Sunday, July 18, 2010

Membina Akhlak Remaja Islam

Remaja merupakan tonggak kepada Negara. Remaja merupakan penentu kepada masa depan Negara, jika remaja tersebut diasuh dengan duniawi, maka dewasa nanti mereka hanya fakir duniawi sahaja dan jika remaja itu diasuh dengan akhirati maka berpeganglah dia pada jalan agama. Ramai orang berkata bahawa kalau tinggal dunia maka akan mundur, kita mahukan kemodenan. Perlu diingatkan bahawa, islam merupakan cara hidup yang paling sempurna dan tidak ada istilah mundur dalam islam. Orang yang berfikiran tidak waras sahaja hanya mengatakan islam itu mundur. Oleh itu, kita sebagai remaja islam harus mengekalkan keislaman kita sehingga akhir hayat kita tidak kira berada dimana jua kita.

Beberapa perkara yang perlu ada dalam atau amalan yang perlu kepada remaja dalam pembinaan akhlak yang baik dan dikehendaki dalam islam. Antaranya :

1. menghayati akidah yang betul. Akidah yang betul merupakan perkara paling utama dalam islam kerana tanpa akidah yang sahih atau sempurna maka setiap amalan kita tidak akan diterima oleh Allah.. pegangan kepada akida yang betul juga mestilah ditanam dalam diri setiap orang yang bergelar islam. Akidah merupakan simpulan yang kukuh yang tidak akan terputus walau apa jua dugaan dan cabaran yang datang. Yakin sungguh-sungguh dengan Allah dan percaya sungguh-sungguh dengan Allah dan meletakkan Allah paling dihadapan dan diatas.

2. menghayati nilai-nilai murni yang dianjurkan dalam agama dan sunnahdan al quran. Nilai-nilai murni terlalu banyak jika hendak dibahaskan. Setiap perkara yang naik perlu dibuat dan perlu kepada istiqomah. Segala perbuatan buruk mestilah ditinggalkan dan mesti dijauhi dan mestilah ada perasaan benci dalam hati. Terdapat banyak amalan-amalan sunnah yang dilakukan oleh Nabi kita seperti msolat berjamaah di surau, bersedekah, tidak mudah marah. Dan sebagainya.. amalkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan supaya kita dirahmati Allah.

3. menghayati konsep ibadah yang sahih dalam islam. Segala amal ibadat kita perlu tahu hokum hakam sebelum melalukannya. Jika kita melakukan sesuatu amal ibadah tanpa mengetahui hokum melakukan amal tersebut maka hukumnya kita tidak akan mendapat ganjaran daripada Allah. Seperti pohon yang tidak berbuah.. pokok ada tetapi buahnya tidak ada. Samalah seperti amal ada tetapi hasilnya tidak ada. Maka sia-sia juga kita melaukan amal itu. Jadi setiap perkara yang kita hendak kerjakan mestilah belajar dulu mengenainya.

4. menjauhkan diri dari terlibat perkara yang bercanggah dengan syarak. Perkara-perkara yang dilarang oleh agama perlu kita menjauhi seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, pergi ke tempat-tempat maksiat seperti hiburan yang melalaikan dan banyak lagi perkara yang boleh merosakkan amalibadah kita.. jauhilah semua perkara itu supaya hidup kita sentiasa dalam keberatan.

5. sentiasa mendampingi orang-orang soleh yang boleh memberi bimbingan dan nasihat dan tunjuk ajar. Sentiasa menziarahi orang-orang soleh kerana disitu kita boleh berkat orang soleh. Jangan pula kita bermusuhan dengan orang agama kerana kebinasaan yang besar akan melanda diri kita. Kita tengok suasana sekarang ini sudah ramai golongan-golongan yang menentang ulamak-ulamak sedangkan orang yang menentang itu adalah jahil dalam agama. Ingat kemurkaan Allah amat besar sekiranya kita menghina ulamak.. tunggulah bala dari Allah.. minta jauh kita dari tergolong dalam golongan itu.

6. sentiasa mencarikelas-kelas agama sama ada disurau-surau atau dimasjid atau dipusat pengajian agama. Kita kena cari ilmu bukan ilmu datng kepada kita. Semakin banyak ilmu yang dicari dan dipelajari semakin jahil kita kan rasa. Ilmu Allah amat luas tidak akan habis untuk dipelajari sehingga akhir hayat kita sekali pun. Jadi dengan kudrat yang kita ada ini, rajin-rajinlah mencari ilmu keranadengan adanya ilmu kita tidak akan sesat.

Saya rasa cukup untuk setakat ini dulu coretan yang sudah lama tidak mencoret ini. Jadi segala yang baik itu boleh diambil ikhtibar dan yang buruk itu jangan isimpan dalam hati.. teruskan perjuangan kerana perjuangan kita masih lagi belum selesai.. bilahkah akan selesai? Ianyakan akan selesai sehingga malaikat izrail datang memanggil kita untuk menghadap Allah..

Sekian wassalam….

No comments: