Wednesday, April 21, 2010

PRK Hulu Selangor

sempena prk hulu selangor ini, marilah sama-sama kita berdoa supaya kemenangan memihak kepada kebenaran. jangan biarkan negara kita terus dikuasai oleh tangan-tangan jahat yang selalu tidak amanah bila diberi tanggungjawab. mereka selalu menceroboh hak rakyat dan mereka selalu mencari kepentingan peribadinya untuk mengenyangkan perut-perut mereka sahaja.

kita mesti yakin bahawa, suatu hari nanti, kebenaran akan terbukti juga dan ianya memerlukan kesabaran dan kecekalan dari kita semua untuk menghadapinya. politik merupakan salah satu cara kita untuk menegakkan kebenaran dan sudah tidak ada cara lain untuk menentang kezaliman yang berlaku dalam negara kita pada hari ini. walaupun undang-undang menyatakan tidak boleh, tetapi kita harus mempertahankan supaya kebenaran tercapai. kalau bukan kita, siapa lagi. jangan kita merasakan sudah cukup orang lain berjuang untuk menegakkan keadilan, kita sebagai golongan cerdik pandai inilah harapan masyarakat luar. ayuh sama-sama kita gerakkan jentera untuk memenangkan kepada pihak kebenaran. usah takut kerana kita pasti Allah bersama kita bila kita berjuang menegakkan agama Allah.

minta maaf banyak kerana jarang-jarang sekali mencoret.. masa terlalu mencemburui saya untuk menulis blog ini....

sekian wasslam..
teruskan perjuangan kerana perjuangan kita tidak akan selesai selagi hayat dikandung badan...