hujan lebat yang menyebabkan orang-orang yang dijemput tidak dapat hadir seramai yang dijangka,maka sumbangan pada adatnya tidak sebanyak yang dijangka oleh si tuan rumah. Dari mana pula si tuan rumah nak bayar hutangnya itu.


Sebenarnya dalam contoh seperti ini tuan rumah telah melakukan beberapa kesalahan.

Pertamanya, berhutang pada tempat yang tidak disuruh. Lebih-lebih lagi jika yang berhutang itu orang yang susah yang tiada suatupun yang dia sendiri nampak daripada mana sumber yang ia dapat membayarnya nanti atau cagaran, pada hal kesusahannya itu disembunyikan daripada yang memberi hutang,maka berhutang itu hukumnya haram. Bersalahan jika tuan yang memberi hutang itu mengentahui akan halnya dan memberi juga hutang itu,maka tiada haram.Adapun bercagarkan kepada sesuatu yang belum pasti,seperti kalau ada sumbangan,dapatlah bayar maka tiada diterima. Kalau kita pergi ke bank nak buat pinjaman pun,pihak bank menolak permohonan itu.

Perlu diketahui bahawa dalam Islam ini hendak berhutang pun ada syaratnya. Jika kita membelakangi syaratnya,maka kita berbuat maksiat dengan Allah.


Dan kedua, tidak mengikut sunnah nabi dalam mengadakan majlis tersebut. Sepatutnya kita mengadakannya kerana Allah sebagai tanda kesyukuran dan menyahut seruan nabi, tidak kerana berkehendakkan kepada pulangan atau balasan atau bermegah-megah. Ini dah jadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Apabila diperolehi pulangan yang banyak,maka berbangga-bangga. Apabila tidak memperolehi pulangan yang banyak,muka nampak muram. Lebih-lebih lagi jika sumbangan yang diterima itu tidak melepasi hutang yang ditanggung.


Bersanding

Dalam harakah keluaran 28-30 November 2008 yang lepas pada ruangan fikrah ada yang mengulas pasal bersanding.Saya suka nak buat sedikit komentar. Maaf jika apa yang saya katakan ini tidak menempati.

Disebut di situ harus/boleh pasangan pengantin bersanding di depan khalayak ramai jika pengantin perempuan itu menutup aurat. Saya nak saudara kaum muslimin/muslimat sekelian sama-sama fikir beberapa perkara sebelum mengiakan apa yang disebut itu. Sebelum itu kita mesti ingat bahawa tempat ambilan hukum kita adalah Quran,hadis,ijmak ulamak dan qias. Segala masalah hukum yang berkisar dalam kehidupan kita ini, kita boleh rujuk dalam kitab-kitab karangan ulamak. Dan setiap hukum sama ada tegah atau suruh ada padanya sebab dan hikmah. Islam lebih memelihara muslihat terhadap sesuatu perintah itu. Jika sesuatu perkara itu harus pada asalnya,tetapi boleh mendatangkan fitnah atau mudharat,maka perkara itu tertegah pada masa itu. Begitu juga sesuatu yang asalnya tertegah,tetapi jika tidak memperbuatnya boleh mendatangkan mudharat yang lebih besar lagi,maka tidak ditegah pada masa itu bahkan terkadangnya wajib. Dalam masalah bersanding yang disebutkan boleh itu sehingga membuka ruang bagi yang memang suka dengan perbuatan itu,perlu memikirkan beberapa persoalan.


1. Apa tujuan persandingan itu.

Sudah tentu untuk memperlihatkan kepada orang-orang yang datang pada majlis itu. Apakah persandingan yang berlaku sekarang ini hanya di depan mahram bagi pengantin perempuan itu atau di hadapan golongan perempuan sahaja?. Tidak adakah di situ laki-laki ajnabi melihatnya. Bila ada laki-laki lain melihatnya,maka pihak yang terlibat itu telah membuka satu ruang kepada laki-laki untuk melanggar perintah Allah. Allah s.w.t. telah memerintahkan kepada nabinya dengan firmanNya yang Maha Tinggi yang ertinya :


" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan ".

Surah An Nur ayat 30


Kita sebagai hamba Allah jangan sekali-kali memandang kecil apa sahaja yang ditegah oleh Allah jika kita benar-benar ingin mendapat redhaNya. Lebih-lebih lagi kita yang berada dalam jamaah yang memperjuangkan Islam. Jangan bawa satu contoh yang tidak baik kepada masyarakat.


2. Hukum Perempuan Bersolek.

Persoalannya,adakah harus perempuan bersolek untuk dilihat oleh laki-laki yang lain daripada mahramnya?.

Kita biasa mendengar dalam kuliah-kuliah agama yang disampaikan oleh tuan-tuan guru,perempuan haram memperhiaskan dirinya supaya dilihat oleh laki-laki yang lain daripada mahramnya kerana boleh mendatangkan fitnah. Jesteru itu,cuba kita perhatikan,majlis persandingan yang diadakan pada hari ini di hadapan perempuan sahaja kah. Jika hukum harus yang dinyatakan dalam harakah yang disebutkan itu " harus jika tidak di hadapan laki-laki lain ", maka ianya mesti diberi penjelasan supaya masyarakat tidak keliru.

Kita melihat dalam kitab-kitab feqah,jika seorang perempuan itu keluar daripada rumahnya kerana pergi sembahyang berjamaah di masjid,pada hal ia memperhiaskan dirinya atau memakai bau-bauan sehingga boleh mendatangkan fitnah bagi laki-laki,maka haram ia pergi ke masjid pada ketika itu walaupun ia berhias tidak kerana dilihat orang atau bermegah-megah. Adapun bersanding itu memperhiaskan dirinya untuk dilihat oleh orang ramai dan kebiasaannya datang juga kemegahan diri kerana kecantikannya. Maka fikirkanlah.


3. Menutup Aurat Dalam Islam


Kita dalam jamaah Islam sering diingatkan supaya menutup aurat. Kerana ianya menjadi kewajipan bagi setiap muslim laki-laki dan perempuan. Apa ertinya kita berjuang Islam,jika dalam masa yang sama kita melanggar perintah Allah. Melanggar perintah Allah bermakna kita merombakkan cabang-cabang iman. Dalam perkara menutup aurat ini, ingatlah bahawa yang dikatakan menutup aurat itu,tidak sahaja menutup kepala,bahkan menutup bentuk tubuh badan. Jika sekiranya seorang perempuan itu menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian yang ketat yang menampakkan bentuk tubuh,maka ianya tidak lagi dikatakan menutup aurat nisbah di luar sembahyang. Maka perbuatan yang demikian tidak mengikut hukum syarak. Pada majlis persandingan yang berlaku sekarang adakah pengantin perempuan itu menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki dalam Islam.


kesimpulannya,


Persandingan itu lebih besar mudaratnya. Perbuatan itu terlebih mudah mendatangkan maksiat bagi yang melaksanakannya dan yang meraikannya.

Dari kerana itu,saya ingin ingatkan kepada para guru atau ustaz,demi menjaga kepentingan agama dan menjaga daripada fitnah disebabkan perempuan ini terus berlaku dengan hebatnya, lebih baik tak payah bukalah jalan untuk persandingan. Nanti masyarakat berebut-rebut pula untuk mengamalkannya. Kita tahulah masyarakat kita sekarang ini,bila kita ajak mereka untuk berjihad,payah betul untuk menyahut. Tetapi kalau perkara yang tidak mendatangkan faedah dan menyukakan nafsu,mudah sangat menyahutnya.

Kita yang berada dalam gerakan Islam ini sepatutnya lebih beradab dengan Allah dan lebih memelihara agama dengan memelihara diri daripada perbuatan-perbuatan yang mendatangkan fitnah dalam agama. Islam tidak hanya menyuruh kita tegakkan negara dengan Islam,bahkan juga dalam diri setiap muslim.

Kita masih ingat,tahun 80 an dulu,program tarbiah dalam jamaah kita ini sangat menitik beratkan soal pergaulan laki-laki dan permpuan. Kita biasa membuat perbandingan dengan kumpulan yang menentang kita bahawa di antara akhlak buruk mereka ialah mereka tidak membatasi pergaulan antara laki-laki dan perempuan dalam sesuatu majlis. Dari kerana itulah kita dapati pada ketika itu apabila majlis ceramah diadakan,maka sekatan dibuat di antara pendengar laki-laki dan perempuan. Dan kebanyakan daripada yang datang itu mematuhi perkara ini. Kita dapati juga jika ada majlis yang besar yang dihadiri oleh pimpinan daripada muslimin dan muslimat seperti muktamar,tidak ada pula pimpinan dari muslimat yang berada di atas pentas bersama pimpinan muslimin. Tapi sekarang ini semua itu telah berubah. Kalau Islam ini perlu perubahan mengikut peredaran masa,maka itu dinamakan Islam Hadhari. Tidak dinafikan ada juga yang perlu dibuat perubahan dalam kerja-kerja Islam mengikut perkembangan semasa. Tetapi tengoklah perkara apa yang hendak dibuat itu.

Saya masih teringat ketika PAS memerintah Terengganu beberapa tahun yang lalu. Pernah muktamar diadakan di stadium negeri di Batu Buruk. Seorang wakil muslimat yang tak perlu saya sebutkan namanya di sini bersuara,mengapa pimpinan muslimat tidak diberi hak yang sama untuk duduk di atas pentas bersama pimpinan muslimin. Saya cukup berbangga dan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Tuan Guru Haji Abd Hadi.

Mari kita fikirkan,apa ertinya kita berjuang Islam jika sekiranya diri kita sendiri masih lagi tidak beramal dengan ajaran agama. Orang yang hiasi dirinya dengan agama,Allah akan mempamerkan agama itu pada batang tubuhnya.

Apa yang saya maksudkan amal agama di sini,iaitu hiasilah diri kita dengan sifat-sifat yang baik. Jauhi diri daripada yang haram atau yang menjadi fitnah dalam agama.Merendah diri,ikhlas,barkasih sayang,mengawal diri dari emosi,lemah lembut dalam pergaulan, pemurah,suka tolong menolong dalam perkara yang baik dan berbagai-bagai lagi adalah sifat atau amal yang sangat dituntut dalam agama.

Adapun sifat ego,sombong kerana ilmu atau amal atau pangkat atau sebagainya,permusuhan,hasad dengki,ria', malas berbuat ibadat,bakhil,sentiasa harap pujian manusia apabila berbuat sesuatu amal dan seumpamanya,boleh memadamkan cahaya agama. Oleh itu ingatlah hai sahabat-sahabat seperjuangan sekelian,berjayanya kita dalam usaha yang kita jalankan ini bergantung kepada sejauhmana hubungan kita dengan Allah. Pertolongan Allah akan menyusul setelah kita benar-benar dapat menzahirkan kasih dan cinta kita pada agamanya. Dan Allah Maha Mengentahui akan hal itu. Wallahua'lam.


Daripada.


Us Adam Said

Ketua DPPKB.

Wednesday, December 10, 2008

korban











salam eidul adha

dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya eidul adha kepada sahabat sahabiah sekalian. dikesempatan ini juga saya ingin memohon keampunan daripada sahabat sahabiah sekiranya sepanjang kita bersahabat ada kesilapan dan kesalahan.

raya korban ialah bagaimana allah hendak menguji pengorbanan hambaNya. asal usul raya korban adalah berpunca daripada pengorbanan nabi ibrahim dan anaknya ismail. nabi ibrahim bermimpi pada suatu ketika dan dalam mimpinya nabi ibrahim diarahkan supaya menyembelih anaknya ismail.

berita mimpi itu disampaikan kpeada anaknya lalu anaknya bersetuju kerana itu adalah perintah daripada Allah. lalu nabi ibrahim membawa anaknya ke suatu tempat tanpa memberi tahu ibunya. sampai sahaja disana, anaknya berpesan kepada ayahnya supaya ikat kemas supaya dia tidak menggelupur dan menyuruh ayahnya tajamkan pisau supaya cepat mati. lantaran itu, selepas pisau diasah tajam dan diikat kemas, penyembelihan mula berlaku dan pisau yang tajam itu tidak mampu untuk menghiris leher anaknya. pada waktu itu juga Allah telah menggantikan binatang kibas dari syurga.

itulah secara ringkas mengapa umat islam menyambut hari raya korban. jika diliohat dari peristiwa itu, maka kita boleh mengambil pengajaran betapa besernya pengorbanan nabi ibrahim sehingga anak kesayangan sendiri pun sanggup sembelih demi menunaikan perintah Allah.. kita bagaimana? ke manakah kedudukan kita?????

Tuesday, December 2, 2008

Jangan Terpedaya Dengan Tipu Daya Syaitan

syaitan merupakan makhluk yang paling jahat. mereka telah berjanji kepada Allah untuk menyesatkan manusia dibumi ini.

sesungguhnya tipu daya syaitan amat luas dan tidak kira siapa akan kena tipu saya syaitan. hanya mereka kenal sahaja bentuk tipu daya akan selamat. untuk mengetahui bentuk tipu daya syaitan, kita kena belajar dan rajin-rajinlah diri menghadiri majlis ilmu.

orang alim dengan cara tersendiri di tipu dan orang awan dengan cara tersendiri dan orang jahil dengan cara tersendiri. syaitan amat bijak dalam menipu. sebab itulah bagi mereka yang suka menipu dan cakap bohong merupakan rakan bagi syaitan.

sebagai contoh, orang alim ditipu dalam amal, orang awam ditipu seperti akhlah dan orang jahil ditipu dengan dunia. sebenarnya, itu semua bentuk tipu daya terhadap semua manusia tidak kira siapa.

jadi berhatilah-hatilah dengan tipu daya syaitan supaya ianya tidak membinasakan diri kita. kadang-kadang kita sendiri tidak perasan yang kita sebenarnya ditipu oleh syaitan. biasanya lelaki di tipu dengan menggunakan perempuan. ini cukup bahaya bagi orang lelaki tidak kira jenis lelaki yang macam mana pun...

jadi berhatilah-hatilah kita semua supaya terselamat dunia dan akhirat....

Friday, November 28, 2008

Fikir

fikir merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah , orang yang banyak berfikir merupakan orang yang cerdik. di sini saya hendak perkatakan mengenai fikir.

fikir yang pertama ialah, fikir akan kehebatan dan kebesaran Allah. bagaimana fikir akan kehebatan Allah? bila kita merenunng sambil memerhatikan alam yang luas ini, hati kita mesti terdetik betapa hebatnya Allah menjadikan alam ini seperti langit tanpa tiang, pokok tidak goyang tanpa angin dan sebagainya,. tengok pula cakrawala yang hebat, bulan bintang matahari bumi dan planet-planet berada dalam keadaan terapung dan bergerak tanpa berlanggar antara satau sama lain. itu menujukkan tanda-tanda kehebatan Allah. adakah pernah kita terfikir? kalau tidak, tunggu apa lagi, fikirkan sekarang. jika sudah, samalah kita taat kepadaNya kerana Dialah yang maha kuasa mencipta sesuatu itu tanpa berhajat dengan makhluk.

fikir yang kedua ialah, melihat dosa kita terhadap Allah. sebenarnya hidup kita tidak pernah tidak melakukan dosa, tiap-tiap hari kita melakukan dosa. adakah kita tidak sedar? jika sedar baguslah. kita kena fikir janji-janji Allah terhadap seksa bila melakukan dosa. berat seksaan Allah. adakah kita sanggup menghadapinya? kalau tidak segeralah kita bertaubat untuk mendapat keampunan daripadanya. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.

fikir merupakan kunci bagi mendapat nur dari Allah. tanpa fikir, maka jauhlah kita daripada mendapat nur untuk berjalan kita pada jalan Allah. orang yang telah mendapat petunjuk dariapada Allah, semakin hari semakin comel amal ibadahnya dan perbuatannya dan tingkahlakunya. bagaimana dengan kita? adakah sebaliknya. cuba fikir... fikir juga merupakan permulaan untuk buka mata hati kita. jadi banyakkanlah berfikir.

fikir juga boleh terbitkan ilmu dan ma'rifah. bila kita fikir akan kehebatan Allah, maka kita akan kenal siapa itu Allah dan kita juga secara tidak langsung boleh mendapat ilmu ketuhanan. jika kita tidak tidak tahu maka kita kena belajar berkaitan dengan sifat-sifat Allah. ilmu di sini bermaksud kita akan nampak semuanya dari Allah. segala yang datang hanya dari Allah. makhluk tidak ada kuasa. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. setiap kejadian Allah ada gunanya dan ada manfaatnya. oleh itu gunalah sebaik-baiknya ciptaan Allah ini..

ingat, sebesar besar azab didunia tidak boleh dibandingkan sekecil-kecil azab diakhirat... fikirkan..

semoga hidup saya dan hidup kalian diberkati Allah... amin...

Saturday, November 22, 2008

Bala

Bala atau ujian merupakan ketentuan Allah untuk menguji hambanya sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak. bala terdiri dari dua iaitu:

bala ta'kzib

bala ta'zib merupakan bala yang jahat dengan erti kata lain, jika bala itu turun maka orang kena bala itu semakin jauh dengan Allah. bukan sahaja jauh dengan Allah, malah jauh segala seklai ingat akan Allah bila terjatuhnya bala tersebut. bila sesuatu bala menimpa, mereka tidak nampak yang Allah turunkan bala tersebut, malahan menyalahkan Allah kerana beri ia bala. bila bala turun, mereka menyumpah atau mengeluarkan kata-kata kesat dulu. mereka langsung tidak nampak itu adalah ujian daripada Allah.

bala ta'krib

bala ini merupakan bala yang baik, jika mereka yang terlibat dengan bala ini mereka hanya nampak Allah dan terus memohon kepada Allah terlebih dahulu dan barulah mencari apa kesalahannya dan sebabnya. jika bala turun, golongan ini terus nampak Allah, semakin banyak bala yang menimpa mereka, semakin dekat mereka dengan Allah. bila bala datang, mereka terus bermunajat kepada Allah untuk memmohon keampunan daripada Allah kerana mereka telah melakukan kesilapan dan wajar Allah beri bala, kita kena sentiasa mengaku kesalahan dengan Allah.

oleh itu, dimanakah kita? diri kita, mesti kita sudah tahu kan? jadi berusahalah untuk menerima apa-apa ujian daripada Allah kerana Allah hendak menguji keimanan hambanya...

semoga kita tabah menghadapi ujian daripada Allah... amin...

Thursday, November 20, 2008

Selamat Bercuti

selamat bercuti kepada semua warga UPSI. semoga berjumpa lagi pada semester depan.
kepada yang menjalani praktikal, ngajar molek lah. jangan ketuk kepala budak tuh, nasihat-nasihat lah yang berguna. jangan dok harap kat ustaz ustazah kat sekolah je. bimbinglah anak muridmu ke arah kebaikan dan kebenaran. tun jukkanlah komitmen anda di sekolah supaya mendapat cemerlang dalam penilaian. pandai-pandailah ambik hati pengetua supaya pengetua sayang korang.

kepada warga yang akan memenpuhi balik semester depan, di kempatan cuti yang ada ini jangan lah berseronok sangat. ambillah peluang untuk terus belajar ilmu agama ditempat anda dan juga di tempat lain. gunalah cuti ini dengan penuh bermanfaat....

sekian wassalam..

selamat bercuti.....................................

Perpisahan Yang Bermakna.

esok (jumaat) merupakan hari terakhir bagi sessi ini. pejam celik aku dah habis semester 2. walaupun baru sahaja semester 2, tetapi aku rasa ianya sudah cukup bermakna dalam hidupku. bak kata orang, semester 2 ini bagaikan setahun jagung. tapi bagi aku tidak. dengan pemikiran yang matang aku, aku mampu menjadikan semester 2 merupakan bagaikan semester akhir. padahal masa aku masih panjang lagi untuk berada di sini.

hari ini merupakan hari yang cukup bermakna bagi aku. terima kasih kepada mereka yang terlibat. korang semua tidak akan ku lupakan dalam hidup aku. walaupun aku amat tegas dalam bersahabat, namun jika korang menjaga persahabatan ini, maka aku akan hargainya sampai bila-bila. walau apa istilah yang digunakan pun, saya tetap menerima kalian dengan penuh kasih sayang.

walaupun setiap diantara kalian akan membawa hala masing-masing, jangan lah kalian lupa sahabat. teruskan perhubungan ini. janganlah pula disebabkan sedikit selisih faham kalian hendak memutuskan persahabatan. persahabatan tidak akan putus selagi adanya rehda Allah. semoga ukhwah yang kita bina ini direhdaiNya.

walaupun aku baru sahaja kenal kalian semua, tapi aku rasa sudah lama kenal, kemesraan begitu cepat sekali. kemesraan inilah yang menyebabkan berat hati untuk perpisahan. biar jauh di mata, tapi jangan jauh dihati. setiap pertemuan diakhiri dengan perpisahan. ianya sudah tidak dapat dielakkan. tetapi perpisahan kali ini "perpisahan yang sangat bermakna"

akhir kata, aku memohon maaf atas segala kesalahanku selama terjalinnya ukhwah yang kita bina ini. setiap kesalahan yang kalian lakukan telah aku maafkan sebelum kalin meminta maaf lagi. jadi, setiap kesalahan yang kalian lakukan telah aku maafkan terlebih dahulu....

semoga dengan terbinanya ukhwah ini, maka terbinalah sebuah taman yang indah. harapanku adalah semoga ukhwah yang telah kita bina ini sehingga ke hari akhirat dan sentiasalah kita berdoa untuk mendapat petunjuk dari Illahi sekiranya apa yang kita lakukan ini merupakan satu kesalahan....

semoga kita semua dapat menempuhi hidup yang penuh fitnah dengan jayanya.... amin....

Tuesday, November 18, 2008

Wanita Hiasan Dunia

Impian Kekasih
by In-Team

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.
Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami
Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga
Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu
Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

(tak ada kena mengena sama ada yang masih hidup atau pun yang telah mati. mekasih)

Manusia Sering Melakukan Kesilapan

bila sebut saja manusia, ianya tidak terlepas melakukan kesilapan. melainkan malaikat, malaikat sentiasa tunduk dan patuh pada Allah. manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kasilapan. oleh sebab itulah Allah sentiasa menyuruh kita bertaubat setiap hari. bila kita bertaubat meminta ampun kepada Allah, nescaya Allah amat suka. Allah amat suka bila hambanya suka mengadu padaNya.

tidak seperti manusia, bila kerap kita meminta sesuatu daripada seseorang, apa akan jadi, sudah tentu mereka itu akan marah. tetapi Allah tidak begitu, selagi banyak dan kerap kita minta, selagi itulah Dia akan suka.

untuk bertaubat tidak semestinya kita bangun tahajud, bila-bila masa pun boleh, janji benar-benar insaf diatas segala kesalahan. selalu mengaku kepada Allah yang kita ini memang banyak melakukan dosa.

jika dosa itu bersangkutan dengan manusia, maka hendaklah kita meminta maaf kepada individu itu sendiri. jika tidak, dosa kita tidak akan terampun dan segala amalan kita hanyalah umpama pohon yang tidak berbuah. daunnya lebat tetapi hasilnya (buah) tiada.

oleh itu, sepanjang saya berkenalan dengan semua sahabat-sahabat yang saya bersahabat tidak kira dimana jua, saya memohon kemaafan daripada kamu semua. sekiranya sepanjang persahabatan kita selama ini telah mengguriskan atau menyakiti hati kamu semua, saya harap kamu dapat memaafkan saya. jika ditakdirkan saya meninggal sekali pun, maka saya akan pergi dengan hati yang sejahtera tanpa bersangkut lagi dengan kamu semua. begitu juga sebaliknya, dan segala dosa yang korang lakukan terhadap saya, saya maafkan kamu semua......

semoga Allah tetapkan iman kita diatas jalan yang benar.. amin...

Pelihara Lidah Dari Perkataan Melaknat

melaknat boleh di bawa erti yang pertama ialah mencerca. dan yang kedua bermakna suatu kalimah yang membawa erti supaya orang yang dilaknat itu jauh daripada rahmat Allah.

kalimah laknat ini sudah menjadi kebiasaan bagi lidah manusia. adakah kita tidak mengetahui bahawa kalimah laknat boleh membawa kepada dosa yang amat besar? dan kamu mesti berfikir sebelum kamu melafazkan kalimah laknat kepada seseorang itu, adakah kamu suka apabila orang melafazkan perkara yang sama ke atas kamu? tentu sekali tidak bukan? kalau tidak, kenapa kamu suka bercakap melaknat manusia lain?

oleh itu, maka kamu hendaklah memelihara akan lidah-lidah kamu daripada berbuat demikian supaya sejahtera hidup kamu dan tidak terkena sumpahan itu atas diri kamu sendiri.

hendaklah kamu ketahui bahawa setiap perkataan laknat itu akan balik kepada diri kamu sendiri. jika kamu minta kejahatan ke atas orang lain, maka nescaya kejahatan itu akan jatuh pada dirimu sendiri. jika kamu perhatikan sekeliling kamu, jika kamu kenal seseorang yang suka melaknat orang lain, adakah hidupnya aman dan sentosa?

sabda nabi SAW yang bermaksud.

"barangsiapa yang melaknat seseorang mukmin, maka seperti membunuhnya" hadis riwayat Bukhari

oleh itu, jagalah diri dan lidah kamu daripada mencerca orang lain kerana dosanya amat besar dan tidak lepas dengan taubat melainkan dengan kamu meminta maaf kepada mereka yang kamu laknat itu. jika sekiranya sudah terjatuh pada diri kamu, taubatlah segera dan minta ampunlah kepada mereka yang terlibat dengan sumpahan laknat kamu. semoga hidup saya dan kamu diberkati Allah... amin......

Monday, November 17, 2008

Sahabat


Pertemuan telah ditakdirkan

Antara kita tidak pernah dirancang

Manalah takdir hendak di lawan

Semuanya ketentutan tuhan

Wahai sahabat sematkan semua kenangan

Yang telah bersama-sama kita lalui

suka dan duka memburu impian

Moga teguhnya ikatan ini

Sahabat yang amat kukasihi

Susah senang kau disampingku

Kehadiran dikau disi

Mengubah sepi dihatiku

Sahabat yang amat kucintai

Susah senang kau disampingku

Walau kini hilang dimata

Namun kau tetap dihatiku

sahabat bertuahnya kurasa

Mendapat teman sepertimu

Mendidik menasihatiku

Hanya satu dalam seribu..

Namun kini hanyalah tinggal kenangan

Pertemuan kita di lamar perpisahan

Kemersraaan bermekar diakhir perkenalan

Sayu menitis air mataku........

Sunday, November 16, 2008

Hidup Beragama Teras Kejayaan

Agama islam adalah agama yang telah sahih kebenarannya. maka barangsiapa yang mengambil jalan ini nescaya kehidupannya tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang sesat. untuk itu, kita sebagai umat islam haruslah bersyukur atas nikmat islam yang Allah telah kurniakan kepada kita tanpa bersusah payah.

dalam menjalani kehidupan kita, cabaran dan dugaan memang hebat. barangsiapa yang mengambil jalan agama maka selamat lah ia dan sebaliknya jika mereka itu mengambil jalan selain dari jalan Allah.

untuk menuju jalan Allah, kita haruslah mempunyai mujahadah yang sungguh-sungguh. jangan kita mudah kecewa dengan diri kita sendiri. walaupun kita tidak mempunyai akademik yang hebat, tapi kita cuba amalkan hidup beragama, maka ianya tidak sia-sia. akademik tinggi tidak melambangkan seseorang itu berjaya dalam hidup. tapi Allah menjanjikan bahawa orang yang tinggi ilmu agama dan mengamalkannya dan menyampaikannya ianya akan mendapat kejayaan hidup du dunia dan juga akhirat.

cuba kita perhatikan sekeliling masyarakat kita pada hari ini, ramai golongan yang berpelajaran tinggi. tetapi apa komitmen mereka bila berada di kampung halaman? kadang-kadang hendak tumpang jadi imam pun tidak boleh. kalau tidak mahu jadi imam, hendak tumpang makmum pun sudah memadai. engar lulusan universiti al azhar (sebagai contoh), tapi henadak tumpang jadi imam pun tidak boleh. (tidak semua) ini mereka yang mengambil jurusan dalam bidang keagamaan. cuba bayangkan bagi mereka yang tidak ambil jurusan keagamaan. apa akan jadi pada mereka.

jadi, walau di mana kita berada pun, amalkanlah cara hidup beragama. biarlah akademik rendah asalkan akidah kita sebagai umat islam terjaga.di sini bukan hendak menafikan yang akademik itu tidak penting. penting juga. tapi apa yang hendak di sebut disini bagi mereka yang kurang dalam bidang akademik jangan mengeluh. anda tidak pandai akademik, ambillah jalan akhirat. tidak rugi, malah menguntungkan.

Adanya segulung ijazah, adanya segulung diploma, adanya segulung sijil, tidak ada gunanya jika kita menolak cara hidup islam. tidak memberi kesan apa-apa kepada kita dunia mahupun akhirat malahan keburukan pula akan melanda.

jadi amalkanlah cara hidup islam. "HIDUP BERAGAMA TERAS KEJAYAAN"

Rendahkan Hati Bila Berdakwah

berdakwah merupakan perkara wajib yang perlu diambil oleh setiap orang mukmin. jika ia ditinggalkan maka nescaya ianya akan telah melanggar hukum Allah. berdakwah banyak caranya. tidak kisah kita hendak lakukan dengan cara mana sekali pun janji ianya tidak lari dari hukum syarak.

bila kita mengajak orang kepada kebaikan, janganlah kita merendahkan orang lain kerana orang yang kita ajak itu tidak mahu mengikut apa kita inginkan. sebaliknya memuliakan dia dan sentiasa berdoa supaya Allah buka pintu hati bagi mereka yang masih belum menerima dakwah islam. rendahkan hati kita bila bercakap dengan orang. jangan kita rasa diri kita sudah cukup hebat untuk berhujah dan jangan kita rasa diri kita ini sudah mantap dengan ajaran islam. bila kita mengajak orang untuk menyertai kumpulan dakwah atau kumpulan tertentu, janganlah hati kita terdetik perasaan tidak puas hati kerana mereka yang kita ajak itu tidak mahu mengikut seperti kita ikut. janganlah kita terus berkata "apalah dia tu, susah sangat nak join, tengok aku senang je" jangan sesekali berkata begitu kerana perkataan adalah pemilik hati yang sombong dan riak. jika ada pada hati kita, mak buangkanlah dengan segera sebelum izrail datang menjemput.

bila orang yang kita ajak itu tidak mahu mengikuti, janganlah kita memandang dengan emosi, pandanglah dengan mata hati yang penuh tawadhuk. jangan sesekali terdetik pada hati dengan menyatakan "benci sungguh dia tu, kenapa la susah sangat ni. aku dulu tak la macam ni, senang je boleh ikut" lagi, "apalah dia tu, susah sangat nak buat amal tu, tengok aku, rajin, solat jemaah tak tinggal, kenapa la budak-budak ni susah sangat nak turun surau untuk solat berjamaah" jangan sesekali berkata begitu. sebaliknya kamu hendaklah berdoa kepada Allah supaya Allah mempercepatkan terbukanya hidayah kepada mereka itu.

jangan rasa diri kita sudah tinggi bila berada dalam jawatan yang tinggi. diantara tujuh golongan yang diuji yang telah saya nyatakan sebelum ini adalah salah satunya adalah pemimpin. kita jangan megah dengan jawatan yang ada. tanggungjawab sebagai pemimpin bukannya ringan. ianya amat berat untuk dipikul kerana ianya melibatkan semua orang.

untuk memastikna orang menerima dakwah kita, kita haruslah memperbaiki diri dan kumpulan jemaah berkenaan terlebih dahulu. tugas manusia ialah mengajak orang dan yang memberi petunjuk dan hidayah adalah Allah. oleh itu janganlah kita beranggapan negatif kepada mereka yang masih belum menyertai dakwah kita.

semoga perjuangan kalin diberkati Allah.. amin....

Bergantung Hati Pada Allah

bergantung hati kepada Allah ertinya berpegang hati hamba kepada Allah dalam semua keadaan. yakni mendapat tempat meletakkan segala harapan dan tempat untuk diminta segala hajat dan pertolongan. dan juga sebagai tempat untuk berlindung daripada segala yang ditakuti.

dan sungguhnya mesti kita yakin bahawa tiada yang boleh melepasi kita daripada sesuatu kesusahan melainkan Dia. dan tiada yang memelihara kehidupan kita daripada sesuatu yang bahaya melainkan Dia. dan banyak lagi hal-hal yang lain. kesemua itu hendaklah ada pada hati hamba yang beriman kepada Allah.

maka setelah kamu faham, demikianlah Allah dengan segala sifat kebesaranNya, maka hendaklah kamu sentiasa memohon kepadaNya apabila berkehendak kamu akan sesuatu. jangan kamu minta dariapda yang lain selain daripada Allah.

maka, jika kamu berhajat akan sesuatu hajat, pohonlah dengan Allah, jangan mengharapkan hajat kamu kesampaian dengan makhluk. ini merupakan syirik kepada Allah. mempercayai bahawa yang memberi sesuatu adalah makhluk, bukan Allah. buangkanlah sifat-sifat tersebut supaya kamu selamat dunia dan Akhirat.

Friday, November 14, 2008

Untuk Kekal Istiqamah Dalam Ibadah

istiqamah dalam beribadat adalah merupakan kejayaan bagi seseorang mukmin. jika hendak disenaraikan bagaimana cara untuk istiqamah dalam beribadat, ianya amat luas. yang paling utama ialah bergantung pada diri sendiri sama ada terus untuk beristiqamah atau pun tidak. jadi untuk terus beristiqamah dalam beribadat ada beberapa perkara yang saya cuba hendak gariskan di sini.

pertama. niat bersungguh-sungguh untuk melakukan amal-amal. mula-mula pasang niat yang aku akan amalkan perkara ni adalah kerana Allah dan untuk memperbaiki diri aku. bila niat dipasang., segeralah buat apa yang diniatkan itu.

kedua. ikhlas. cuba sedaya upaya untuk mengikhlaskan hati berbuat bila berbuat sesuatu. buangkan segala sifat-sifat yang tercela seperti riak, sombong, dengki dan lain-lain sifat kecelaan. untuk mengelakkan adanya sifat tersebut, kita mestilah selalu taubat kepada Allah secara sungguh-sungguh dan mengaku kepada Allah yang diri kita ni banyak melakukan dosa dan kesalahan. sedaya upaya buangkan sifat-sifat yang buruk dalam hati.

ketiga. banyakkan fikir. fikir disini boleh dikelaskan fikir terhadap kebesaran Allah dan fikir dosa yang lampau. sambil-sambil termenung kita boleh memikirkan kebesaran Allah dan dengan sendirinya hati kita akan takut pada Allah dan bila takut dengan sendirinya kita ingin melakukan taat kepada Allah dengan sungguh-sungguh.

keempat. azam sungguh-sungguh untuk melakukan ibadat. tekadkan dalam diri, "aku akan berusaha sedaya upayaku untuk melakukan ibadah ni" pasang niat elok dan diikuti dengan amalan terus. jangan pasang saja tapi tidak melakukannya. kalau tidak mampu untuk melakukannya, cuba lakukannya secara perlahan-lahan. insyaAllah Allah bersama dengan orang yang sabar.

kelima. banyakkan ingat akan mati. bila kita ingat akan mati, nescaya dengan sendirinya kita akan melakukan ibadat secara berterusan tanpa meninggalkannya. selalu bertanya pada diri, adakah sudah mencukupi dengan amalan yang aku ada ini untuk menghadap Allah? bila hati hidup sedemikian, maka kita akan berusaha untuk istiqamah dalam melakukan ibadat kepada Allah.

Asuhan Kepada Akhlak Hati Yang Baik

wahai segala yang menutut kepada jalan akhirat, hendaklah kamu ketahui bahawa hati itu adalah tempat tilik bagi Allah terhadap hambanya. adapun tubuh kamu tempat tilik bagi manusia. maka kamu hiasi akan hati kamu yang tempat tilik bagi Allah terlebih bersangatan daripada menghiasi tubuh kamu yang tempat tilik bagi manusia. dan tersangat jahil jatuh pada kebanyakan manusia yang terlebih mengasihi tubuhnya daripada hatinya. dibiarkan hatinya bergelombang dengan najis maksiat. pada hal hati itu menjadi cermin bagi setiap hamba yang beriman kepada Allah. iaitu tempat menilik kepada Allah. dan dengan dia (hati) juga menilik hamba itu akan dirinya.

maka bagaimana kamu ingin menilik hati kamu sekiranya hati kamu penuh dengan dosa dan maksiat? maka disini digariskan empat perkara yang perlu kamu lakukan untuk menghidupkan hati kamu

pertama, fikir olehmu akan sifat-sifat keelokan bagi Allah. dan fikirkanlah setiap pemberian Allah kepada kamu. adakah kamu masih lagi ingkar? Allah telah kurniakan berbagai-bagai jenis kenikmatan bagi kamu. adakah kamu mendustakannya?

kedua, fikir hal dirimu. sedahkah kamu berbekal dengan bekalan yang cukup unutk menuju ke kampung akhirat? bersediakah kamu unutk kembali ke alam baqa'?

ketiga, fikir oleh kamu akan dosa-dosa kamu yang terdahulu. dengan memikirkan dosa tersebut, maka kamu akan berusaha unutk taubat sungguh-sungguh kepada Allah. bila taubat kita diterima, maka bersihlah hati kamu.

keempat, fikir hal duniamu. adakah dunia yang dikurniakan oleh Allah ini kamu bersyukur dengannya? atau sebaliknya? adakah kamu gunakan harta kamu kejalan yang direhdai oleh Allah? adakah harta yang kamu miliki kamu berjuang unutk agama Allah? kalau sudah. teruskan usaha kamu supaya harta kamu diberkati. kalau masih belum, tunggu apa lagi. adakah kita hendak tunggu malaikat izrail datang terlebih dahulu. maka akan menyesallah kamu sekiranya kamu mati sebelum kamu mewakafkan diri kamu untuk agama Allah.

ingatlah kamu bahawa tipu daya syaitan amatlah luas. janganlah kamu terpedaya dengan tipu daya tersebut kerana kamu akan menyesal diakhirat kelak. semoga Allah selamatkan saya dan kamu semua daripada terjatuh atas yang demikian itu.....

(maaf, penulisan ini menggunakan ayat kitab lama. kalau tak paham boleh bertanya)

Thursday, November 13, 2008

DOS untuk suami dan isteri

untuk suami

1. bertanggungjawab seoptimum mungkin terhadap keluarga.
2. jadi contoh kepada keluarga
3. pemimpin keluarga kearah kebaikan
4. fahami tanggungjawab sebagai suami atau bapa.
5. beri perhatian kepada keluarga
6. urus masa dengan baik
7. berunding dan berbingcang dengan ister dan anak-anak
8. hargai pendapat isteri
9. terima teguran isteri
10. bersedia mengaku kesilapan kepada isteri
11. layani isteri sebaik mungkin
12. hormati isteri
13. terima kelainan isteri
14. benarkan isteri berleter sekali sekala
15. benarkan isteri menangis sekali sekali.
16.benarkan isteri marajuk seklai sekala.
17.bersabar
18. bersikap jujur
19. bermesralah dengan isteri
20. fahami sifat dan perubahan semulajadi pada isteri
21. bersifat romantik dan tunjukkan rasa kasih sayang kepada isteri.
22. berusaha mengambil hati isteri
23. pujilah isteri sekali sekala
24. urus penampilan diri dengan baik
25. berhenti merokok
26. bantu isteri
27. berlaku adil pada isteri.


untuk isteri

1. iktiraf kepimpinan suami dan kuasa suami dalam rumahtangga.
2. berbincang dengan suami
3. taat kepada suami
4. tegur suami dengan cara yang terbaik
5. laayni suami dengan cara yang terbaik
6. hormati suami
7. iktiraf kelakian suami
8. fahami perasaan suami
9. hiasi diri untuk suami
10. berlemah lembut dengan suami
11. hargai pemberian suami
12. bersabar
13. permudahkan penglibatan sosial suami
14. hargai kejayaan suami
15. galakkan hobi suami
16. berkomunikasi dengan suami.
17. berterus terang dengan suami
18. jaga badan
19. bersifat jujur
20. bantu suami dimana yang perlu
21. jaga makan minum suami
22. hiasi rumah
23. uruskan pakaian suami dan anak-anak
24. didik anak-anak
25. benatu kearah kejayaan kerjaya suami
26. latih anak-anak berakhlak mulia
27. suburkan pembangunan intelek suami
28. berlaku adil kepada keluarga suami
29. raikan keluarga suami.

Hidupkan Hati

hati merupakan anugerah Allah yang tiada nilainya. hati merupakan kawalan bagi seluruh anggota tubuh badan kita. maksud disini ialah, hati merupakan ibu segala anggota. jika hatinya baik, maka baik lah seluruh anggota badannya atau baik lah akhlaknya. oleh itu hati mesti dihidupkan dan dibersihkan selalu agar ianya sentiasa bersinar dengan sinar keimanan.

kebaikan yang ada pada hati seseorang itu akan dapat dilihat dengan zahirnya sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh anggota tubuhnya. jika baik hatinya nescaya baiklah kelakuannya. demikian juga sebaliknya, jika hatinya bersifat dengan sifat yang jahat, maka akan lahirlah pada anggota tubuhnya kelakuan yang jahat.

oleh kerana itu, hidupkan hati kita dengan berzikir kepada Allah. hati yang selalu berzikir jiwanya akan menjadi tenang. selawat juga penting. kalau boleh jangan tinggal selawat dan zikir. tiap-tiap hari kena buat.

hati juga boleh diidupkan dengan selalu bermuhasabah diri dan selalu bercakap dengan Allah. bila kita duduk sorrang-sorang, bercakap dengan Allah, mangadu yang kita sebenarnya banyak melakukan kesilapan dan dosa. bila kita selalu buat macam tu, insyaAllah hati kita akan memandang Allah sentiasa. tiada pergantungan melainkan pergantungan daripada Allah sahaja.

janganlah kita mengharapkan pertolongan yang lain dari pertolongan Allah. jangan mengharapkan manusia yang akan memberi rezeki.. semuanya Allah... barulah hidup kita diberkati Allah....

Wednesday, November 12, 2008

Bagaimana Membahagi Waktu?

seorang muslim mertilah tahu membahagikan masanya mengikut kewajipan yang tertanggung di atas bahunya. seorang tokoh islam abad ini, al-imam asy syahid Hassan Al Banna berkata:

kita diperintahkan supaya mengguna dan membahagikan masa bagi empat tujuan.

1. untuk agama iaitu melakukan ketaatan kepada Allah merangkumi yang wajib/fardhu dan yang sunat-sunat.

2. untuk mencari rezeki yang halal bagi manyara diri dan keluarga.

"siapa yang berpetang dalam keadaan penat kerana bekerja/berusaha dengan tangan sendiri, maka ia berpetang dalam keadaan dikurniakan keampunan baginya" (riwayat imam at-thabrani dari ibnu 'abbas r.a)

3. untuk berkhidmat kepada manusia dengan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan faedah bagi mereka.

sabda Nabi

"sesiapa yang berjalan (untuk keluar) memenuhi hajat saudaranya ia seolah-olah beriktikaf di masjidKu ini (masjid nabawi) selama sebulan"

4. untuk kerehatan badan.

sabda Nabi

"sesungguhnya badan kamu mempunyai hak keatas kamu"

syeikh Tantawi al-Jauhari berpesan kepada kita:

" apabila munculnya siang maka buatlah penyusunan terhadap kerja yang kamu lakukan pada hari itu mengikut masanya dan jangan melakukan sesuatu kerja bukan pada masanya. ikutilah perancangan kamu yang awal dan jadikan riadhah pada masanya yang khusus.

ambillah contoh daripada Nabi SAW dimana baginda membahagi masanya kepada beberapa bahagian.

satu bahagian untuk ibadah
satu bahagian untuk manusia iaitu mengajar mereka.
satu bahagian untuk diri baginda sendiri......

akademik penting, perjuangan penting

islam tidak pernah mengajar mengetepikan sesuatu jika berjuang islam. oleh itu, dalam perjuangan yang diambil, janganlah kita abaikan akademik. akademik juga merupakan aset yang penting dalam perjuangan.

janganlah kita tinggalkan akademik bila kita berjuang, janganlah akademik merosot kerana perjuangan. ini adalah salah dari segi konsep perjuangan. perjuangan yang mantap, akademik juga mantap. barulah kita digeruni oleh musuh.

sejak akhir-akhir ini ramai mereka yang berjuang tetapi akademik sedikit tergugat. disebabkan perjuangan assingment tidak dapat disiapkan. dengan sebab perjuangan dicemuh oleh rakan-rakan kerana asyik sibuk dan tidak sempat hendak bersama rakan untuk membuat tugasan.

jadi, fikirlah... jangan abaikan tanggungjawab akademik jika anda betul-betul pejuang islam. islam tidak pernah mengajar umatnya buat seperti itu...........

kahwin

rukun nikah.

untuk melaksanakan sesuatu perkahwinan, kita mestilah memenuhi syarat rukun nikah yang telah ditetapkan. antaranya:

1. lelaki yang bakal menjadi suami.
2. perempuan yang menjadi bakal isteri.
3. wali yang berhak mengahwinkan perempuan itu.
4. dua orang lelaki yang menjadi saksi dalam perkahwinan itu.
5. lafaz yang mengadungi ijab dan qabul.

hikmat nikah.

1. dapat memenuhi perasaan semulajadi yang sememangnya telah wujud dalam diri manusia dengan cara yang direhdai Allah.
2. dapat memelihara diri daripada terjerumus ke dalam penzinaan dan kejahatan yang boleh merosakkan pekerti manusia yang tinggi itu.
3. untuk menyusun nak mengatur rumahtangga atas dasar kasih sayang yang terjalin di antara lelaki dengan perempuan.
4. dapat melahirkan anak dan mengekalkan keturunan dengan cara jalan yang baik.
5. dapat menjadi satu ikatan yang teguh untuk merapatkan hubungan keluarga lelaki dan keluarga perempuan.
6. amal ibadat yang dilakukan oleh mereka yangf sudah berkahwin akan mendapat ganjaran yang lebih besar berbanding dengan mereka yang belum berkahwin.
7. ketenteraman jiwa dan perasaan.
8. mendapat keredhaan Allah sekaligus membawa kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

memilih calon isteri.

1. wanita yang beragama dan berakhlak
2. dilarang mengahwini wanita musyrik.
3. wanita yang subur
4. hendaklah sekufu atau hampir-hampir sekufu.

menurut imam al ghazali:

1. beragama.
2. berperangai baik
3. murah mas kahwin
4. subur.
5. anak dara (gadis)
6. keturunan
7. sihat dan cantik
8. bukan keluarga yang hampir.

memilih calon suami.

1. lelaki yang beragama.
2. mempunyai sumber pendapatan yang halal.
3. bersikap baik terhadap isteri.
4. tidak bersikap diktator dan kejam.
5. boleh menerima kelemahan dan kekurangan isteri.
6. bersedia membantu isteri.
7. swentiasa menjaga kewibawaan isteri.
8. sentiasa bersedia membimbing isteri.
9. menghormati dan menyayangi keluarga isteri.
10. menjadi ayah yang baik.

jadi kepada mereka yang ingin berkahwin, hati-hatilah dalam memilih pasangan. kahwin bukan kita hendak hidup dua hari bersama tapi kalau boleh sampai ke syurga pun masih lagi bersama. pilihla yang betul-betul memahami agama. jangan kita pilin ikut nafsu kita. kelak kita akan binasa. seorang lelaki alim binasa kerana isteri. ramai yang terjadi begitu. jadi, pilihlah yang betul-betul memahami konsep islam......

Tuesday, November 11, 2008

Dunia Hanya Sementara

dunia merupakan bangkai bagi orang mukmin yang betul-betul beriman kepada Allah. jadi setiap dunia yang kita miliki seolah-olah kita memiliki bangkai. jadi usahlah kita kejar dunia yang sementara ini. tiada yang kekal melainkan di akhirat nanti. saya tidak mengatakan yang dunia tidak boleh di cari, tapi jangan lupa dan lalai terhadap perintah Allah semasa mencari dunia tersebut. apa gunanya dunia kalau ianya dicari tanpa sembahyang, apa gunanya dunia yang dicari tanpa keberkatan dari Allah. jadi cari dunia dengan mendapat keberkatan dari Allah adalah terlebih aula.

oleh kerana alam dunia ini tidak kekal, maka segala kenikmatan ini, walaupun sehebat manapun ia masih sedikit jika dibandingkan dengan kenikmatan akhirat begitulah sebaliknya kesengsaraan di dunia ini walau sehebat manapun ia masih kecil dibandingkan dengan kesengsaraan di akhirat.

bertitik tolak dari kongsep itulah, maka kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk menanggung segala keperitan, kesusahan dan kepayahan dan kita mesti menghadapi segala ranjau dan rintangan semata-mata untuk tetap berada di atas landasan kehidupan diredhai oleh Allah kerana jika kita berjaya dalam ujian ini, maka kita dijanjikan dangan kenikmatan yang akan menjadikan kita lupa sama sekali dengan penderitaan yang kita alami sebelum ini tatapi yang lebih menakutkan kalau kita gagal dalam ujian ini, maka kesengsaraan akhirat akan meluputkan sama sekali kecapan nikmat kita didunia ini.

jadi kesimpulnannya, carilah akhirat mengatasi dunia. saya bukan hendak menyatakan dunia itu salah tapi, kebiasaannya manusia yang terlibat dengan mencari dunia yang lebih ini akan lalai pada perintah Allah. (tidak semua).

Tujuh Golongan Yang Manusia Yang Duji.

Hadis Nabi SAW:

"ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindunganNya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindunganNya sahaja.

pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah, bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seseorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki itu menolaknya dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya."

daripada hadis itu, tujuh golongan antara yang terbanyak diuji ketahanan daya juang mempertahankan komitmennya terhadap agama dalam kehidupannya itu ialah:

golongan pertama, - pemimpin.

setiap pemimpin mestilah sedar bahawa dirinya sedang diuji oleh Allah. pandangan umum menyatakan apabila seseorang sudah mencapai tahap kepimpinan dia akan mengecapi segala kemudahan dan kenikmatan. namun jika dirinya sendiri tidak di pimpin oleh pimpinan iman, maka corak kepimpinannya yang tidak amanah, rasuah dan menggunakan apa sahaja cara untuk kekal memimpin akan memusnahkan dirinya sendiri. mungkin dia akan merasa sedikit kenikmatan ketika menjadi pemimpin tetapi apabila kenikmatan ketika menjadi pemimpin tetapi apabila kenikmatan yang sedikit itu dinikmati dengan cara yang salah, maka kesengsaraan diakhirat akan melupuskan sama sekali kecapan nikmat dunia dahulu.

golongan kedua, - pemuda yang membesar dalam keadaan beribadat kepada Allah.

seorang pemuda sentiasa diuji ketahanan imanya menghadapi cabaran zamannya. segala kenikmatan boleh diraih dengan mudah kerana ia sudah berada dihadapan mata. memang diakui bahawa amat payah seorang pemuda komited dengan landasan hidup beragama kecuali dengan usaha bersungguh-sungguh.

golongan ketiga, - seorang lelaki yang hatinya sudah terpaut dengan masjid.

manusia boleh menikmati kenikmatan sementara apabila ia berada dibangunan-bangunan lain selain dari masjid seperti panggung wayang, pusat membeli belah, pusat-pusat permainan video dan lain-lain tempat. tetapi pakej kenikmatan yang ditawarkan oleh masjid adalah lebih kekal dan menarik.

golongan keempat, - dua lelaki yang membina persahabatannya kerana Allah.

kebanyakan orang mersakan kenikmatan bersahabat dikecapi dengan memperolehi kepentingan-kepentingan tertentu. oleh itu kita mendapati kadang-kadang demi menjaga tali persahabatan yang terselindung disebalik kepentingan lain. sahabat yang terus begeluman gdengan maksiat dan dosa dibiarkan begitu sahaja. ada kalanya timbul keadaan dulu kawan sekarang lawan. hal ini juga telah berlaku pada batang tubuh saya sendiri. saya sendiri sudah tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. saya minta pandangan kawan-kawan pun mereka tidak tahu hendak buat macam mana. saya berserah pada maha esa untuk mentukan kedudukan kami. persahabatan kita sebenarnya duji oleh Allah.

golongan kelima, - seorang lelaki yang berjaya mempertahankan imannya walaupun ianya digoda oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan rupa paras muka yang menawan.

andainya lelaki berkenaan menuruti kehendak wanita berkenaan, maka ia akan mengecapi nikmat beberapa ketika sahaja berbanding ia akan mengahadapi balasan getir dari Allah di akhirat kelak. mudah-mudahan kita terselamat dari godaan seperti ini.

golongan keenam, - seorang lelaki yang meyembunyikan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain.

ada kalanya manusia yang tipis imannya cuba maraih kemasyuran dengan menderma dan merasa amat selesa jika dermanya itu berhasil dengan dirinya digelar dermawan oleh masyarakat. maka ia merasa itu satu nikmat tetapi hakikatnya ia adalah nikmat sementara kerana ia bakal menghadapi sengsara yang berkekalan di akhirat nanti.

golongan ketujuh, - seorang lelaki yang bersendirian bermunajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya penuh penyesalan dan akur kekerdilannya di hadapan Allah.

amat sukar untuk mencari indiividu seperti orang berkenaan disebabkan selalunya apabila seseorang bersendirian maka serta merta ia akan dikunjungi dengan fikiran-fikiran yang buruk, hasad dengki akan mula meluap semula, balas dendam akan berputik semula, fikiran nya akan menjelajah ke daerah-daerah yang diharamkan Allah dan sebagainya. bagi seorang mukmin hubungannya yang rapat dengan Allah akan membawa kenikmatan yang hakiki baginya..

mudah-mudahan Allah akan kekalkan kita didalam perjuangan menegakkan dan mengekalkan iman dalam diri, keluarga dan masyrakat serta kita diberi kesedaran bahawa kita sedang diuji iman kita.... amin ya rob....

Sunday, November 9, 2008

dulu aku mat rempit

dalam kehidupan aku sebelum ni, aku pernah terjebak dengan mat rempit. motor ex5 aku dah tak jadi ex5. dah jadi apa ntah. tiap minggu korek enjin nak kasi power sket. tiap-tiap kali racing mesti kena buka. apa dah jadi.

waktu tu aku belajar di TESDEC.. (terengganu skills developement center) di marang terengganu after spm. masa aku nak pi daftar tu.. masyaAllah, keliling penuh dengan hutan dan kawasan berbukit. line telefon pun tak ada. aku dah mula terfikir. macam mana nak hidup ni. selepas mendaftar aku dibawa masuk ke asrama. dalam tu semua jenis orang ada, aku sempat berkawan dengan mat-mat gian, nasib baik aku tak jadi gian juga.. hehehe. ada sorang kawan aku tu, sedang hidu ganja, aku tengok cam best je.. aku nak try, tapi ish terdetik di hatiku, mana boleh buat keja ni. pada malam tu, dia merapu kemabukan. huhuhu.. tak dapat tido dia tu. malam-malam berikutnya aku suka tengok gelagat budak-budak ni. suka sangat kacau orang tido. buat topeng hantu la. macam-macam la. aku hanya bertahan semala seminggu je kat asrama. tak tahan beb makan pun susah. aku ambik keputusan dok luar. berpakat dengan beberapa geng lain cari umah sewa. jumpa la umah sewa tu. dekat simpang nak masuk lbh kurang 5 km. rumah buruk je. nak cari yang murah katakan.

dirumah sewa tu lah aku bawa motor. tiap-tiap hari aku berulang alik ke kuliah. kalau mereka yang penah lalu ikut jalan dari rhu rendang nak ke bukit payong tu dan melaui jalan bukit kor tu, ha tau la jalannya macam mana. berbukit-bukit. jalannya amat bahaya kerana lembu dan kerbau selalu melintas. tiap kali nak pegi kelas mesti merempit. tak fikir keselamatan dah. fikir seronok je. malam berfoya kedai pelayan. ish-ish teruknya. tiap-tiap minggu balik kg. berulang dari kg ke marang. time tu mesti berlumba balik. siap meniarap atas motor lagi. macam korang tengok mat rempit sekarang la. akau dah lalui semua tu. tak yah la mat rempit ko nak bangga dengan tu semua. aku dah buat dah dulu. hehehe.

musim exam kami buat perancangan untuk sambut merdeka selepas exam, apa lagi. perancangan kami tak ada lain dah. merempit la. pada hari last exam, motor kami di diletakkan exzos 'golo'. exzos ni duduk 2km pun dah dengar, betapa kuatnya bunyinya. tamat je exam, kami mula start motor dan pulas minyak kuat-kuat. bergema seluruh kampus. tujuan kami buat gitu sebab tak puas hati dengan pentadbiran. ada ke patut kami tak leh bawa motor time dok asrama. dah la nak kuar payah.. huh, hari last kami tunjuk perasaan la. kami pusing seluruh kampus dengan beberapa pusingan. sambil-sambil pulas minyak dengan kuat. ha padan muka, bising seluruh kampus, ramai yang menyaksikan. cikgu yang tengok pun tak tau nak buat apa dah.. huhuhu.. kesian. selepas kami keluar pintu pagar kami mula sessi perlumbaan. time tu memang cukup dasyat la. tak ingat dunia dah, mati pun tak ingat. nak seronok punya pasal la. huhuhu.

jadi sekarang aku tak main dah benda-benda mengarut tu, buang masa dan duit je. aku dah taubat dah. tapi angin masih ada, tapi bukan motor la. sekarang aku guna keta dah. ngan keta pun aku tak reti naik slow. aku tak leh tengok orang potong-potong aku ni. naik angin weh.. hehehe. tapi aku buat tu pun bertempat la dan tengok keadaan la. aku tak sejahat tu.. hehehe. kalau member-member yang penah naik keta dengan aku tu, tau la macam mana cara aku drive. time balik kg cuti sem ari tu ada sorang member tu cakap, "ni boleh sain surat mati ni" hehehe. aku tersenyum je. apa pun aku tau keselamatan, semuanya atas takdir. kita hanya merancang dan tuhan yang akan menentukan segalanya.

jadi pesanan kepada mat-mat rempit tu, berhentilah keja yang tak berfaedah tu. baik korang pegi ke surau atau masjid untuk dengar majlis ilmu. ada juga faedahnya. daripada dok melepak tak tentu hala. tak dapat apa pun. jadi, cerita ni aku bukan nak suruh korang tiru cara aku. saja nak kongsi pengalaman pahit manis menjadi mat rempit je.

Saturday, November 8, 2008

Sebab orang islam tolak dakwah

di sini saya ingin menyentuh dua sebab mengapa orang islam tolak dakwah. pertama:

Takut.

"sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hambaNya, hanyalah ulama". surah al fatir ayat 28.

ulama di sini bermaksud mereka yang mempunyai ilmu agama dan mengetahui kebesaran dan kekuasaan yang ada pada Allah. apa yang saya dapat sebut disini ialah, menuntut ilmu adalah fardhu ain bagi setiap mukallaf. hal tersebut telah saya sentuh pada tajuk sebelum ini. dengan adanya ilmu maka kita akan takut pada Allah. apa yang nak diperkatakan disini ialah, ada golongan yang berjuang tapi takut nak memperjuangkan islam adalah kerana tiada taqwa kepada Allah. jika sokong perjuangan islam tak leh naik pangkat, jika sokong perjuangan islam tak dapat bantuan, jika sokong perjuangan islam tak boleh posting kerja, jika sokong perjuangan islam segala-galanya tak boleh. pemikiran ini haruslah dibuang oleh setiap mereka yang bergelas seorang islam. setiap kemungkaran yang ada wajib kita semua tegah. tidak boleh berdiam diri kerana takut seperti yang saya sebutkan tadi. yakin lah pada Allah, jika kita menolong agama Allah, nescaya Allah juga akan menolong kita.

pemimpin juga mestilah berani menegur mana-mana pihak yang melakukan kesalahan. kalau pemimpin sendiri lakukan kesilapan, maka kita semua haruslah menegur pemimpin tersebut dan jika ianya tak endah, jatuhkan pemimpin tersebut dengan apa jua sekali pun. ingat kemurkaan Allah amat besar jika kita mengangkat pemimpin yang zalim. wajib kita jatuhkan. jika kita berdiam diri jika ada golongan yang buat kezaliman tak berani nak tegur jadilah ulama itu seperti syaitan bisu, tak berani nak tegur kerana takut digugurkan daripada jawatan.

perjuangan yang nakkan kepada benda ataupun jawatan memang tak akan kekal lama. jika tak dapat apa yang dia nak, maka dia akan lari dari medan juang. perjuangan perlu kepada istiqamah. untuk berjuang tak perlu mendaftar sebagai ahli ataupun mempunyai jawatan-jawatan tertentu, perjuangan tak kira siapa, ini tugas setiap orang. cuma cara perjuangan dan dakwah sahaja berlainan. kita tidak bolehkan mereka yang tidak mendaftar ahli tidak berjuang, itu adalah pemikiran yang sempit. kita kena terima apa yang baik dan jadikan pengajaran apa yang buruk. jangan kita terus terpedaya dengan tipu daya syaitan laknatullah.

2. Kerana Pujukan

"Nuh berkata: ya Tuhanku, sesungguhnya mereka telah menderhaka kepadaku dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kpeadanya melainkan kerugian belaka" surah nuh ayat 21

disini menunjukkan kita bahawa kaum nabi nuh telah memakin pujuk rayu orang kaya yahudi dengan sogokan harta. mereka menyuruh jangan ikut nabi nuh kerana jika sokong nabi nuh mereka tak akan dapat apa-apa. ini jelas berlaku dalam negara kita pada hari ini.

mak cik mak cik kat kampung ramai terpedaya dengan wang rm 300. dengan wang itu mereka berjaya menarik golongan-golongan yang ilmu rendah dah golongan yang bependapatan rendah. mereka berjaya menyesatkan umat islam dengan wang. mereka juga mengugut kalau sokong perjuangan islam tak ke mana katanya. asyik dok surau masjid je. itu adalah jelas bertentangan dengan islam. golongan-golongan seperti ini telah lama wujud dan sampai sekarang pun masih ada malahan sudah berleluasa.

jadi tugas kita setiap yang mengaku beriman kepada Allah mestilah ambil kerja ni supaya syiar islam dapat dibentuk dimuka bumi bertuah malaysia ini. janganlah kita msih lagi lena dibuai dengan dunia yang hanya sementara ini. jangan takut dan jangan gentar dalam istiqamah perjuangan. Allah bersama dengan orang-orang yang menegakkan kebenaran.....

Perkara yang patut kita miliki. (siri 2)

3. Mujahadah (bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu)

hawa nafsu adalah musuh yang paling besar bagi setiap diri. hawa nafsu hanya cenderung untuk melakukan kejahatan dan menjahui kebaikan. tiada sekali-kali nafsu itu menunjuki tuannya untuk dekat dengan Allah. bahkan sentiasa ia mencari-cari jalan untuk menjauhkan tuannya dengan Allah setiap masa. Allah berfirman:

"dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang drberi rahmat oleh Tuhanku. sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang" surah yusof ayat 53

sebagai umat islam hendaklah kita berjuang untuk melawan hawa nafsu jangan sampai ianya menguasai diri kita. didiklah nafsu agar tenang dan tenteram serta suci dan bersih. Allah berfiman:

" dan orang-orang yang berjihad (yakni orang yang bersungguh-sungguh) untuk (mencari keredhaan atau jalan) kami, benar-benar akan kami tunjukkan mereka jalan-jalan kami. dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik"
surah al an kabut ayat 69.

sebagai umat islam, kita mestilah sentiasa bersungguh-sungguh pada jalan Allah dengan mengejakan berbagai-bagai taat atau ibadah demi memastikan nafsu terkawal, baik, bersih daripada penyakit nifaq, suci tenteram serta memperoleh kemuliaan dan keredhaandari Allah. dan itulah semulia-mulia hal tatkala kita kembali KepadaNya.

4. berkata-kata yang baik.

sesungguhnya setiap perkataan yang baik itu menjadi satu amalan daripada amal-amal sedekah bagi pelakunya. orang-orang yang baik perkataannya dikasihi Allah Taala dan sentiasa sejuk mata hatinya berdamping diri kepada Allah.

sebahagian daripada perkataan yang dipuji itu memberi nasihat atas perkara yang baik. kerana ingat memperingati itu memberi manfaat bagi orang mukmin. firman Allah:

" dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi orang-orang yang beriman"
surah azzariat ayat 55

dari kerana itu cuba kita perhatikan bagaimana orang-orang yang sentiasa duduk dalam majlis ilmu, adalah terlebih elok perangainya dan terlebih jauh daripada melakukan perkara yang ditegah Allah jika dibandingkan dengan orang-orang yang tidak membiasakan diri mereka pada majlis-majlis tersebut.

maka hendaklan kita sentiasa berpesan-pesan atas perkara yang baik supaya dengan yang demikian dapat menolong orang lain melakukan perkara yang dikasihi oleh Allah S.W.T....

jumpa lagi dalam siri ke 3

Keberkatan Ilmu

Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang yang bergelar islam. Ini jelas menunjukkan seperti sabda nabi SAW yang lebih kurang maksudnya “ tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad” dan ” tuntutan Ilmu sehingga ke negeri cina”. Di sini jelas menunjukkan kepada kita bahawa wajib menuntut ilmu bagi kita semua. Skop tajuk ini amat luas. Jika nak dibicarakan ianya terlalu banyak. Jadi di sini saya ingin menyentuh sedikit mengenai keberkatan ilmu.

Ilmu merupakan elemen yang penting dalam kehidupan kita bagi setiap orang. Tanpa ilmu kemanakah kita. Tanpa ilmu siapa lah kita. Tanpa ilmu dimanakah kedudukan kita. Persoalan-persoalan akan timbul. Jadi tahukah kita kepentingan ilmu. Kadang-kadang kita menuntut ilmu hanya untuk lulus perperiksaan sahaja. Walaupun ilmu tinggi tapi niat untuk mendapat ganjaran seperti diploma atau ijazah sahaja maka ilmu yang kita miliki tidak berkat dan tidak mampu untuk menolong kita untuk mendapat redha Allah. Walaupun ilmu kita sedikit berbanding dengan orang lain, tapi ianya ada keberkatan disebaliknya, maka ilmu tersebut mampu membawa diri kita ke arah kebaikan. Apa yang saya bincangkan di sini bukan sahaja ilmu duniawi malahan ilmu akhirat juga. Ianya sama-sama penting.

Ilmu dunia pun kalau digunakan dengan cara yang betul akan menjadi bekalan untuk di bawa ke akhirat. Ianya bergantung kepada niat seseorang. Niat belajar untuk tolong agama allah maka jadi lah ia untuk membantu ke kampung akhirat. Jika semata-mata untuk duniawi, sekadar dapat dunia sajalah. Rugi lah kalau macam tu. Jadi sama-samalah kita perbetulkan niat kita untuk mencari redha Allah. Pasangkan niat dalam hati belajar untuk menolong agama Allah. Sia-sialah kita belajar kalau niat kita belajar untuk dapat dunia dan lulus peperiksaan. Niat la sekarang. Tunggu apa lagi.

Jadi di sini, saya nak peringatkan kepada mereka yang kurang ilmu pengetahuan, jangan lah berkecil hati bila tengok orang hebat-hebat denga ilmunya. Walaupun ilmu kita rendah tapi keberkatan ada, insyaAllah terjamin untuk mendapat redha Allah. Kepada mereka yang berilmu tinggi jangan bangga dengan ilmu yang ada. Belum tentu lagi ada keberkatannya. Sama-samalah perbetulkan niat kita semua.

Saya nak ulas mengenai ilmu ni memang cukup banyak, tapi saya nak berhenti setakat ni dulu. Kalau ada masa yang terluang lagi insyaAllah saya akan ulaskan lagi. Di sini saya bukan nak tunjuk yang saya hebat menulis benda ni semua. Saya insan lemah juga. Saya pegang amanah dari Allah. Sampaikan walaupun satu ayat. Kita wajib sampaikan walaupun sedikit apa yang kita tahu. Ada salah dan silap harap dimaafkan. Jumpa lagi di lain artikel. Wassalam...

Friday, November 7, 2008

khurafat merupakan syirik

tajuk ini di tulis kerana aku tertarik dengan khutbah yang dibaca pada hari jumaat 7 nov 2008 di surau al falah. tajuknya amat penting bagi saya kerana kena dengan masyarakat sekang ini. tajuknya "khurafat membawa sesat"

dalam isi khutbahnya, antara amalan khurafat yang yang masih subur dalam masyarakat kita pada hari ini ialah yang pertama, mempercayai bomoh dan dukun dapat memenuhi sesuatu hajat. sesetengah masyarakat kita pada hari ini mempercayai sungguh-sungguh kepada bomoh. bila mereka ingin memenuhi hajat, mereke akan berjumpa dengan bomoh. antara hajat yang sering dilakukan ialah seperti hendak naikkan pangkat, kedudukan, pengaruh, atau mendapat calon isteri atau suami dan juga untuk menghilangkan penyakit. demi mencapai cita-cita tersebut, golongan ini sanggup menghabiskan wang beribu-ribu. padahal ini jelas menujukkan ianya syirik kepada allah kerana meletakkan kepercayaan kepada makhluk lebih daripada mempercayai Allah.

amalan yang kedua ialah, memakai tangkal azimat dengan keyakinan tertentu seperti menjadi kebal, pelaris perniagaan, penolak bahaya, penyembuh penyakit, penggerun, penunduk musuh dan sebagainya. ini juga jelas menunjukkan syirik kepada Allah.

amalan ketiga ialah mempercayai ada hari yang membawa sial. apa-apa program yang hendak dijalankan tidak boleh dilakukan pada hari berkenaan. ini juga merupakan syirik kepada Allah.

amalan terakhir yang disebut ialah masyakat mula mempercayai bintang dan angka-angka yang boleh membawa tuah dan keberkatan. sebagai contoh memberi nombor pendaftaran kenderaan yang tertentu dengan alasan membawa tuah. semua perkara diatas adalah syirik/menyekutukan Allah/menduakan Allah.

kesan daripada kepercayaan khurafat.

1. boleh merosakkan akidah dan membatalkan iman.

2. berlaku pembaziran masa kerana menunggu hari yang membawa berkat atau tuah.

3. berlaku pembaziran wang ringgit kerana membayar pengeras atau upah dukun bomoh.

4. berlaku permusuhan atau pembunuhan kerana terlalu mempercayai ramalan yang tidak benar.

5.wujud kegelisahan dan ketidaktenteraman jiwa kerana bergantung kepada kuasa selain dari Allah.

6. menjadi mangsa jenayah seks golongan yang tidak bertanggungjawab.

oleh itu kepada mereka yang sudah terlibat, taubatlah sungguh-sungguh kepada Allah supaya amalan kita diterima oleh Allah dan hidup mendapat keberkatan dariNya. kepada yang belum terlibat, pesanan supaya berhati-hati dengan perkara itu dan beringat sebelum kena. jadilah diri kita penolong-penolong agama Allah.

Ke Mana Hala Tuju Mahasiswa

topik ini membicarakan mengenai kedudukan mahasiswa setelah tamat pengajian. seperti semua sedia maklum, mahasiswa merupakan golongan yang terpelajar yang mampu mengubah nasib negara. jika di kampus, mahasiswa begitu aktif dengan persatuan dan sebagainya, tetapi kenapa bila tamat sahaja pengajian mereka tidak menyertai mana-mana badan yang ada diluar (tidak semua). ada kalanya mereka hebat berjuang dalam kampus tetapi keluar sahaja kampus mereka diam kan mereka. kenapa hal ini boleh berlaku?

mengikut pandangan saya setelah saya memperhatikan gelagat mahasiswa, mereka suka bergiat aktif dengan semangat dan dengan ahli yang ada kumpulan tersebut sahaja. jika ada dalam kalangan ahli yang tidak berdaftar memberi pandangan, mereka tidak akan terima dengan alasan mereka itu orang luar. fenomena ini memang berlaku dalam kumpulan mahasiswa. saya juga memerhatikan mereka akan berkawan dengan kumpulan ahli kumpulan mereka sahaja. mereka tidak mahu berkawan sekiranya bukan ahli dengan alasan hendak menjaga fikrah.

dalam konsep dakwah ianya tidak bertempat dan tidak perlu memilih. bila kita hendak sampaikan dakwah kita, kita mestilah mengajak manusia kepada kenal Allah. bukan untuk suruh kenal ahli kumpulan dan jemaah tertentu. bila jalan yang kita ambil adalah betul, jalan yang diredhai oleh Allah, maka bila kita berdakwah kepada manusia untuk mengenal Allah dengan secara automatiknya mereka akan kenal jemaah dan secara sendiri akan menyertai jemaah tersebut. ini jika jemaah tersebut diredhai allah. kalau jemaah yang tidak diredhai Allah maka segala usaha yang dilakukan sia-sia. oleh itu setiap perkara yang kita lakukan mestilah mendapat keredhaan Allah.

untuk mencari keredhaan Allah kita mestilah melakukan amal ibadat dengan ikhlas. kalau boleh sembunyikan lagi bagus. tidak perlu memberi tahu orang lain atau menghebahkannya. sentiasa muhasabah diri iaitu sentiasa bercakap dengan Allah dengan mengadu kesalahan dan mengadu yang kita ini banyak melakukan dosa. bila hati kita hidup, maka mudahlah kita untuk mendapat ma'rifatullah. bila kenal Allah maka kehidupan kita akan menjadi lebih sempurna dan mudah-mudahan kehidupan yang diredhai oleh Allah. amin.

mengenai mahasiswa, saya berharap anda semua jangan tidak tahu membawa diri selepas tamat pengajian. jadilah diri kita penolong-penolong agama Allah. jangan sesekali kita menjadi penolong mereka yang sesat. jika kita terlibat perkara yang Allah murka nescaya kita akan mendapat kebinasaan sama ada dunia dan juga akhirat. bila kehidupan yang tidak diredhai Allah maka segala urusan hidup tidak akan aman dan tenteram. cuba kita tengok kehidupan orang-orang alim. walaupun kerja tak tetap, rumah tak besar, perbelanjaan tak berapa cukup, tapi kehidupannya tenang saja. tak nampak raut wajah yang serabut pun. itu lah kehidupan orang yang mendapat keredhaan daripada Allah.

dalam persahabatan, jangan kita menghina saudara kita kerana kekurangan yang ada pada mereka itu. kerana terkadang jiwanya terlebih kaya dengan keimanan, ketaqwaan, pemurah dan berbagai-bagai lagi sifat yang baik yang tiada pada kita. jangan sesekali memandang orang itu rendah. kita menyangka orang itu rendah, pada hakikatnya orang itu lebih tinggi daripada kita.

kalau ada salah dan silap dalam penulisan ini harap dapat ditegur untuk membina. saya yang daif ini bukan nak tunjuk pandai tapi untuk peringat memperingati antara kita. kalau saya buat silap tegur, kalau kamu buat silap saya tegur. kalau ada silap tolong tegur,. ini adalah salah satu cara untuk membina diri kita. kalau saya melakukan kesilapan tanpa saya sedari dan anda semua tidak tegur, sampai bila pun saya dok dalam keadaan silap la. jadi tegurlah. saya sedia menerimanya.