Tuesday, April 28, 2009

Perbanyakkan Sedekah

sedekah merupakan satu amalan yang paling disukai Allah kerana Dia hendak menguji sejauh mana manusia sayang kepada hartanya. harta kita merupakan pinjaman dari Allah di mana Allah turunkan kepada kita untuk menggunakan dengan cara yang betul.

Allah juga mahu menguji sejauh mana kita boleh menguruskan pinjaman yang telah diberikanNya kepada kita. jika kita pandai menguruskannya, maka selamatlah kita jika tidak akan berlaku sebaliknya. janganlah kita menjadi manusia paling kedekut kerana itu semua bukan milik kita, itu semua hanya pinjaman semata-mata dari Allah.

ringan kan tangan kita untuk bersedekah, jangan sayang pada harta kerana ianya tidak akan kekal lama. selepas kita mati, sudah tentu semuanya kita akan tinggal. jdi gunalah sepenuhnya sebelum mati dan jangan simpan banyak-banyak kerana kita tidak tahu bila mati. bila kita mati harta kita menjadi rebutan waris. kalau cara pembahagian kena berlandaskan syariat, maka selamatlah kita. kalau inya dibahagikan dengan ikut suka hati maka binasalah kita dalam kubur.

sedekah juga boleh menolak kita daripada terkenan bala seperti kemalangan, kerugian dan sebagainya yang mana melibatkan harta. dengan bersedekah, perkara-perkara tersebut boleh dielakkan. sedekah bukan sahaja harta tapi juga jiwa raga,tenaga dan senyumam juga sebagai sedekah.

sedekah yang paling besar ialah sedekah harta kerana ianya akan mengikis kita sifat-sifat tamak dan sayangkan dunia. dunia merupakan bangkai bernyawa bagi kita kerana dengannya kita boleh binasa. kejar dunia tanpa menghiraukan akhirat. binasalah kita.

kumpul harta tidak salah tapi biar kena pada hukum syarak. semakin kita banyak bersedekah, semakin berganda kita akan perolehi. jadi kenapa kita sayang sangat nak bersedekah kerana itu telah dujanjikna oleh Allah kepada kita.

semoga harta kita mendapat berkat dari Allah dan pentingnya keberkatan harta ini adalah untuk menjadi darah daging kita dan juga ahli kelaurga kita. jika harta tiada keberkatan, maka kita memakan harta tersebut akan menjadikan diri kita jauh dari Allah dan menjadi gelap perut. hendak belajar pun susah, nak buat ibadah pun malas.

jadi carilah harta yang halal, biar sedikit asalkan diberkati. kita selalu mangamalkan ayat seribu dinar tetapi sejauh mana kuatnya pegangan kita dan keyakinan kita terhadap janji-janji Allah?

jadi perbanyakkan sedekah kerana harta itu bukan milik kita, milik Allah semuanya yang hanya diberi pinjaman kepada kita untuk menguruskannya...

Monday, April 20, 2009

Akhlak Pohon Bagi Segala Ibadah

wahai sekalian hamba yang menuju kpeada Allah, hendaklah kamu ketahui bahawa hidup manusia dengan tiada agama adalah sesat ia daripada jalan yang hak. maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan agama yang di bawa oleh rasulullah SAW dan beramal dengannya adalah fardhu ain atas setip mukalaf. dan hendaklah kamu ketahui bahawa tiada sempurna agama itu melainkan mengenal kamu akan Allah yang menjadikan kamu dan sentiasa memberi rahmat kepada kamu dan memelihara kamu daripada dulu hingga ke saat ini. tiada luput ia daripada kamu walau satu saat yang sedikit.

tetapi manusia pada hari ini lupa dan alpa akan perintah Allah sewaktu senang. rata-rata manusia pada hari ini jika diperhatikan, mereka akan berjinak dengan Allah setelah mereka iniginkan hajat ataupun ditimpa musibah. jika terkena perkara ini barulah mereka hendak menghadap Allah. sewaktu mereka sibuk dan senang mereka lupakan akan Allah sedangkan Allah memerintahkna kepada kita bahawa ingatlah kepada Allah setiap waktu tuidak kira sewaktu senang mahupun susah sama ada berhajat atau tidak kena ingat Allah selalu. Allah tidak pernah berhajat kepada makhluk tetapi makhluk sentiasa berhajat kepada Allah.

jika diperhatikan, kebanyakan manusia bila mereka susah sahaja akan mula mencari Allah. sebagai contoh, jika disesebuah intitusi pengajian, bila tiba waktu peperiksaan maka berduyun-duyun akan surau atau masjid untuk berdoa kepada Allah supaya lulus peperiksaan. mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka sebenarnya memalukan diri sendiri. kenapa saya berkata sedemikian, sebagai contoh, orang yang kita kenal tapi tidaklah rapat sangat, tiba-tiba datang kepada kita untuk meminjam wang daripada kita. bagaimana reaksi kita? sedah tentu berat hendak beri kepada orang berkenaan. oleh itu, jika kita jarang-jarang bermunajat kepada Allah tiba-tiba waktu susah datang untuk bermunajat. tidak malu ke muka kita dengan Allah? dah la di waktu senang kita melupakan tiba di waktu susah baru nak mencariNya.. kemana nak letak muka kita?

jika disekolah pula, jika diperhatikan, pada awal sessi persekolahan iaitu penggal pertama persekolahan, kebanyakan sekolah akan menganjurkan sukan sama ada diperingkat sekolah, daerah, negeri dan antarabangsa. cuba kita perhatikan, waktu sukan adalah antara pukul 3 hingga pukul 6.30 ptg. sudah tentu pelajar-pelajar akan solat asar selepas pukul 6.30. tapi malangnya, sikap pelajar ini mereka tidak akan balik selagi nampak tanah. mereka akan balik setelah hendak masuk magrib. mereka akan bersuka ria lagi di padang dan di kedai-kedai dan melepak mana-mana lagi. sudah tentu mereka ini tidak akan solat asar. siapakh yang bersalah dalam hal ini. ingat kita sebagai cikgu harus memainkan peranan yang penting dalam perkara ini kerana jika murid melakukan dosa kita juga akan mendapat saham yang sama. dari segi aurat juga mereka tidak akan jaga bila bersukan, campur gaul lelaki perempuan, kalau acara-acara yang melibatkan perempuan mesti ramai pelajar lelaki yang menontonnya. ingat wahai sekalian muslim, itu semua dosa dan maksiat yang harus kita cegah bersama.

masuk sahaja penggal kedua maka peperiksaan upsr pmr spm dan stpm akan bermula. maka mereka mula akan mendekatkan diri dengan Allah dengan mengadakan solat hajat untuk peperiksaan. maka pihak sekolah memanggil ibu bapa dan ustaz untuk majlis solat hajat tersebut, ini merupakan satu penghinaan kepad Allah, waktu bersukan tidak amalkan perintah Allah, waktu hendak peperikasaan baru nak ikut perintah Allah. tak malukah kita? agak-agak allah terima tak? memang la Allah maha adil dan maha menerima, tapi.... jenis muka tak malu...

jadi saya berpesan kepada diri saya dan juga sidang pembaca sekalian, ingatlah akan Allah selalu dan hiasilah dirimu dengan akhlak-akhlak islam supaya islam dapat dijulang tinggi dan digeruni orang bukan islam..

semoga islam terus berkembang..

wassalam...

Sunday, April 19, 2009

Tanggal 20 April

tanggal 20 april 1984 bersamaan 18 rejab 1404 pada hari jumaat, aku telah dilahirkan dimuka bumi bertuah ini. di situlah bermula titik permulaan untuk aku manghadapi dunia ini setelah aku berada di alam yang kedua selama lebih kurang 9 bulan lebih. sekarang aku sudah masuk alam yang ketiga. tinggal lagi 3 alam yang perlu aku tempuhi selepas alam ini. di mana 3 alam yang mendatang ini merupakan keputusan bagi alam yang ketiga ini. jika baik keputusannya, maka baik lah ketiga-tiga alam yang akan bakal kutempuhi kelak. alam ketiga inilah yang akan menentukan hidup kita untuk masuk ke alam ke empat kelima dan keenam.

semakin hari, semakin singkat umurku, apakah yang telah aku sumbangkan untuk agama islam sepanjang hidupku ini? adakah aku ini merupakan golongan yang telah diterangkan dalam suran as sof ayat 2 dan 3? aku minta jauh itu semua. adakah aku ini hanya mampu mengamalkan ajaran agama untuk diri aku sendiri sahaja tanpa menghiraukan orang lain? adakah aku tidak korbankan diriku untuk membela agama? adakah aku ini masih lagi tidak mengamlakan ajaran islam dengan penuh ikhlas? adakah aku masih lalai dan leka untuk menegakkan agama islam? banya persoalan-persoalan yang selalu berlegar diruang fikiranku. "ya Allah, kepadaMu aku mohon keampunan sekiranya sepanjang usiaku ini aku banyak melakukan dosa dan maksiat, sesungguhnya ya allah, aku sebagai manusia yang kerdil tidak mampu untuk meninggal segala laranganmu tanpa pertolongan dan bantuan daripadamu, ya Allah, janganlah sesekali engkau balikkan hatiku ini setelah engkau anugerahkan kepadaku jalan yang benar ya Allah, tetapkan aku berada atas landasan yang betul, kuatlah imanku dalam menghadapi ujian hidup ini ya Allah, ya allah, jauhkan aku dari sifat-sifat yang boleh merosakkan akidahku, daripada segala sifat-sifat yang boleh merosakkan amal ibadahku. janganlah ya allah engkau biarkan diriku tersesat daripada jalanmu. ya Allah, sesungguhnya ya Allah, engkaulah maha pengampun dan sebaik-baik penolong.

kini aku sudah menjangkau satu usia yang cukup untuk menetukan hala tuju hidup aku. usia sebigini merupakan usia yang paling nafsu suka kerana usia inilah ramai remaja yang ingankan hidup bebas dan bersuka ria. aku mohon kepadamu ya Allah janganlah engkau pesongkan hati aku setelah engkau perbetulkan aku di atas jalan yang lurus.

sepanjang hidupku ini aku telah menempuhi berbagai-bagai pengalaman, ada pengalaman yang pahit dan ada juga yang mengerikan, bagi pengalaman yang mengerikan, aku tidak akan lupakan sehingga akhir hayatku. pengalaman pahit ialah bukan kena kejar hantu, bukan kena tangkap polis dan bukannya melibatkan dengan dunia. pengalaman pahit aku merupakan satu dosa besar terhadap Allah. ya Allah, engkau ampunkanlah ya Allah dosa yang telah aku lakukan itu ya Allah, aku tahu ya Allah, engkau sebaik-baik penerima taubat hambaMu, pengampunanMu lebih luas daripada kemurkaanMu. aku yakin denganMu ya Allah.

akhir kalam, sepanjang hidupku dimuka bumi ini, aku berharap akan mendapat rehda Allah dan aku mohon kepadamu ya Allah tunjukilah aku jalan yang lurus dan janganlah sesekali engkau balikkan hatiku ini setelah engkau perbetulkan aku pada jalan yang benar. dan juga ya Allah, kuatkanlah semangatku untuk berjuang demi menegakkan agamaMU.

tidak ada daya dan upaya bagiku ya Allah untuk meninggalkan segala larangan dan maksiat melainkan dengan bantuan dan pertolongan daripamu sahaja ya Allah.....

dengan nama Allah atas agamaku, dengan nama allah atas diri sendiri, dengan nama allah atas hartaku, dengan nama allah atas ahli-ahliku, dengan nama allah atas anak-anakku, dengan nama allah atas sahabat-sahabatku, dengan nama allah atas tiap-tiap sesuatu yang engkau berikan. dengan namamu Ya Allah tuhan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.... aku mohon kerehdaanMu ya Allah..

sekian wassalam..

20 April 2009...

Thursday, April 16, 2009

Pejuang Perlu Jaga Solat Jemaah 5 Waktu

pejuang islam merupakan perjuangan yang Allah suka dan merupakan satu kerja yang direhadi oleh Allah jika betul dengan syarat-syaratnya. jika bertentangan dengan hukum syarak, maka pejuang islam ini jugalah orang yang pertama dimasukkan ke dalam neraka jahanam.

jika kita mengaku sebagai seorang pejuang islam dalam berjemaah, kita perlu menjaga hak-hak Allah. bagi pandangan saya sendiri, jika kita bergelar seorang pejuang, maka kita perlu menjaga solat lima waktu secara berjamaah di surau mahupun di masjid bukannya dirumah. jika kita mampu berjuang disana sini, kenapa kita tidak mampu untuk berjuang untuk melangkah kaki ke temoat solat berjamaah. usahakan solat berjamaah di surau ataupun masjid kerana disitulah turunnya rahmat Allah. kita kena bersungguh-sungguh untuk melakukan solat berjamaah ini. kerana dengan solat berjamaah roh perjuangan akan menjadi lebih kukuh lagi. kadang-kadang apa yang saya perhatikan disini, ramai mereka yang mengaku pejuang islam tetapi tidak bersungguh untuk solat berjamaah. semuanya hendak senang. dengar saja azan buat tidak tahu dan buat memekakkan telinga saja. langsung tidak terangkat kaki untuk melangkah ke tampat azan tersebut. kenapa ini boleh terjadi, kerana roh perjuangan belum lagi masuk dalam diri kita. kadang-kadang saya sering perhatikan, pejuang islam ini tidak bersungguh untuk melakukan solat berjamaah bila mereka berada dalam kelopok mereka. mereka akan solat bejamaah juga tapi bersama-sama dengan mereka sahaja sama ada dirumah ataupun dimana mereka berada. bagi saya ini bukan berjihad melawan nafsu, ini merupakan menyukakan nasfu semata-mata. semua keja hendak senang. langung tidak mahu susah. mujahadah itu lebih penting.

ini merupakan pandangan saya sahaja, waktu yang kita boleh tentukan iman seseorang itu ialah adakah orang itu mampu berjihad melawan bantal dan selimut untuk bangun solat subuh berjamaah. jika ini tidak boleh dilaksanakan, maka tahap iman orang ini masih berada pada tahap yang rendah dan anda bukan seorang pejuang islam lagi. diri anda tidak layak untuk digelar sebagai seorang pejuang islam. kadang-kadang bukan tidak sedar bila orang azan subuh, dengar saja azan, tambah sedap lagi tidur. jadi orang -orang macam ini kalau cakap tentang agama pun tidak ada roh dan tidak boleh beri manfaat kepada orang yang mendengarnya. roh perjuangan tidak ada. untuk menilai iman seseorang itu, maka dilihat pada subuhnya. adakah mampu untuk melakukan solah secara berjamaah disurau ataupun masjid, buka DIRUMAH. jika ini masih berlaku pada diri kita, ayuh bersegeralah ke masjid ataupun rumah-rumah Allah kerana disutlah tempat turunya rahmat dan barakah.

jika golongan pejuang ini masih tidak mampu untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk solat berjamaah, jangan harap perjuangan anda disukai ramai., sebab itu bile diperhatikan ramai yang tidak berminat untuk menyertainya termasuk aku.... ubah dulu baru aku join....

tanpa kesungguhan dan melawan kesenangan nafsu, perjuangan tersebut tidak akan menemui kepahitan dan kepayahan dan langsung tidak ada mujahadah. mujahadah adalah penting dalam perjuangan. tanpa mujahadah melawan keseronokan nafsu, diri anda tidak nampak sebagai seorang pejuang islam malahan tawar pula. roh pejuang tidak ada pada diri seseorang dan bila roh ini tidak ada, maka orang lain tidak akan tertarik untuk menyertainya.

zaman nabi dulu pun sahabat hendak bakar rumah-rumah yang tidak hadir untuk solat berjamaah. ini menunjukkan bahawa solat berjamaah amat-amat penting. jagalah dan bersungguhlah dalam mengerjakan solat berjamaah. ini tidak, letih sikit dah tidak mahu pergi, pening sikit dah tidak mahu pergi, mangantuk sikit dah tak mahu pergi, demam sikit dah tak mahu pergi, ingatlah, itu semua merupakan ujian daripada Allah untuk menguji tahap keimanan seseorang hambaNya yang bergelar seorang pejuang islam.

saya menulis artikel ini kerana saya selalu perhatikan ditempat saya ini. mereka yang kuat buat program untuk menaikkan islam tetapi mereka sendiri malas unruk ke surau untuk solat berjamaah. di sini juga tertubuhnya ahli raka surau tetapi sekadar nama sahaja, orangnya jarang-jarang sahaja turun ke surau untuk solat berjamaah.

seperkara lagi, jagalah waktu solat, bukan tunggu orang azan baru nak semayang atau baru nak turun ke surau. jaga waktu masuk solat pukul berapa dan lekas-lekas turun untuk azan kerana pahala azan amat besar lebih besar daripada pahala imam.

SERULAH MANUSIA KEPADA ALLAH BUKAN SERU MANUSIA KEPADA KELOMPOK ATAU KUMPULAN ATAU DIRI KITA SENDIRI....

DIHARAP PERBETULKAN APA YANG SALAH, SAYA INSAN YANG LEMAH.

WASSALAM...

Tuesday, April 14, 2009

Kenapa Mahasiswa Tidak Boleh Berpolitik?

sejak dari dulu lagi, undang-undang telah menetapkan bahawa mahasiswa ataupun mana-mana pelajar tidak boleh berpolitik. jika masih berdegil akan dikenakan tindakan undang-undang AUKU.

tetapi sejak akhir-akhir ini, golongan mahasiswa telah berani secara terangan berkempen untuk parti-parti politik sama ada pembangkang mahupun pihak kerajaan. setelah dibuat kajian, disini berlaku ketidak adilan dalam menetapkan undang-undang. ini dapat dibuktikan melalui, jika mahasiswa yang berkempen atau menyokong parti pembangkang sahaja yang akan dikenakan tindakan dan jika mahasiswa tersebut menyokong kerajaan maka mereka tidak akan dikenakan tindakan. adakah ini demokrasi yang sebenar? sebab inilah mahasiswa semakin berani menuntut keadilan. bagi mereka yang belajar undang-undang, maka mereka akan tahu dan mereka tidak akan takut untuk berdepan dengan pihak kerajan jika sekiranya mereka diambil tindakan. mereka tahu undang-undang, sudah tentu mereka ada hujah untuk menjawabnya.

kalau betul mahasiswa atau pelajar tidak boleh berpolitik, siapakah yang akan menganggantikan tampuk pemerintahan dalam negara. nak harapkan mereka yang tidak sekolah untuk memerintah? hancur negara, orang yang cerdik pandai sekarang ni pun dah banyak berlaku rasuah la, pecah amanah la dan bermcam lagi jenis kesalahan melibatkan harta negara. adakan ini dilakukan oleh mereka yang tidak berpelajaran? kalau perkara ini boleh berlaku kepada mereka yang berpelajaran, bagaimana kalau negara kita diperintah oleh mereka yang tidak bersekolah? jadi menjadi kesalahan yang besar jika pelajar-pelajar disekat untuk berpolitik kerana merekalah tonggak negara pada masa akan datang. mereka perlu belajar dari awal lagi. takkan nak tunggu sampai pencen baru nak belajar politik, memerintah tak sampai setahun dah masuk dalam lubang tanah. tidak masuk situ pun paling tidak sudah nyanyuk, tertukar kerusi la dalam dewan. itu ke yang kita mahukan untuk memimpin kita?

jadi bersama-sama kita memperjuangkan keadilan demi memartabatkan negara islam yang sebenar..

Wednesday, April 8, 2009

Kemenangan Memihak Kepada Suara Rakyat

pilihanraya kecil sudah pun berlalu, ianya menunjukkan reaksi positif bagi pakatan rakyat kerana menang dengan penambahan majoriti lebih besar di parlimen bukit gantang dan bukit selambau. walaupun kalah di batang ai, kita sebagai pejuang islam tidak akan mengalah dan putus asa. lawan tetap lawean sehingganya benarnya janji-janji Allah. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. janji Allah pasti cuma tunggu masa sahaja.

senario politik yang berlaku dinegeri perak begitu diambil perhatian serius oelh semua parti politik tanah air. disini jelas bahawa rakyat menolak kerajaan BN yang sudah lama memerintah malaysia. kenapa boleh terjadinya sedemikian? kenapa baru sekarang rakyat menolak kerajaan BN? ini berlaku kerana mata rakyar sudah terbuka luas bahawa kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang sudah tidak boleh dipercayai. saya bukan hendak mengutuk kerajaan BN tetapi itulah hakikatnya kerana saya sendiri mengikuti perkembangan politik tanah air kita. tanah air kita, ikut suka kita lah nak buat apa pun, kenapa ada pihak ingin menyekat kita supaya tidak sokong pakatan rakyat. adakah kerana kerajaan Bn telah banyak tolong kita selama ini? memang ya, tetapi kalau pakatan rakyat memerintah pun mereka akan tolong kita dan kemungkinan lebih baik lagi.. sama je kan? abis kenapa kita takut untuk bersuara? suara kita hak kita..

disini saya bukan nak hangatkan suasana tetapi saya sendiri sudah muak dengan cara kerajaan BN memerintah. banyak sangat penipuan dan penyelewengan. kenapa kita masih lagi dibelenggu pemikiran yang sempit? ingatlah, perintah Allah wajib dilaksanakan dalam pemerintahan, kalau tidak dilaksanakan, jadilah macam sekarang, gila kuasa, rasuah dan sebaginya. jadi kita sebagi umat islam wajib mengamalkan hukum Allah sepenuhnya. Allah berkata dalam quran kalau kamu tidak mahu ikut perintahKu, pergilah cari bumi lain selain dari bumi Aku.. ha, macam mana, ada ke bumi lain selain dari bumi kejadiaan Allah ini.. fikir-fikir dan renung-renung.

semoga islam akan berkembang dengan berkat usaha kita bersama

bersama kita berjuang demi menegakkan keadilan dan menjunjung perintah Allah.

wassalam...

Thursday, April 2, 2009

Najib Perdana Menteri Baru

assalamualaikum dan selam sejahtera..

sudah lama aku tidak update blog aku ini. maklumlah sibuk dengan esemen yang berlambak yang tertangguh.. hehehe.. tapi alhamdulillah semuanya dapat diatasi dengan tenang tanpa serabut. itulah kehebatan Allah kurniakan kepada hambaNya..

sedar tidak sedar, negara kita telah bertukar pucuk pimpinan tertinggi. perdana menteri baru sudah dilantik secara rasminya. diharap perdana menteri baru ini dapat menjalankan tugas yang lebih baik dari perdana menteri yang sebelumnya. tugas seorang perdana menteri bukan seperti tuga mengurus kampung. nak urus kampung pun susah, apatah lagi negara yang melibatkan semua rakyat.

tetapi perlantikan perdana kali ini menimbulkan pelbagai reaksi seluruh rakyat malaysia. ada golongan mengatakan bahawa najib perlu membersihkan dirinya dahulu sebelum angkat sumpah. namanya menjadi kotor disebabkan oleh kes pembunuhan altantuya yang menjadi isu yang panas dalam dan luar negara. golongan tersebut mencabar najib supaya saman media luar yang menyatakan bahawa najib terlibat dengan kes pembunuhan altantuya. kalau betul najib tidak bersalah kenapa dia berdiam diri. cuba kita fikir, adakah orang tidak bersalah akan berdiam diri sekiranya ada tuduhan sedemikian?

jadi kita sebagai seorang yang bergelar islam haruslah berfikir dan membuat penilaian yang mana baik dan yang mana buruk. kita orang belajar tinggi jadi saya rasa tak ada masalah bagi kita untuk membuat keputusan. kita perlu mencari pemimpin yang boleh membawa kita kepada Allah dan boleh menujukkan kita kejalan yang lurus dan benar.

oleh itu marilah sama-sama kita berjuang untuk menegakkan keadilan dalam negara kita dan semoga perjuangan kita direhdai oleh Allah.. jangan takut dan jangan gentar menghadapi musuh-musuh Allah kerana yakinlah Allah akan bersama dengan orang yang benar. Allah tidak akan aniaya hambanNya yang betul-betul mengikut ajaranya... berdoalah selalu supaya pastikan islam menang di bukit gantang dan keadilan menang di bukit selambau dan keamanan menang di batang ai...

semoga hidup kita dirahmati oleh Allah.. amin...