Wednesday, July 21, 2010

Akidah Yang Sempurna Untuk Sahkan Amalan

akidah merupakan ikatan atau simpulan yang kuat iaitu berpegang teguh dengan ajaran islam dan tidak akan tercabut atau tergugat sedikit pun sekiranya datangnya ancaman dan segala bentuk musibah. jadi untuk tidak terpesongnya akidah kita, kita perlulah benar-benar yakin akan Allah dengan segala sifatNya dan zatNya yang maha agung. kita tidak boleh menafikan kewujudanNya walau apa jua keadaan sekali pun.

Allah wujud tidak bertempat, dan kewujudan Allah melalui zatNya yang maha agung. ada golongan yang cuba mempertikaikan bahawa Allah duduk atau berada diarasy.. itu merupakan salah sema sekali. golongan ini mengatakan Allah berada diatas arasy itu adalah kerana pristiwa isra' mikraj Rasulullah iaitu Rasulullah bertemu Allah di atas langit.. Nabi naik ke langit bukan bertemu dengan Allah tetapi bertemu dengan zat Allah.. jadi Allah bukan bertapa disitu.. Allah wujud tidak bertempat.. dimana-mana ada Allah.. ada disni bukan bermakna Allah itu berbilang tetapi Allah ahnya ada satu sahaja.

pegangan pada akidah yang kukuh dan mantap adalah salah satu jalan untuk sahkan amal ibadat kita, jika kita longgar atau rapuh pengangan, maka setiap amalan kita yang dilakukan beserta dengan syirik dan menyebabkan amalan kita tidak diterima oleh Allah. dalam amal kita, kita perlu ada akidah yang mantap, ianya berhubung dengan tauhid kepada dan berhubung lagi dengan feqah dan berhubung lagi dengan tasauf. tasauf merupakan untuk kita memperelokkan hati dengan melakukan amal ibadah itu. tanpa tasauf dalam feqah maka setiap amalan yang kita buat itu beserta dengan hati yang busuk. feqah tanpa akidah dan tauhid pula, setiap amalan kita tidak akan diterima Allah kerana amalan itu beserta dengan syirik.

jadi, setiap orang wajib mempelajari kesemua berkaitan dengan akidah, tauhid, feqah, tasauf bagi mengsahkan amal ibadat dan bagi menyempurnakan segala ibadat kita.

jika da tersalah kenyatan harap ditegur kerana saya juga insan yang daif dan ilmu hanya setakat dihujung sebatang jarum sahaja..

wassalam.....

1 comment:

Unknown said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

Harga serendah RM1.50/pcs.

Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/