Sunday, May 3, 2009

Kotakan Apa Yang DiKata

bila tiba musim pilihanraya atau pemilihan wakil-wakil yang mengepalai satu-satu jemaah, terdapat slogan-slogan atau manifesto-manifesto yang manis akan dikeluarkan. itu semua merupakan jerat atau cara supaya orang akan votenya. tetapi perlu dingatkan supaya setiap janji-janji manis tersebut perlu dilaksanakan dan perlu dilangsaikan sebelum tamat pemerintahan ataupun sebelum pemilihan akan datang.

sepanjang pentadbiran itu, semua janji-janji perlu ditunaikan kerana ianya adalah satu perintah daripada Allah dalam al-quran. kamu cakap tapi kamu tidak laksanakan. itu merupakan ayat yang keras untuk peringatan kita semua. saya tahu untuk melaksanakannya bukan senang tetapi kenapa kamu berjanji seperti kamu yakin dapat lakukan?

orang akan menilai kita melalui apa yang dikotakan setelah dikatakan. jika ianya tidak berhasil, maka orang ramai berhak menghumbankan kita semula. jadi kepada semua pimpinan sama ada pimpinan pelajar, pimpinan kampung, pimpinan negara, pimpinan organisasi, haruslah sedar bahawa tugas dan tanggungjawab anda amatlah besar dan berat yang perlu dipikul.

jika kita sudah berada di atas, janganlah kita rasa diri kita layak berada ditempat itu. kita naik ke atas pun atas kerana tangan-tangan rakyat. jadi kita sebagai pemimpin haruslah membela nasib rakyat dan membuat program yang berfaedah untuk rakyat bukannya untuk mengeyangkan perut kamu sahaja.

jangan ada sifat pentingkan kedudukan sehinggakan apa yang dijanjikan tidak dapat dikotakan. berusahalah sedaya upaya dan insyaAllah Allah akan bantu bagi mereka yang benar.

No comments: