Tuesday, July 20, 2010

Mansuhkan ISA

kerajaan BN seharusnya menilai dan meneliti patutkah waujudnya ISA kerana pada pandangan rakyat ianya amat tidak releven. kalau kena ada pun mestilah cukup syaratnya. ini tidak.. ISA merupakan satu akta yang menangkap orang tanpa bicara.. boleh kah begitu? sedangkan Allah sendiri pun bicara dulu hambanya sama ada ke syurga ataupun ke neraka..

hebatnya ISA ini nak lawan undang-undang Allah. jika benar-benar mengancam keselamatan negara tidak ada masalah, ini tidak mereka yang ditangkap bukan mengancam keselamatan negara tetapi mengancam kedudukan kerajaan BN yang sudah hendak tumbang dan sudah tidak diyakini oleh rakyat lagi.

cuba kita bayangkan jika yang ditangkap itu merupakan ahli keluarga kita, anak kita, isteri kita, ayah kita, adik beradik kita.. apakah perasaan kita.. adakah najib dan kuncunya idak ada perasaan? inikah pemimpin yang kita mahukan? ingat, setip perbuatan kita akan dikira oleh Allah... jangan kita lupa bahawa kita ini akan menghadap Allah dimana tidak ada tempat dah yang adil melainkan mahkamah Allah.. takutlah kita pada Allah.

MANSUHKAN ISA..
AKTA YANG ZALIM DAN KEJAM....

No comments: